Showing posts with label seafood. Show all posts
Showing posts with label seafood. Show all posts

RENDANG KERANG WARISAN

Dscn3332

waheedeana@myresipi.com

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 1-1 1/2kg kerang direbus
  • 1 biji bwg besar
  • 5 ulas bwg putih
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 btg serai
  • 15-20 tangkai cili padi
* kisar bahan-bahan diatas*
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 keping asam keping
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 sudu gula
  • 1 1/2 cawam pati santan
  • garam dan bhn perasa secukup nya
  • daun kunyit dan daun limau purut dihiris seperti bunga rampai

Cara-cara

  1. Dscn3326
    sediakan bhn untuk dikisar yg tertera diatas
  2. Dscn3328
    masukkan semua bahan2bahan yg dikisar tadi ke dlm kuali baserta pati santan rempah kari, daun kunyit. daun limau purut dan asam keping
  3. masak di atas api sederhana sehingga kering sedikit
  4. Dscn3329
    masukkan kerang dan gaul sebentar
  5. tunggu sehingga garing dan masukkan pula kerisik dan gula
  6. akhir sekali masukkan pula garam dan bhn perasa secukup rasa
  7. klu sesiapa yg suka kering masak sehingga kering dan pada yg suka sederhana kering pun boleh ikut selera memasing
  8. selepas siap di masak matikan api dan siap untuk dihidangkan

SOTONG BERSOS TIRAM

Dsc03342

sinar@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 4-5 ekor sotong size sedang
  • Halia sebesar ibu jari dihiris halus
  • Bawang merah & putih dihiris
  • Cili api atau cili merah dihiris
  • Sos Tiram
  • Sedikit garam & gula

Cara-cara

  • Panaskan minyak dan tumis semua bahan2 yang dihiris
  • Agak2 wangi masukkan sos tiram dan kacau
  • Masukkan sotong yang dah dipotong bulat
  • Tambah air pada yg sukakan kuah, and masukkan jugak garam & gula sikit
  • Pada yang gemar chinese style bulehlah letak tepung jagung..nak kasi pekat kuah..
  • Bolehlah diangkat dan hidang.

KUPANG BERLADA

S4020969

SueMan@myresipi.com

Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 1kg Kupang (berkulit)
  • 2 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 2 biji bawang putih (ditumbuk)
  • Halia (ditumbuk)
  • Kunyit (ditumbuk)
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 1 biji tomato dipotong dadu
  • 2 btg serai dititik
  • 2 helai daun kunyit dihiris
  • 2 sudu sos tiram

cara memasak

klik disini

MASAK LEMAK CILI API UDANG DGN REBUNG

Imported_photos_00225

Masakan Negeri Sembilan

Bahan-bahan ( 4 org )

  • 500gm udang sederhana besar
  • 500gm Rebung (kalau suka byk tambah, kalau tak suka kurangkan)
  • 20 ulas Cili api (ditumbuk lumat
  • Perahan Santan dr satu biji kelapa
  • 1/2 inci kunyit hidup ditumbuk lumat bersama cili api
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  • Cuci udang mengikut kesukaan. Kalau nak manis, tinggalkan sedikit misai2 ke, kulit ke.....kemudian toskan.
  • Cucikan rebung, toskan. kemudian letakkan di dalam periuk.
  • Letakkan cili api yg telah ditumbuk lumat bersama kunyit tadi serta santan. Gaul rata semua bahan bahan tadi.
  • Masakkan bahan bahan tadi dengan api yang sederhana supaya tidak pecah minyak, kacau selalu.
  • Bila sudah mendidih, masukkan udang. Masak hingga udang tadi masak. Tetapi jgn terlalu lama.
  • Rasakan garam. Hidangkan ketika panas2.....berasap bila makan weh

TUMIS SIPUT BULUH/ PEPAHAT/ AMBAL


Sumber: Rosliza (FRD)

