Showing posts with label masak lemak. Show all posts
Showing posts with label masak lemak. Show all posts

SAYUR LODEH - KUAH LONTONG

Sayur_lodeh

kak fida@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10 orang )

Bahan yg dikisar halus * :-
  • *10 tangkai cili kering
  • *2 biji bawang besar
  • *2 ulas bawang putih
  • *1 jari kunyit hidup
  • *1 hiris halia
  • *2 sudu udang kering
  • *2 sudu ikan bilis
  • *sedikit belacan - jika suka
  • *2 sk jintan kasar - sangar
  • 2 batang serai - dititik
  • 4 helai daun salam
  • 1/2 jari lengkuas - diketuk
  • 200 g udang hidup yg dikupas kulit
Bahan sayur di potong kecil ikut cara masing2 :-
  • 1/2 biji kobis
  • 8 batang kacang panjang
  • 1 batang lobak merah
  • 1 biji sengkuang kecil
  • 1 biji terung panjang
  • 1 keping tahu kering - rendam
  • 4 biji kentang
  • 4 keping tauhu - di potong kecil dan goreng
  • 4 keping tempe - dipotong dan digoreng
  • 2 ikat su'un - direndam
  • lada merah dan hijau - dipotong serong
  • 2 ltr santan pekat dan cair - drpd 3 biji kelapa
  • air secukupnya
  • garam secukup rasa
  • 1/4 cawan minyak utk menumis

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bahan2 kisar dan serai hingga wangi.Masukkan udang dan tumis lagi dan masukkan santan,daun salam,lengkuas dan masak hingga mendidih.
  2. Masukkan sayur2an bermula dgn yg keras dulu dan tambah air secukupnya hingga sayur tenggelam. Bubuh garam secukup rasa dan masak lagi hingga mendidih dan sayur lembut.
  3. Hidang sayur lodeh dgn lontong,ketupat atau nasi himpit dan juga sambal tumis dan serunding.

MASAK LEMAK CILI API UDANG DGN REBUNG

Imported_photos_00225

Masakan Negeri Sembilan

Bahan-bahan ( 4 org )

  • 500gm udang sederhana besar
  • 500gm Rebung (kalau suka byk tambah, kalau tak suka kurangkan)
  • 20 ulas Cili api (ditumbuk lumat
  • Perahan Santan dr satu biji kelapa
  • 1/2 inci kunyit hidup ditumbuk lumat bersama cili api
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  • Cuci udang mengikut kesukaan. Kalau nak manis, tinggalkan sedikit misai2 ke, kulit ke.....kemudian toskan.
  • Cucikan rebung, toskan. kemudian letakkan di dalam periuk.
  • Letakkan cili api yg telah ditumbuk lumat bersama kunyit tadi serta santan. Gaul rata semua bahan bahan tadi.
  • Masakkan bahan bahan tadi dengan api yang sederhana supaya tidak pecah minyak, kacau selalu.
  • Bila sudah mendidih, masukkan udang. Masak hingga udang tadi masak. Tetapi jgn terlalu lama.
  • Rasakan garam. Hidangkan ketika panas2.....berasap bila makan weh

SAMBAL GODOK

Sumber : Diana

Bahan-bahannya
  • 8 ulas bawang kecil, dihiris
  • 3 batang lada merah, dihiris
  • 3 batang lada hijau, dihiris
  • 1 batang serai dititik
  • 3 cawan santan cair
  • 2 cawan santan pekat
  • 8 batang kacang buncis, dipotong sepanjang 3 inci
  • 2 keping tempe, dipotong serong selebar 1 inci
  • 2 batang jagung, dikerat selebar 2 inci
  • 5 ekor udang hidup
  • 1 paket tahu kering, direndam
  • Sedikit su’un, direndam
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa jika suka
  • Minyak untuk menumis
Bahan untuk dikisar
  • 1 inci belacan
  • Sedikit udang kering, direndam dan dibersihkan
Cara-caranya
  • Panaskan sedikit minyak dalam periuk. Masukkan serai yang telah dititik, bawang kecil, lada merah dan lada hijau yang telah dihiris dan tumis sehingga naik bau. Masukkan juga bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga rempah masak.
  • Masukkan tempe, tahu kering, jagung dan santan cair dan masak sehingga bahan-bahan layu dan masak.
  • Masukkan kacang buncis, udang, su’un dan santan pekat. Masukkan juga garam dan serbuk perasa.
  • Bila kuahnya mendidih, padamkan api dan sedia untuk dihidang.

