MEE KARI KERANG


Errrmmmm...try tengok me nie,sedap x? eheheh....hari ini kaan malaz yg amat zanie tau, menu simple namun menyelerakan, beli mee nie dah 3 hari, mulanya nak buat mee goreng tapi my HB kata dah lama x makan mee kari sooo zanie pn apalagi kayoh aje ler yg penting apa yg zanie masak tu HB suka makan, mee nie zanie masak merangkap makan siang dan malam x yah nak masak yg lain tapi atas dapur tu zanie sedang masak kacang hijau sb nak buat bubur kacang & buat init kuih pau... apapn meh kite layan apa yg ada dibawah nie.
JOOOOMMMMM !!!!!



Bahannya :

  • 1/2 kg kerang> di rebus asing isi dgn kulit
  • 1 kg mee kuning ( basuh dan celurkan)
  • 2 senduk rempah kari
  • 3 sudu makan cili kering yg dimesin / ikut suka pedas
  • 6 ulas bawang merah > kisar halus
  • 3 ulas bawang putih > kisar halus
  • 1/2 in halia > kisar
  • kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkeh ( semua ni sikit je..nak kasik wangi. tak letak pun xpa rasanya)
  • 1 tangkai daun kari
  • 1 genggam ikan bilis > di tumbuk lumat
  • 2 keping asam keping
  • 1 biji kelapa parut > jadikan pati santan
  • Bahan hiasan/ulam: telo rebus, bawang goreng, sawi (celurkan), taugeh (celur jugak), cili besar@cili api
Caranya :
  1. Kisar bawang merah, bawang putih dan halia halus.
  2. Bersihkan kerang dan rebus setelah itu toskan ,asingkan isi dengan kulit
  3. Panaskan minyak tumis rempah biji, daun kari hingga naik bau wangi.
  4. Masuk pula bahan kisar,kacau hingga terbit bau wanginya, masuk pula rempah kari kacau hingga pecah minyak.
  5. Bila dah pecah minyak, masukkan santan,, garam secukup rasa dan asam keping. Garam tu mesti secukup rasa supaya santan tak berketul-ketul. Bila dah mendidih baru masukkan kerang.
  6. Bubuh garam , gula dan perasa secukupnya, padamkan api....Cara penyediaannya.....
  7. Masukkan mee dalam mangkuk, kuah dan bahan-bahan hiasan dan sedia untuk dimakan..

1 utk my Hubby... 1 lagi utk zanie, eheheh ....

TUMIS LABU DENGAN SUHUN

Menu yg dah terlepas tarikh, baru perasan x n3kan disini resepi belum dapat nak di sertakan sooo nanti2 lah ya!!! hari pun dah lewat malam nie. kkkk....kite tidor duluuuuu

J
O
M
.
.
.
.
L
A
Y
A
N


SAMBAL BELACAN BUAH MANGGA

Kire tengok2 dulu ya gambar nie esok zanie buh resepinya sb hari dah malam... ngantuk daaaa... bye camat malam sume


yuhuuuu... selamat pagi semua,zanie bangun dah nak sambung update nie....jom kite tengok apa resepi sambal belacan buah mangga nie....

BAhannya:
  • 5 biji cili merah
  • 3 biji cili api
  • 1 biji mangga muda > dihiris nipis
  • 1 cm belacan
  • sedikit ikan bilis
  • sedikit udang kering
  • garam, gula & perasa secukupnya
Caranya :
  1. cili api, cili merah & belacan ditumbuk lumat.
  2. Masukkan udang kering, ikan bilis, garam , gula, erasa.
  3. Akhir sekali baru d masukkan mangga yg telah dihiris nipis gaul rata2 sedia utk di hidang bersama ulam - ulaman

PUDDING MARBLE



Bahannya :
  • 1 liter air
  • 10 grm agar2 kering
  • 250 grm gula
  • 100 grm tepung kastard > bancuh dengan sedikit air
  • 2 sudu teh serbuk koko ( zanie buh lebih sb nakkan rasa coklatnya )
Caranya :
  1. Agar2 + air + gula di masak hingga hancur, masuk tepung kastard kacau rata masak hingga mengelegak dan matikan api
  2. Bahagi kepada 2 bahgian 1) warnakan kuning 2) bubuh koko serbuk.
  3. Bubuh 1 senduk warna kuning kedalam acuan diikuti pula yg koko caranya mcm kite buat kek marble tuuu,buat proses nie hingga selesai ya!!.
  4. Sejukkan dahulu sebelum dihidang.....