Bahan:
  • 400 gm (anggaran liza) Siput Buluh
  • 10 - 15 biji cili padi (ikut suka pedasnya) - tumbuk
  • 3 biji bawang merah - tumbuk
  • 2 ulas bawang putih - tumbuk
  • 2 batang serai - titik
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 sudu makan kicap cair
  • Sedikit Air (bergantung pada yang suka berkuah atau tidak)
  • sedikit air asam jawa (lebih kurang 1 sudu makan jus asam jawa)
  • garam dan gula secukup rasa
Caranya:
  • Tumis bahan tumbuk, serai dan daun limau purut hingga terbit baunya. Kemudian masukkan air asam jawa, air, kicap cair dan siput. Kacau rata dan akhir sekali... perisakan dengan garam dan gula secukup rasa. Dah siap... bolehlah dihidangkan ketika masih panas.

Nota - Siput buluh ini boleh di dapati di kawasan paya berhampiran dengan pantai laut.

UDANG MASAK KERUTUP

Sumber : Diana

Bahan-bahannya
  • 500 gram udang hidup, dibersihkan dan ditoskan
  • minyak secukupnya
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa, jika mahu
  • gula secukup rasa
Bahan untuk dikisar
  • 7 batang lada merah
  • 15 - 20 batang lada padi (kalau nak pedas boleh tambah)
  • 3 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci kunyit hidup

Cara-caranya
  • Panaskan minyak secukupnya dan tumis rempah yang telah dikisar.
  • Rempah hendaklah ditumis dengan api yang sederhana besar sehingga ia betul-betul masak dan bangkit baunya.
  • Masukkan bahan-bahan perasa seperti garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa.
  • Sambil rempah dimasak secara perlahan. Menggunakan kuali yang berasingan, letakkan sedikit minyak dan goreng udang 1/2 masak sehingga kulitnya bertukar warna kemerah-merahan.
  • Bila rempah telah pun masak dengan betul dan menggeluarkan minyak (atau erti kata pecah minyak). Masukkan udang yang telah digoreng setengah masak tadi dan gaul rata dengan rempah selama 3 minit.
  • Pastikan anda tidak menggoreng udang terlalu lama supaya isinya kekal lembut dan segar. Angkat dan hidangkan.

Calamari ring wif sauce

Picture_681

junjs11@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2-3 org )

  • 2-3 sotong besar-potong bulat2
  • garam
  • pepper
  • serbuk paprika/serbuk cili sket sebagai penambah rasa n warna
bahan A:-campurkan
  • 3 sudu besar tepung gandum
  • 3 sudu besar tepung jagung
  • bahan untuk sos-campurkan sume
  • 1 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos cili

Cara-cara

  • gaul sotong ngan garam, pepper n paprika/serbuk cili rata n perap 15min.
  • salut sotong tadi ngan bahan A n goreng hingga masak garing. angkat.
  • makan ngan campuran sos tadi atau ngan cili sos kesukaan.

Ketam Lada Hitam & Kari (crab Pepper & curry)






Bahan-bahannya:

  • Ketam lebih kurang 5 ekor yang telah di potong . ( Crab about 5 tail which has been in cut )
  • Bawang Putih ( garlic )
  • Bawang Besar ( onion )
  • Halia ( Ginger )
  • Kunyit ( tumeric )
  • Lada Hitam ( Black peeper )
  • Belacan ( sxhrimp paste )

Semua Bahan-bahan diatas dikisar tak termasuk ketam. ( All above grind unless crab )

Lain-lain Bahan: ( Other Substance )

  • Serai ( Lemon Grass )
  • Daun Kari (Curry Leaf ))
  • Rempah Kari ( Curry Paste )
  • Asam Jawa ( Tumarind )
  • Sos Chili
  • Garam ( Salt ))
  • Gula ( Sugar ) )
  • Serbuk Perasa (Flavour Powder )
  • Telur 1 biji ( 1 Eggs )

Cooking Directions

Cara-cara nya;

  • Tumiskan daun kari dan serai, serta masukkan bahan yang telah dikisar tadi sehingga garing.Masukkan sos chili dan rempah kari serta gula,garam,serbuk perasa,perahan air asam jawa dan masukkan ketam sehingga masak.
  • Apabila sudah agak masak pecahkan sebiji telur untuk memekatkan kuah masakan tadi.
  • Siap untuk di hidangkan-cubalah,

