Ayam goreng rangup
Bahan-bahan ( 4 orang )
- 8 ketul kepak ayam
- 1/2 cawan yogurt
- 1/2 jus oren
- 1/2 sudu kecil garam
- 1/2 sudu besar serbuk kunyit
- 1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
- 1/4 sudu kecil serbuk cili - boleh tambah kalau nak lagi pedas
- tepung gandum secukupnya
- 2 biji oren
- Italian parsley secukupnya
- minyak untuk menggoreng
Cara-cara
Bersih ayam. Toreh ayam ikut arah tulang
Perap ayam dengan bahan-bahan A selama 1/2 jam atau lebih. Lagi lama, lagi sedap.
Buang air. Salut ayam dengan tepung. Masukkan tepung dalam beg plastik. Masukkan ayam. Tutup mulut plastik beg dan goncang-goncangkan.
Gorenglah dalam minyak panas sehingga kekuningan/masak.
Hiaslah dengan parsley dan oren
0 comments:
Post a Comment