ACAR BUAH @ ACAR TAHUN


Bahannya :
  • 600grm buah2 campuran
  • 2 sudu besar cili kisar
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 cm halia
  • 1 tin tomato puri
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar cuka
  • 1/2 cawan minyak utk menumis
Caranya :
  1. Kisar halus bawang besar, bawang putih, halia.
  2. Pijarkan minyak tumis bahan kisar tadi hingga garing, masuk tomato puri, serbuk kari, gula garam dan cuka secukup rasa.
  3. Biar mendidih baru masukkan buah campuran masak hingga agak pekat dan kering
  4. Matikan api, sedia utk dimakan.

SPAGETI BERDAGING


Bahannya :
  • 1 peket spageti
  • 1/2 cawan tomato puri
  • 1/2 cawan sos spageti
  • 2 labu bawang besar > potong dadu
  • 50 grm daging lembu > potong dadu
  • 5 ulas bawang putih > cincang
  • 1 cawan sayur campur
  • sedikit garam, gula, lada hitam dan minyak utk memasak
Caranya :
  1. Tumis bawang putih hingga naik wangi, masuk pula bawang besar.
  2. Masuk daging goreng hingga garing dan empuk, masuk pula sos spageti & tomato puri.
  3. Masuk sayur campur biar mendidih dan empuk, masuk pula garam, gula, lada hitam secukup rasa setelah itu matikan api, ketepikan.
  4. Rebus spageti hingga empuk, toskan.
  5. Hidang dalam pinggan, dan hias daun ketumbar


MENU SEMALAM BEB !!

Nie menu semalam, bayam masak lemak, sambal tumis telur & ikan masin kapak tapi x de dlm gambo hehehe....Jom makan...ada 2 biji telur je ne sape cepat dia punyaaa....

PUDING LAPIS COKLAT

Petang tadi terasa nak makan mendealah nie, godeh2 ada plak lengkong yg dah berapa hari beli tapi x bergerak dari gobok. kelebek2 kitab mutaalbadrain ada plak resepi yg dah lama zanie nak try... resepi dari Majalah Saji taun bila pn zanie x hingat sb resepi nie zanie dah bukukan ( gunting dan tampal ikut ketegori menunya.) apapn resepi nie x menghampakan, pada yg ingin mencuba sila lihat resepi dibawah ya!!

Sumber : Majalah Saji

Bahannya :
  • 20 grm agar2
  • 1 tin susu cair ( zanie guna santan)
  • 1 cawan gula pasir
  • 3 cawan air
  • 3 s/b tepong jagung
  • 3 s/b mentega
  • 3 biji telor
  • 6 s/k serbok koko bancuh dgn sedikit air panas
  • pewarna kuning
Caranya :
  1. Masak hingga hancur air + agar2 setelah hancur tapis.
  2. Masukan gula pasir masak hingga gula tadi larut.
  3. Pukol kembang telor, masukkan susu, tepung jagung kacau rata.
  4. Tuang bahan tadi kedalam agar2 diikuti dgn mentega kacau rata2.
  5. Bahagi kepada 2 bahagian 1) warnakan kuning 2) campur koko .
  6. Sediakan acuan tuang 1 senduk kecil warna kuning biar sejuk seketika babu masukkan yg coklat pula, buat proses tu hingga habis.
  7. Sejukkan dalam peti ais terlebih dahulu sebelum dihidangkan
** step 3 nie zanie x ikuti sb saje x nak buh telur tapi susu juga tepung jagung kena la letak kaaaannn kalau x lain la rasanya nanti

KECIPIR GORENG PEDAS

nie menu semalam, simple mimple aje... digabungkan dengan telur dadar juga cencaru goreng bersambal tapi lupa la plak nak snap huhuhu..... jom layan.....