Koyong Sedut Masak Kicap

Dsc02687

AlongRoz@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2-3 orang )

  • 1 mangkuk koyong ( siput )
  • 1 batang serai
  • 3 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1/2 inchi halia
  • 1 sudu cili mesin
  • Sedkit sos tiram
  • Sedikit Kicap Masin Adabi

Cara-cara

  • Koyong di bersihkan & di tetak sedikit hujung nya - kalau tidak tak boleh sedut isi nya nanti.
  • Serai di titik. Bawang merah, putih & halia di tumbuk.
  • Panas kan sedikit minyak, tumis serai sehingga wangi. Masukkan bahan yang di tumbuk & cili mesin. Goreng sehingga wangi.
  • Masukkan sos tiram & kicap. Masukkan sedikit air - lebih kurang 1/2 mangkuk. Apabila menggelegak masukkan koyong. Jangan masak lama sangat, nanti isi nya liat.
  • Siap lah & boleh lah di hidangkan dengan nasi panas.

Kerang Masak Lomak

04-01-08_1105

waheeda@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 org )

  • cili padi ikut nak pedas
  • kunyit 1 inci
  • serai 2 btng
bahan2 diatas dikisar
  • 4 btng kacang panjang
  • 1 mangkuk santan dari 1 biji kelapa
  • garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara-cara

  • bersih kan kerang masuk kan santan dan bahan kisar kemudian masak sambil dikacau.
  • last sekali masukkan kacang dah siap hidang kan panas2 sodap....

Udang Masak Lemak Nenas

Sumber: Mamasya

Manakala udang masak lemak nenas ini dimasak minggu lepas guna resepi sama dgn ketam cuma kali ni udang dimasak 1/2 kg sahaja. Anak2 mmg tak mkn udang, jadi mama dan abah yg perabihkan.....



Bahan


  • 1/2 kg udang
  • *1 inci lengkuas
  • *2 inci kunyit hidup
  • *4 biji bawang merah
  • * 2 sudu besar cili kering yg diblended
  • *1 inci halia
  • 1 btg serai diketok
  • 1/2 biji nenas/ 1 tin nenas dlm tin
  • 1 pkt santan
  • garam (ikut rasa),asam keping sekeping
Cara-cara
  • Semua bahan * ditumbuk/diblender sampai lumat.
  • Masukkan bahan yg ditumbuk lumat dan serai dlm periuk besar/kuali dan masukkan santan dan biarkan mendidih sekejab.
  • Masukkan udang, asam keping, garam.
  • Kacau hingga mendidih dan masukkan nenas . kalau guna nenas dlm tin tidak perlu lama mendidih.

TOM YAM

Sedapnyaaa....Tom Yam, sesuai sangat untuk tekak yang tak de selera nak makan....jom sama2 kita makan!!!


Bahan Utama:-

  • 1 keping ayam bahagian dada
  • 8 - 10 ekor sotong
  • 8 - 10 ekor udang besar

Bahan Sayur:-

  • 1 batang lobak merah, dipotong baji
  • 10 kuntum cendawan butang, belah 2
  • 5 batang putik jagung, belah 2
  • 1 biji bawang besar, potong 4
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap sebiji
  • 6 - 8 biji cili padi, diketuk

Bahan Rempah:-

  • 2 camca besar "LIFE" tom yam paste
  • 2 batang serai, diketuk
  • 1 cm lengkuas, diketuk
  • 1 pokok ketumbar, cuci bersih dgn akar sekali
  • 2 helai daun limau purut
  • 1 cm halia, diketuk
  • 1/2 camca teh serbuk lada hitam
  • 1 ketul kiub ayam "MAGGI"

Bahan Perisa:-

  • 2 - 3 camca besar jus limau kasturi
  • Sedikit gula
  • Sos ikan (nampla) secukup rasa

