NUGGET MASAM MANIS


Nuget1

Sesuai dimakan ketika berkelah atau minum petang.

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 20 keping nugget
  • 5 sudu makan cili sos
  • 1 biji telor ayam
  • 2 sudu teh gula
  • sedikit garam
  • minyak untuk mengoreng

Cara-cara

  • Nugget dipotong kepada dua.
  • Panaskan minyak dan goreng sekejap jangan sampai garing.
  • Goreng kesemua dan ketepikan sebentar untuk nugget sejuk.
  • Pukul telur, panaskan minyak semula dengan api yang sederhana. Celup Nugget kedalam telur dan goreng sekali lagi.
  • Ketepikan. Keluarkan sedikit minyak tadi kemudian masukkan cili sos, gula dan garam. Goreng seketika kemudian masukkan Nugget tadi. Balik-balikkan dan angkat.
  • Boleh dimakan begitu saja atau bersama salad.

0 comments:

Post a Comment