OTAK2 IKAN & PAU SATAY & BEEHOON SUP

jom makan.......!!!!!sure best tauuuu .......




KEK BATIK MARIE BERBIJAN

Inilah resepi kek batik marie yg zanie buatkan untuk cik BIE - BIE, zanie guna biskut jenama LEE memang terasa kerangupan biskutnya. meh la try resepi dari zanie nie....

Bahannya :
  • 50 keping biskut marie jenama LEE> di pecahkan 4
  • 1 tin kecil susu pekat
  • 1 tin kecil vico( ikut saiz tin susu ya!!)
  • 1/2 cawan mentega
  • 4 SB serbuk koko
  • 50 grm biji bijan
Caranya :
  1. Satukan mentega , susu, milo, serbok koko, bijan. Masak guna api kecil hingga bahan2 tadi mencair kacau selalu agar tidak berkerak, bila sudah nampak agak pekat matikan api dan masukkan biskut marie tadi kacau rata2.
  2. Sediakan acuan yg telah di alas dengan aluminium foil. Masukkan campuran tadi rata dan tekan2 supaya padat.
  3. Biar sejuk baru dipotong2 sedia untuk dihidang

KEK BATIK MARIE FOR BIE - BIE


Hai BB ( bukan nama sebenar) atas pesanan penaja nie, hihihi...."Happy belated bezday 2 U." hehehe.....Parcel nie dah di poskan tadi harap cek di pos laju ek!! Harap dah terima msg no pos tu ya!!! cayok2.....kalau rasa sedap kek tu buleh la koling2 lagi..huhu...order ler...hikhikhik...


AYAM GORENG


Sumber : Majalah Saji

Bahannya :
  • Beberapa ketul ayam _ potong2 ikut saiz yg di sukai
  • Tepung gandum secukupnya
  • Garam
  • Sedikit kunyit serbuk
  • Minyak utk mengoreng
Caranya :
  1. Salut ayam yg telah dibersihkan tadi dengan sedikit garam & sedikit tepung gandum gaul rata, biar dalam 10 minit.
  2. Setelah 10 minit basuh ayam tadi utk menghilangkan campuran tepung tadi
  3. Setelah bersih masukkan serbuk kunyit & garam secukup rasa
  4. Panaskan minyak goreng secara deepfry hingga masak kekuningan
  5. Angkat & toskan dan sedia utk dihidang.

KUIH PAU KELAPA

Bahannya :

  • 500gm tepung
  • 50gm minyak/shortening
  • 6gm yeast
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100gm gula
  • 250gm air suam

Untuk inti
  • 1/2 biji kelapa parut yg agak muda
  • 3/4 cawan gula merah / kabung
  • 1 helai daun pandan
  • 1 s/k tepung gandum
Caranya :

  1. Masak gula merah / kabung hingga hancur kemudian tapiskan.
  2. Masukkan kelapa parut tadi bersama daun pandan kedalam air gula tadi masak dgn api yg kecil hingga campuran kelapa tadi agak pekat
  3. Masukkan pula tepung gandum gaul rata tujuan > agar inti x berderai.
  4. Angkat & sedia utk di gunakan

Caranya :

  1. Campur semua bahan kecuali air kedalam mangkuk. Gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit2 dan uli hingga lembut.
  3. Tutup dengan cling film dan biar selama 10min.
  4. Selepas itu, ambil doh dan bentuk bulat2 kecil.
  5. Leperkan dan isi inti didalamnya. Kemudian alas dengan kertas/daun pisang.
  6. Biar lebih kurang 1 jam.
  7. Kukus selama 10min.