Cara membuatnya:-

  • Ayam dibersihkan dan potong kecil, cuci bersih dan tos. Kupas udang dan buang urat belakang, cuci bersih, toskan. Sotong dibelah dan potong kasar, cuci dan tos. Ketepikan
  • Dalam periuk, tuang air (kurang lebih 700ml) dan jerang atas dapur. Masukkan semua bahan2 perisa dan biar mendidih. Kemudian masukkan ayam, lobak merah, cili padi ketuk dan belahan bawang besar, masak hingga lobak 3/4 lembut.
  • Kemudian masukkan sotong, udang dan semua bahan sayur. Biar mendidih dan perasakan dgn sedikit gula dan sos ikan mengikut keserasian tekak masing2. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi juga mengikut tahap kemasaman yg diinginkan. Boleh dihidangkan panas...

SIPUT SEDUT BEREMPAH

Sumber: Majalah Saji/ Kak Muza (FRD)
Resipi ini Selain Siput Masak Lemak Cili Padi boleh juga kita cuba resipi ini.


Bahan-bahannya
  • 1 kg siput
  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2.5 cm halia
  • 1/2 sudu besar lada hitam
  • 3 sudu besar rempah kari daging
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 tangkai serai dititik
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 1 batang daun kari
  • 2 sudu besar kicap manis
  • lada sulah dan garam secukup rasa.
Cara-caranya
  • Tumiskan kulit kayu manis,daun kari,serai hingga naik bau.
  • Masukkan bawang merah dan bawang putih.
  • Masukkan rempah kari yg dah dicamporkan dengan air.
  • Kacau hingga mendidih.
  • Masukkan siput.
  • Masukkan sos tiram, kicap manis, lada sulah dan garam.
  • Setelah masak, bolehlah dihidangkan dan enak dimakan bersama nasi putih.

SINGGANG SOTONG

Singgang_sotong

sbg penambah koleksi masakan sotong

Bahan-bahan ( 4 - 5 orang makan )

  • 500gm sotong
  • 3 biji cili merah (kalau nak pedas boleh tambah cili api)
  • 1 biji bawang besar
  • 1 in kunyit hidup
  • 1/2 in lengkuas
  • 2 btg serai - diketuk
  • 3 kpg asam gelugur
  • daun kesum
  • secubit belacan
  • garam dan gula
  • 500 ml air - terpulang, jika nak lebih kuah boleh tambah

Cara-cara

  • Bersihkan sotong, potong ikut citarasa anda dan toskan airnya.
  • Bahan2_singgang_sotong
    Bahan2 yg digunakan
  • Blend cili, bawang dan kunyit hingga halus.
  • Masukkan air dan bahan2 yg telah diblend kedalam periuk (kalau guna periuk tanah lg umph..) dan masukkan juga lengkuas, serai, asam gelugur dan belacan.
  • Masaklah hingga mendidih dan biarkan lebih kurang 5 minit barulah masukkan sotong, daun kesum serta garam dan gula secukup rasa. (Masakan sy memang letak gula sbb sy tak gunakan pak aji ya..)
  • Biarkan mendidih seketika dan padamkan api. Sotong tak sedap dimasak lama2 sbb nanti isinya liat dan keras.
  • Bolehlah dihidangkan dan lauk ni sedap dimakan dgn ikan goreng dan sambal belacan..

SOTONG REBUS


Sotong_rebus

simple jer. Sedap dimakan dengan nasi panas dan ikan masin goreng.

Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 5 ekor sotong (jangan buang dakwatnya)
  • 2 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 2cm halia
  • 3 biji cili api
  • 1 keping asam keping
  • sedikit garam dan ajinomoto

Cara-cara

  • Bawang putih, bawang merah dan halia dihiris. Masukkan sotong kedalam periuk beserta dengan bahan2 yang dihiris tadi. Kemudian masukkan 2 cawan air.
  • Hidupkan api dan letak periuk tadi atas api. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan asam keping, garam dan ajinomoto secukup rasa.
  • Cili api tu dibelah dua dan masukkan kedalam periuk tadi. Bila sotong tu dah mendidih lebih kurang 5 minit, boleh la diangkat. Kuahnya akan jadi kaler hitam sebab dakwat sotong tadi.
Note :
  • Kepada yang tak suka dakwat sotong tu, masak jer sotong tu tanpa dakwatnya.