Kerang Masak Lomak

04-01-08_1105

waheeda@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4 org )

  • cili padi ikut nak pedas
  • kunyit 1 inci
  • serai 2 btng
bahan2 diatas dikisar
  • 4 btng kacang panjang
  • 1 mangkuk santan dari 1 biji kelapa
  • garam dan ajinomoto secukup rasa

Cara-cara

  • bersih kan kerang masuk kan santan dan bahan kisar kemudian masak sambil dikacau.
  • last sekali masukkan kacang dah siap hidang kan panas2 sodap....

Udang Masak Lemak Nenas

Sumber: Mamasya

Manakala udang masak lemak nenas ini dimasak minggu lepas guna resepi sama dgn ketam cuma kali ni udang dimasak 1/2 kg sahaja. Anak2 mmg tak mkn udang, jadi mama dan abah yg perabihkan.....



Bahan


  • 1/2 kg udang
  • *1 inci lengkuas
  • *2 inci kunyit hidup
  • *4 biji bawang merah
  • * 2 sudu besar cili kering yg diblended
  • *1 inci halia
  • 1 btg serai diketok
  • 1/2 biji nenas/ 1 tin nenas dlm tin
  • 1 pkt santan
  • garam (ikut rasa),asam keping sekeping
Cara-cara
  • Semua bahan * ditumbuk/diblender sampai lumat.
  • Masukkan bahan yg ditumbuk lumat dan serai dlm periuk besar/kuali dan masukkan santan dan biarkan mendidih sekejab.
  • Masukkan udang, asam keping, garam.
  • Kacau hingga mendidih dan masukkan nenas . kalau guna nenas dlm tin tidak perlu lama mendidih.

SAYUR LODEH KELUARGA DIANA


Sumber : Diana

Bahan-bahannya
  • ½ kg nangka muda, direbus hingga empuk
  • 1 paket tahu kering, direndam dan potong selebar 3 inci
  • 1 biji sengkuang, dihiris panjang seperti batang mancis
  • 1 batang lobak merah, dipotong serong nipis
  • ½ biji kobis, dihiris
  • 8 batang kacang panjang, dipotong serong nipis
  • 3 keping tahu, dipotong 2 dan digoreng
  • 2 liter santan
  • 500 ml air
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 inci lengkuas, dititik
  • 1 helai daun kunyit, disiat
  • 4 helai daun salam
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa jika suka
  • Minyak untuk menumis
Bahan untuk dikisar
  • 18 tangkai lada kering, dibersihkan dan direndam dengan air panas
  • 3/4 cawan udang kering, direndam dan dibersihkan
  • 4 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit
Cara-caranya
  • Nangka muda direbus sehingga empuk. Sayur mayor dibersihkan dan toskan airnya.
  • Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai, lengkuas dan bahan yang dikisar. Masukkan juga daun kunyit dan daun salam. Tumis sehingga naik bau dan garing.
  • Masukkan pula garam, serbuk perasa dan air. Masukkan sengkuang, lobak dan kacang panjang masak sehingga ia layu sedikit. Kemudian masukkan santan dan juga nangka muda, tahu kering dan kobis.
  • Jika kuahnya terlalu pekat, boleh tambahkan air sedikit. Rasa kuahnya jika ada yang kurang, tambah garam secukupnya.
  • Bila kuah telah mendidih, padamkan api.
Nota:
  • Kuah lodeh ini selalu dihidangkan bersama lontong, sambal tumis sotong kering, serunding, sambal goreng pengantin dan telur.
  • Untuk kuah lodeh tahan lama, jangan masukkan tahu yang telah digoreng, tetapi sewaktu menghidang letak tahunya.