KERANG MASAK SERAI


Bahannya:
  • 500grm kerang dibersihkan
  • 2 batang serai dititik
  • 1/2 n halia dihiris halus
  • 5 ulas bawang merah hiris halus
  • 2 ulasa bawang putih
  • 4 sudu besar kicap pekat lemak manis sebarang jenama
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 1 biji cili merah hiris nipis
  • 1/2 cawan minyak masak
  • garam secukup rasa
Caranya :

  1. Panaskan minyak tumis sesrai, halia, bawang M+ P hingga naik wangi
  2. Masukkan kerang, kicap, sos tiram dan garam secukup rasa
  3. Tutup kuali biar kerang masak baru masukkan cili hiris tadi juga bawang yg dipotong bulat
  4. Kacau sebentar dan bolehlah dihidangkan
  5. Selamat mencuba

KARI KAMBING

Meh kite layan pic nie, hehehe...my HB komplen tau!!! asik LAYAN aje mane resepinya..nanti laa dulu... letak dulu gambar resepi kendian huhuhu....boleh gituuuu....
LAYAAAAANNNN .......

AGAR - AGAR PANDAN



Salam semua.... ptg nie zanie sempat upload gambar dulu ada free nanti zanie postkn resepinya plak ya!!! meh kite layan pics nie dulu


ROJAK MAMAK !!!!!


Semalam saje je makan rojak nie buat alas perut lepas kua office ngn HB sementara nak tunggu lunch dgn HB lepas waktu solat jumaat......


Meh kite makan rojak mamak, banyak nie......JOOOOMMMM !!!!!

KUIH KETAYAP @ KUIH DADAR

Jom!! sape nak joint makan kuih ada 4 ketui nie...sape cepat dia munye....




Bahannya :

utk kulit
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 2 helai daun pandan
  • 1 1/2 cawan santan (boleh diganti dgn fresh milk)
  • 1 1/2 sudu kecil garam
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Beberapa titik pewarna hijau
utk inti
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3/4 cawan gula merah (boleh dikurangkan)
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

untuk inti;
  • Masukkan kelapa parut dan gula merah tadi serta sehelai daun pandan. Kacau sehingga sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-15 minit.
  • Inti akan menjadi warna keperangan. Angkat . Buang daun pandan tadi.

Untuk kulit;
  1. Kelapa parut tadi di blend dengan daun pandan dan perah, ambil patinya. Jika u all guna santan segera, just blend dengan daun pandan dan tapis.
  2. Ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk letakkan secubit garam dan campurkan pati santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi. Kacau sehingga sebati .
  3. Kemudian masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika u all nak warna original ketayap tak payah guna pencelup, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika u all nak tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 2-4 titik ke dalam adunan anda.
  4. Panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan sendukkan 1 senduk adunan tadi dan layangkan pan agar adunan tadi bulat.
  5. Masak sehingga 2-3 minit, angkat jangan terlalu lama. Setelah angkat terus masukkan inti dan gulung.

SELAMAT PENGANTIN BARU

Selamat pengantin baru ku ucapkan buat sepupuku... ala... lupa la nama dgn gadis pilihan hatinya yg berasal dari Sempang Renggam... moga dgn ikatan ini akan di kurniakan anak2 yg soleh & solehah dan semoga kekal hingga ke akhir hayat..
Buat mak & ayah pengantin Puan Miseh Loso & En Rashid Man, tahniah kerana dapat menantu pertama..... moga tahun hadapan dah buleh timang cucu.
AMIIINN ........

JOM MAKAN !!!





Jom layan mata tengok resepi nie hehehehe .....
ada selera x ?

DADIH COKLAT

Bahannya :

  • 1 peket serbuk dadih segera
  • 1/2 cawan gula
  • 1 tin susu cair
  • 1500 ml air

Caranya :

  1. Didihkan air + gula hingga gula larut. Masukkan susu cair sentiasa kacau agar bahan tadi x membuak bila mendidih > guna api kecil ya!!
  2. Masukkan serbuk dadih segera kacau sebati agar tidak bergentel, padamkan api dan boleh bubuh dalam acuan yg disukai.
  3. Selamat mencuba....

