AGAR-AGAR PELANGI INDAH
















(sumber : Buku Resipi Pn Asmah Laili, Mintak Ampun Sedapnya) /Rozzan

Bahan A
  • 20 gm serbuk agar-agar
  • 340 gm gula pasir
  • 1725 ml air
  • 6-8 helai daun pandan
Bahan B
  • 20 gm serbuk agar-agar
  • 340 gm gula pasir
  • 1725 ml santan (dari 2 biji kelapa parut putih)
  • - saya gunakan 1 liter santan KARA + 725 ml air) - ni kes mls nak perah lerr..
  • 1 sudu teh garam
Bahan C
  • Loyang berukuran 23 x 23 x 8 cm (lebih kurang 9 x 9 x 3 inci)
  • Pewarna ungu, kuning, merah, hijau atau apa pun warna pilihan anda
Cara-Cara
  • Masak Bahan A sehingga mendidih. Masak pula Bahan B sehingga mendidih. Tuang ke dalam loyang sebanyak 230 ml agar-agar santan (Bahan B). Tunggu sebentar sehingga ia hampir keras, baru dituangkan lapisan kedua iaitu 230 ml agar-agar jarang (Bahan A). Biarkan sehingga hampir keras, lalu dituangkan lapisan seterusnya dengan menggunakan setetes dua pewarna pilihan anda.
  • Ulangi melapis sehingga agar-agarnya habis digunakan, mengikut contoh susunan di bawah. Agar-agar yg hendak digunakan itu haruslah berada di atas api yg kecil, supaya ia senantiasa cair dan mudah bila dibancuh dgn pewarna.
  • Setelah selesai melapisnya, tunggu hingga ia sejuk, barulah didinginkan dalam peti sejuk. Enak dihidangkan dalam keadaan dingin.
Susun atur untuk melapis :

Contoh Lapisan:
  • LAPISAN 1 – 230 ML AGAR-AGAR PLAIN SANTAN
  • LAPISAN 2 – 230 ML AGAR-AGAR PLAIN JARANG
  • LAPISAN 3 – 230 ML AGAR-AGAR UNGU SANTAN
  • LAPISAN 4 – 230 ML AGAR-AGAR UNGU JARANG
  • LAPISAN 5 – 230 ML AGAR-AGAR KUNING SANTAN
  • LAPISAN 6 – 230 ML AGAR-AGAR KUNING JARANG
  • LAPISAN 7 – 230 ML AGAR-AGAR MERAH SANTAN
  • LAPISAN 8 – 230 ML AGAR-AGAR MERAH JARANG
  • LAPISAN 9 – 230 ML AGAR-AGAR HIJAU SANTAN
  • LAPISAN 10 – 230 ML AGAR-AGAR HIJAU JARANG























0 comments:

Post a Comment