KUAH LODEH


Sumber : Rozzan

Bahan Kisar:
  • 5 sudu makan udang kering (rendam sebentar)
  • 3 sudu makan ikan bilis (rendam sebentar)
  • 2 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 batang serai
  • 1 cm lengkuas
  • 1/2 cm halia
  • 3 sudu makan cili kering kisar
  • 1 cm kunyit hidup
  • (Kisar semua bahan di atas hingga halus)
  • 1 batang kecil lobak merah (potong seperti lidi mancis-halus)
  • 1 biji kecil sengkuang (hiris memanjang kasar2 sedikit)
  • 1/2 biji kobis kecil (hiris)
  • 8-10 btg kacang panjang (hiris serong)
  • 4- 5 btg jagung muda (hiris serong)
  • 2 keping tahu (kecil) -dipotong empat diagonally, digoreng.
  • 2 keping tempe (setiap keping potong 2 atau 3)
  • 2 mangkuk besar (abt 1 liter) santan pekat dari 1 biji kelapa - (atau 500 ml santan kotak dicampur dgn 500 ml air)
  • 1 btg serai (dititik)
  • 2-3 helai daun salam
  • 2 senduk minyak atau secukupnya
  • garam secukupnya
  • sedikit gula
Cara:
  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumis serai dan bahan-bahan kisar hingga garing. Masukkan daun salam dan sebahagian air/santan dan kacau. Kemudian masukkan sayur-sayuran tadi bersama tempeh, garam & gula. Kacau sekali sekala dan biarkan ia mendidih. Perhatikan agar kuahnya jangan 'pecah santan'. Kalau kuahnya agak pekat, boleh ditambah sedikit air lagi. Setelah itu, masukkan tahu goreng tadi. Sesuaikan rasanya mengikut citarasa anda. Matikan api setelah sayurnya lembut. Hidangkan bersama hirisan lontong, serunding, sambal tumis dan telur rebus.

MASAK LODEH & LONTONG JOHOR

Sumber : Diana

Bahan Kuah Lodeh:- (sayur2ran ikut kuantiti masing2)

  • Kobis, dihiris sederhana halus
  • 1/2 biji sengkuang, dihiris memanjang
  • Fucuk, direndam dan potong kecil
  • 1 batang lobak merah, hiris nipis
  • Kacang panjang, dihiris serong
  • 2 keping tauhu, potong dadu sederhana besar
  • Soo Hoon, direndam dan kerat pendek2
  • 3 keping tempe, potong kecil
  • 2 batang serai, dititik
  • 1 inci lengkuas, diketuk
  • 1 camca besar cili kisar
  • 1 biji kelapa, diparut
  • 1/2 cawan isi udang
  • 2 camca teh udang kering, rendam 10 minit dan toskan*
  • 10 biji bawang merah kecil*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 cm kunyit hidup*(*dikisar halus)
  • Garam dan sedikit gula

Bahan Lain:-

  • Sambal tumis
  • Telur rebus, dibelah 2
  • Nasi impit/Ketupat
  • Serunding (tak letak, sebab tak buat..hehe)

Cara membuatnya:-

  • Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah untuk santan no.1. Tuang 1 liter air lagi dan ramas, perah untuk santan no.2. Ketepikan (kalau rasa nak lebih, boleh tambah air)
  • Dalam periuk, panaskan 1/2 cawan minyak masak dan tumis bahan2 kisar hingga wangi, masukkan cili kisar dan masak hingga pecah minyak.
  • Masukkan udang, lobak merah, sengkuang, fucuk dan tempe, gaul rata dan tuang santan no.2. Biar mendidih hingga hingga sayur lembut.
  • Perasakan dengan garam dan sedikit gula. Bila mendidih, masukkan suu hoon dan akhir sekali tuang santan no.1. Kacau dan biar mendidih atas api perlahan untuk 5 minit. Rasa dan jika ok boleh dimatikan api.
UNTUK PENYEDIAAN LONTONG:-
  • Letak nasi impit dalam bekas sesuai. Tuang kuah lodeh dengan isi2nya sekali. Letak telur, sambal tumis dan serunding (jika ada) sebagai pelengkap..Boleh lah makan lepas tu...hmmmm...