CHOCLATE MOIST WITH LAYER CHEESECAKE

Haaa ... yg nie kek bezday zanie baru sempat buh resepinya, eheheh.....resepi pn x hingat dapat dari mane, apapn terima kasih pada empunya resepi. ni pun zanie try 1/2 adunan aje dapatlah 12 slice gitu



Bahan-bahan :

• 250gm butter
• 1 cawan gula castor
• 1 cawan gula perang
• 4 biji telur (A)
• 1 sudu teh esen vanila
• 1 cawan susu segar suam
• 1 1/4 cawan tepung naik sendiri
• 3/4 cawan serbuk koko

Utk choc ganache:

• 150gm coklat masakan
• 1 sudu besar susu pekat
• 1/4 cawan air panas
• 1 sudu besar butter
• Almond nibs (optional)

Bahan untuk lapisan cheese:

• 250gm cream cheese
• 100gm coklat masakan putih
• 2 biji telur gred A
• 30gm tepung gandum/superfine

Cara-cara:

  1. Griskan loyang dgn butter dan tepung dan panaskan kukusan. Ayak tepung bersama serbuk koko.
  2. Pukul butter bersama gula castor dan gula perang hingga kembang. Masukkan esen vanila dan pukul lg.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji dan pukul hingga gebu dan kembang.
  4. Masukkan susu dan tepung yg diayak secara selang seli dan guna kaedah kaup balik hingga adunan sebati.
  5. Untuk lapisan cheese. Masukkan semua bahan dan pukul sehingga gebu.
  6. Bahagikan adunan coklat kepada 2. Masukkan bahagian 1 kedalam loyang dan tutup dengan aluminium foil. Kukus kek selama 20 minit.
  7. Lapisan kedua - masukkan adunan cheese. Tutup semula dengan aluminium foil dan kukus selama 20 minit. Lapisan cheese dah masak, bolehlah masukkan bahagian ke 2 kek dan kukus lagi selama 20 minit.
  8. Bila sejuk barulah diletak atas pinggan kek dan hiaskan dgn choc ganache.
  9. Untuk membuat choc ganache: masukkan coklat masakan yg dipotong kecil2, susu pekat dan air panas kedalam periuk dan masaklah cara double boiler hingga cair. Padam kan api dan masukkan mentega. Kacau hingga mentega cair.
  10. Curahkan atas kek yg dah sejuk dan hiaskan mengikut cita rasa masing2. Kek ini lebih sedap dimakan jika dah disejukkan dalam peti ais.

MUFFIN COKLAT VERSI KUKUS

Salam semua.. hari ini baru ada free update blog, menu muffin semasa bezday anak zanie yg lepas. terlupa siapa empunya resepi walaubagaimana pun zanie bagi 5 bintang pada resepi ini sb moist N mebeles sesangat muffin nie, rasa kecoklatannya yg teramat, zanie try 1/2 adunan dapat 6 biji saiz sprt di gambar sooo pada sesiapa yg ingin mencuba meh lihat pada resepi dibawah ini ya!!



Bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 250ml susu perisa coklat
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1/4 cawan minyak masak
  • sedikit esen vanilla
Caranya :
  1. pukul telur, butter dan gula hingga kembang, titiskan esen vanilla, pukul lagi hingga gebu.
  2. Ayak tepung gandum bersama koko dan baking powder, masukkan ke dalam adunan tadi..kaup balik.
  3. masukkan susu coklat, susu pekat manis dan minyak, gaul sebati.
  4. masukkan dalam loyang, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 45 minit...kalau nk tahan lama, kukus ler lebih masa...

Ganache

  • 1 cawan whipping cream(250ml)
  • 250gm cooking chocolate
  • 1 sudu besar golden syrup
  • 1 sudu besar butter/shortening
Caranya :
  1. cairkan coklat dgn kaedah double boiler, masukkan shortening/butter.
  2. bila coklat dah cair, masukkan whipping cream.
  3. akhir sekali masukkan golden syrup...sebatikan...