SARDIN MASAK KICAP

No picture

Cepat & Mudah

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 tin kecil ikan sardin (sedapnya Ayam brand)
  • * 5 ulas bawang merah kecil - hiris nipis
  • * 3 ulas bawang putih - hiris nipis
  • 2 batang cili merah - hiris
  • 1 labu bawang besar - hiris kasar
  • * 5 biji cili padi - di ketuk (terpulang nk letak atau tak. kalau nk pedas, tambah cilinye)
  • 6 sdb kicap manis
  • Garam secukupnya

Cara-cara

  • Asingkan ikan sardin dari sos tomato(jgn buang sos). Gorengkan ikan tadi dalam minyak sehingga garing kulitnya. (gunakan minyak gorengan tadi utk kuah pula)
  • Tumiskan bahan bertanda * sehingga naik bau.
  • Masukkan sos tomato, kicap & sedikit air (mengikut kepekatan masing2). Kacau dan renehkan selama 5 minit.
  • Masukkan pula bawang merah besar dan cili merah. Renehkan selama 3 minit perasakan dengan garam secukupnye.
  • Akhir sekali, letakkan ikan sardin yang telah digoreng dan renehkan selama 2 minit.
  • Hidang panas dengan nasi putih... sedapppp :)

LINGUINI FRA DIAVOLO



Sumber: JC (FRD)

Resipi ini dikongsi bersama oleh Saudari JC (FRD). Mengikut kata JC resipi ini sesuai menggunakan seafood dan ada rasa pedas-pedas sikit. Boleh kita pelbagaikan menu keluarga yang ada. Kepada JC thanks for sharing this recipe with us all.


Bahan-bahannya
  • 1 lb linguini or spaghetti or vermicheli or angel hair pasta
  • 1 lb udang sederhana besar
  • 1 lb scallop ( boleh gantikan dgn any kind of seafood mcm mussel, isi ketam, lobster or add more udang)
  • 6-7 ulas bawang putih dicincang
  • 32 oz can tomatos
  • 1 cawan hirisan cendawan butang (optional)
  • 1/2 cawan hirisan black olive( optional)
  • 1 tsp each of dry basil, oregano & parsley
  • 1 tsp serbuk lada ( kalau nak pedas bubuh banyak sikit)
  • garam & black pepper scukup rasa
  • Sedikit olive oil or vege oil utk menumis
Cara-caranya
  • Panaskan dlm 2 sudu besar minyak tumis bawang putih cincang jgn sampai hangus. Masuk cendawan & olive.
  • Masukkan sos tomato di ikuti dgn semua dry herbs, serbuk lada, garam dan black pepper.
  • Kecilkan api biarkan mendidih perlahan2 dlm 1/2 jam. Sementara itu didihkan air dlm periuk besar letak sikit minyak & garam dan rebus pasta dlm 10 min atau hingga masak. toskan & ketepikan
  • Dalam periuk yg lain masukkan beberapa sudu besar minyak masukkan seafood..Letak secubit garam & pepper masak hingga udang bertukar pink kemudian curahkan kedlm tomato sos mixture biarkan mendidih sekejap lagi.
  • Bolehlah dihidang dgn garlic bread.
Nota dari JC:
  • Kalau guna fresh tomatos calarkan kulitnya sikit lepas tu masukkan buah tomato dlm air mendidih, biar kan sekejap.
  • Angkat masukkan dlm air sejuk, siat kulitnya potong dua buang bijinya kemudian kisar. Bolehlah digunakan utk buat sos tomato.

KERUTUP SOTONG

Sumber: Kak Hanieliza/ Kak Muza (FRD)
. Resipi asal yang menggunakan daging tapi telah gantikan dengan sotong.
Terima kasih Kak Muza dan Kak Hanieliza.........