REBUNG MASAK LEMAK PUTIH


Rebunglemakputihmr1

masakan kampung, sedap, dan ringkas

Bahan-bahan ( seisi keluarga )

  • 4 rebung di hiris seperti dalam gambar
  • 2 cawan pati santan
  • 1 gengam ikan bilis
  • 2 biji bawang merah hiris kasar
  • 1 tangkai serai di titik
  • 1 tangkai daun kucai di potong seperti dalam gambar
  • garam
  • lada putih

Cara-cara

  • Masukkan santan , serai dan ikan bilis di dalam periuk, kacau perlahan-lahan sehingga mendidih .
  • kemudian masukkan rebung , daun kucai , garam , lada putih dan bawang, kacau perlahan sehingga rebung lembut. Siap.

KUBIS MASAK LEMAK


Cimg1769slemak

sayur masak kampung2 ni mkn dgn ikan goreng nyummm!

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 1/2 biji kubis (di potong besar skit)
  • 2 cawan santan
  • 1/2 cawan ikan bilis kecil (udang kering juga boleh)
  • 1 biji bawang besar (di hiris besar)
  • 1 biji cili besar
  • Sedikit garam dan ajinamoto
  • Lada sulah

Cara-cara

  • Masukkan santan di dalam periuk , kacau sehingga mendidih, masukkan kubis , cili dan ikan bilis, kacau lagi. akhir sekali masukan bawang merah, garam dan ajinamota serta lada sulah.
  • Siap untuk di santap bersama keluarga. * semasa masak hendaklah sentiasa kacau, jika tidak santan akan pecah minyak.

Udang Masak Lemak Cili Api Bersama Kacang Buncis


Msklomak

Resipi orang kampung


Bahan-bahan ( Sekali ngappp )

  • 200gm udang saiz sederhana(20 ekor) dibersihkan
  • 3/4 tin santan
  • 15 tangkai kacang buncis -dipatah-patahkan
  • 10 tangkai cili api dikisar- kalau nak pedas tambah lagi
  • asam keping
  • Daun kunyit (optional)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  • masukkan santan , cili api,daun kunyit,serbuk kunyit ,garam dan asam keping ke dalam periuk...biarkan mendidih, pastikan sentiasa di kacau supaya tidak meruap
  • setelah mendidih masukkan udang, kacau lagi biarkan mendidih
  • akhir sekali masukkan kacang buncis, biarkan beberapa minit...sedia untuk di ngapp!

TELUR ITIK MASAK LEMAK


Img_0460

Sedap dimakan dengan nasi putih panas2

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 5 biji telur itik
  • 450ml santan pekat
  • 1-2 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
  • * 5 ulas bawang merah
  • * 1cm kunyit hidup
  • * 1 batang serai
  • *1 biji cili merah
  • * 1 biji cili hijau
  • Kalau ada belimbing buluh pun boleh letakkan juga
  • Cara-cara


  • Img_0456
    Blend semua bahan2 bertanda (*)
  • Img_0457
    Masukkan santan, asam keping, bahan2 kisar, garam dan gula dalam periuk
  • Jerangkan di atas api yang perlahan sambil dikacau sentiasa supaya tidak pecah minyak
  • Img_0458
    Bila santan hampir2 mengelegak pecahkan telur sebiji2 sambil dikacau perlahan2
  • Jangan masak terlalu lama nanti telur jadi keras tak berapa sedap
  • Sedia dihidangkan

GULAI NANAS


Gulai_nanas

Khas dari dapur Cina Peranakan

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 biji nanas madu, kupas, belah 4, buang empulur dan kerat2 1/2 inci tebal
  • 3 ekor ikan kembong rebus, buang perut dan kerat dua (kalau ikan besar)
  • 1 helai daun kunyit, dikoyak2kan
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji kelapa, diparut
  • 7 biji bawang merah kecil*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3 biji cili merah*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 3 biji buah keras*
  • 1 keping nipis hirisan lengkuas*
  • 1/2 inci belacan*(*dikisar halus)

Cara-cara

  1. Tuang 1 cawan air dalam kelapa parut, ramas dan perah santan pekat dalam satu bekas. Ketepikan. Tuang air 2 cawan lagi dan ramas, perah dalam bekas lain utk santan no 2. Ketepikan..
  2. Dalam periuk, masukkan nanas yg telah dipotong bersama bahan2 kisar, gaul rempah dan nanas hingga rata dan tenggekkan diatas dapur, masak dgn api perlahan utk 2 - 3 minit.
  3. Masukkan santan no.2, biarkan mendidih. Masukkan ikan kembong rebus, asam gelugor dan daun kunyit yg telah dikoyak2kan tadi.
  4. Bila mendidih perlahankan api dan tuang santan pekat. Perasakan dgn garam dan gula (jika perlu). Biarkan merenih kurang lebih seminit dua. Matikan api dan boleh dihidangkan bersama lauk pauk sampingan.

