KUIH KOCI PULUT



Bahannya:

  • 300 grm tepung pulut
  • santan cair secukup utk menguli tepung
  • 2 cawan santan pekat
  • 2 sudu tepung beras
  • 1/2 keping gula melaka
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit garam
  • 1/2 biji kelapa parut yang muda

Cara membuat intinya :
  1. Masak kelapa dengan gula melaka tadi jika nak lebih rasa manis boleh tambah gula pasir, daun pandan dan garam masak hingga pekat. angkat dan sejukkan.
  2. Cara menyediakan dadih santan :
  3. Bancuh tepung beras dengan santan pekat, masuk daun pandan garam masak sambil dikacau hingga jadi seperti dadih.
Cara membuat doh pulut :
  1. Satukan tepung pulut masukkan sedikit demi sedikit santan cair sambil di uli hingga menjadi doh yang boleh di bentuk.
  2. Ambil sedikit doh leperkan,ambil inti tadi buat sebesar goli masukkan dalam doh tadi dan tutup
  3. Letakkan dalam daun pisang , sudukan dadih tadi, tuang atas doh . bungkus bentuk 3 segi. buat proses ini hingga habis.
  4. Panaskan air kukusan, kukuslah kuih koci hingga masak.

1 comments:

tagskie said...

hi.. just dropping by here... have a nice day! http://kantahanan.blogspot.com/

Post a Comment