Bahan
  • 1 kg daging (gantikan dengan sotong)
  • 1 biji kelapa [3 cawan santan]
  • 3 s/b kerisik [1/2 biji kelapa digoreng dan kisar]
  • 3 s/b rempah kerutub
  • 2 s/b gula merah
  • 1 inci kulit kayu manis
  • 3 s/b minyak
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • garam
Bahan Mesin
  • 15 tangkai cili kering
  • 10 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 cm halia
  • 3 cm lengkuas
Cara
  • Daging dipotong jangan terlau kecil atau besar. Basuh dan toskan.
  • Bancuhkan bahan mesin dengan rempah kerutup.
  • Panaskan minyak dan tumiskan kulit kayu manis.
  • Masukkan bahan mesin yg telah dibancuhkan tadi. Kacau rata sehingga naik minyak dan wangi.
  • Masukkan daging dan kacau rata.
  • Masukkan santan, air asam jawa dan gula & garam.perlahan api.
  • Biarkan reneh sehingga pekat dan naik minyak semula.
  • Hidangkan dengan nasi dhall atau nasi minyak/tomato.
Nota dari Kak Muza:
  • Caranya semuanya sama,cuma akak tak letak kulit kayu manis.
  • Kalau pakai sotong masak sotong sekejap saja dan lepas tu diangkat, biarkan kuahnya kering sikit, baru diangkat dan dicurahkan atas sotong tadi .
  • Kalau dapat sotong yg saiz besar lagi best.

GENDANG KERANG WARISAN


Dscn3332

pada sesiapa penggemar kerang


Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 1-1 1/2kg kerang direbus
  • 1 biji bwg besar
  • 5 ulas bwg putih
  • 2 inci lengkuas
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit hidup
  • 1 btg serai
  • 15-20 tangkai cili padi
* kisar bahan-bahan diatas*
  • 1 sudu besar rempah kari
  • 1 keping asam keping
  • 2 sudu besar kerisik
  • 1 sudu gula
  • 1 1/2 cawam pati santan
  • garam dan bhn perasa secukup nya
  • daun kunyit dan daun limau purut dihiris seperti bunga rampai

Cara-cara

  • Dscn3326
    sediakan bhn untuk dikisar yg tertera diatas
  • Dscn3328
    masukkan semua bahan2bahan yg dikisar tadi ke dlm kuali baserta pati santan rempah kari, daun kunyit. daun limau purut dan asam keping
  • masak di atas api sederhana sehingga kering sedikit
  • Dscn3329
    masukkan kerang dan gaul sebentar
  • tunggu sehingga garing dan masukkan pula kerisik dan gula
  • akhir sekali masukkan pula garam dan bhn perasa secukup rasa
  • klu sesiapa yg suka kering masak sehingga kering dan pada yg suka sederhana kering pun boleh ikut selera memasing
  • selepas siap di masak matikan api dan siap untuk dihidangkan

KERANG DGN SAMBAL CUKA


Step_by_step_193

Simple dan boleh makan sambil borak, gelak2 dan kecoh2........


Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 2 kg kerang, cuci bersih dan toskan
  • 3 ulas bawang merah kecil*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia*(*dihiris halus)
BAHAN2 SAMBAL CUKA:-
  • 3 - 4 batang cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 7- 8 camca besar gula
  • 50 ml cuka makan
  • 1/3 camca teh garam

Cara-cara

  • Tumis bahan2 hiris dalam kuali menggunakan 1 camca besar minyak masak hingga wangi. Masukkan kerang dan 1/2 camca teh garam. Gaul hingga rata.
  • Tuang 1/2 cawan air dan tutup permukaan kuali.
  • Masak dgn api sederhana besar kurang lebih 10 - 15 minit atau hingga kerang betul2 masak. (Bila kopek dia mudah terbuka).
  • Step_by_step_194

UNTUK SAMBAL CUKA:-
  • Tumbuk kesemua bahan utk sambal, kecuali cuka dan gula. Bila lada hampir lumat, masukkan gula dan terus menumbuk hingga lumat.
  • Tuang cuka dan kacau hingga sebati. Rasa dan jika kurang masin atau manis boleh tambah lagi gula/garam.