BUBUR PEDAS SARAWAK


Buburpedassarawak

masakan negeri burung kenyalang ini pada kebiasaannya menjadi sajian utama paling istimewa hanya di bulan Ramadhan. Walau bagaimanapun, masakan ini tetap menjadi pilihan orang Sarawak di mana sahaja, tidak hanya di bulan Ramadhan malah menjadi sajian harian di kebanyakkan mereka yang menjadi pemilik restoran, warung mahupun gerai makan di Sarawak


Bahan-bahan ( untuk makan 5 - 10 orang) )

  • 1 pkt bumbu bubur pedas ( atau mengikut banyaknya bahan)
  • 100 gm udang / ayam / daging
  • * kacang panjang, jagung muda,midin, tauhu kering (fucuk),cendawan cina
  • 5 tangkai pucuk singkel (pucuk buas) - dihiris halus
  • 5 tangkai daun kunyit - dihiris halus
  • 5 biji cili kering (jika mahu pedas)
  • 2 biji bawang merah - ditumbuk halus
  • 2 biji bawang putih - ditumbuk halus
  • 2 - 3 sudu besar minyak masak - untuk menumis
  • 3 cawan pati santan
  • garam
  • serbuk perasa
  • * mana-mana bahan ini boleh digunakan mengikut selera dan citarasa masing-masing.
  • - sesuai dijadikan pencicah untuk dimakan bersama masak kemak nangka muda, umbut, sayur keladi dll.
  • - juga sesuai dimakan begitu sahaja.
  • - bahan lain yang boleh digunakan mengikut selera sendiri iaialah seperti sotong, rebung,umbut,nenas,lobak merah,ubi kentang,bunga kantan dll yang sesuai.

Cara-cara

  • tumiskan bawang.
  • masukkan samada udang, ayam atau daging dan masak hingga empuk.
  • masukkan bumbu yang sudah dibancuh dengan air.
  • biarkan mereneh dan masukkan pula kesemua bahan sayur dan bahan hiris tadi.
  • masukkan pula pati santan dan biarkan mendidih lebih kurang 10 minit sambil dikacau perlahan.
  • sesuaikan rasa dan angkat.

GULAI LEMAK PUCUK PAKU


Img_0050

resipi tradisional masakan kampung dari Opah

Bahan-bahan ( untuk 2 orang )

  • 1 ikat pucuk paku (RM1 di pasar malam)
  • 1 batang lobak merah (dihiris)
  • 1 biji bawang merah (dihiris)
  • 1 cawan santan cair
  • 1/2 cawan pati santan
  • 1 batang serai (dititik)
  • Sekeping asam jawa
  • 1/4 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili / cili boh
  • Garam secukup rasa

Cara-cara

  1. Siang pucuk paku.
  2. Masukkan semua bahan kecuali pati santan ke dalam periuk.
  3. Masak hingga pucuk paku layu.
  4. Tuang pati santan dan kacau hingga mendidih.
  5. Sudah siap untuk dihidangkan.

Taugeh masak lemak


Dscf5720

masakan kampung



Bahan-bahan ( 5 org )

  • Taugeh
  • 1/2 batang lobak merah(potong panjang2)
  • 1/2 bawang besar(dimayam)
  • 1 ulas bawang putih(dimayam)
  • udang
  • 1/2 paket santan
  • garam
  • gula

Cara-cara

  1. Bancuh santan dgn air. masukkan ke dalam periuk. masukkan bawang putih, bawang besar, udang dan lobak merah
  2. Bila dah mendidih masukkan taugeh. masukkan perasa. bila taugeh dah layu, tutup api. siap.