Ayam Coca Cola

Ayam_coca_cola

Masakan Orang Filipina

Bahan-bahan ( 4 )

  • 2 ketul paha ayam (yang besar)
  • 1 tin coca cola
  • 3 batang serai (diketuk)
  • 4 inci halia (diketuk)

Cara-cara

  • Ayam dibersihkan kemudian lumurkan sedikit garam dan susun dalam pan yang ada penutup.
  • Aturkan halia dan serai yang telah diketuk di atas ayam.
  • Tuangkan setin coca cola ke atas ayam tadi. Nyalakan api gas sederhana kecil. Sekali sekala kautkan air cola dan simbah ke atas ayam. Masak sehingga air cola hampir kering. Hidangkan bersama nasi.


0 comments:

Post a Comment