Showing posts with label kuih bakar. Show all posts
Showing posts with label kuih bakar. Show all posts

BENGKANG ROTI BERLAUK

Dsc05245

newbie123@myresipi.com


Bahan-bahan ( 1 biji )

  • Lebih kurang 15 keping roti
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 cawan susu segar (boleh juga guna santan)
  • 2 sudu teh garam
  • 1 sudu teh lada hitam
  • 2 sudu butter dicairkan
  • 1 mangkuk daging cincang
  • 1 biji kentang di dadu kecil
  • 1 batang carrot dihiris nipis
  • 2 biji cili padi dihiris nipis (untuk tambah pedas)
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • daun sup dan bawang goreng untuk ditabur atas bengkang
  • minyak untuk menumis
  • 3 biji telur
  • 1 kiub pati ayam maggi

Cara-cara

  1. Koyak-koyakkan roti dalam satu bekas dan tuangkan susu kedalamnya. Rendam hingga lembut.
  2. Pukul telur, garam, lada hitam dan campurkan kedalam adunan roti. Kacau sebati. Masukkan tepung, dan butter cair. Kacau sebati.
  3. Panaskan oven 180 darjah. Sapu acuan dengan sedikit minyak, tuangkan adunan roti tadi dan bakar selama lebih kurang 40 minit.
  4. Untuk lauk, panaskan minyak dalam kuali. Tumiskan serbuk kari dengan sedikit air. Masukkan daging cincang. Kacau sebentar.
  5. Dsc05247
    Masukkan kentang dan sedikit air cukup untuk sekadar mengempukkan kentang. Masukkan kiub ayam maggi. Setelah kentang hampir empuk masukkan carrot. Masak sehingga kentang empuk. Lauk mesti tidak terlalu basah.
  6. Taburkan lauk , daun sup, dan bawang goreng keatas bengkang sebelum dihidangkan.

BEABOOSA



Sumber: http://1001resepi.com

Bahan-bahan

  • 360g tepung semolina
  • 160g tepung serbaguna
  • 1/2 suduteh serbuk penaik
  • 240g gula
  • 250g minyak
  • 250ml susu segar

Bahan sirap

  • 480g gula
  • 500ml air
  • 1 biji lemon (jus)
  • 3 sudu teh madu

Cara Membuat

  • Campurkan semolina, tepung, serbuk penaik dan gula. Kemudian masukkan minyak dan susu. Kacau hingga sebati.
  • Tuang adunan kedalam loyang dan bakar selama 30 minit pada suhu 180C. Tuang sirap keatasnya.

Sirap

  • Campurkan semua bahan sirap dan jerang atas api sederhana sehingga mendidih.

KUIH BAKAR MANIS/ BAKAR BERLAUK



Kuih Bakar Berlauk ni pernah saya postkan resipinya sometime in 2006. Tengahari tadi saya buat kuih ni. However, saya hanya buat separuh bahan, yg separuh lagi saya buat kuih bakar manis (pandan). Here's the recipe again.

KUIH BAKAR BERLAUK

Bahan-Bahan

  • 400 ml santan kotak KARA
  • 350 ml air
  • 300 gm tepung gandum
  • 6 biji telur (saiz besar)
  • garam secukup rasa

Cara:

  • Satukan semua bahan dan tapis. Boleh dibubuh sedikit pewarna kuning jika mahu.

Untuk Intinya:

  • 300 gm daging kisar
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 hiris halia
  • sedikit rempah kari daging
  • secubit garam
  • 1 sudu makan minyak masak utk menumis

Cara:

  • Gaulkan semua bahan. Panaskan minyak dan tumis daging tadi hingga masak. Ketepikan.

Untuk Hiasan

  • secukup cili merah (dihiris),
  • secukup daun saderi (sup)
















Cara Membuat Kuih Bakar Berlauk:

  • Panaskan acuan kuih bakar di atas dapur. Oleskan dgn sedikit minyak. Kemudian, tuangkan adunan tepung tadi dan tutup sebentar. Kemudian taburkan daging, daun saderi dan hirisan cili merah. Tutup dan biarkan kuih masak.

KUIH BAKAR MANIS














Setelah separuh bahagian adunan di atas digunakan utk kuih bakar berlauk, baki yg sebahagian lagi saya bubuhkan:
  • 1 sudu besar pes pandan
  • 1 sudu teh pewarna hijau
  • 4 sudu besar (bumbung) gula pasir
  • Kemudian kacau adunan sehingga gula larut sebelum dibakar dalam acuan kuih bakar.

KUIH BAKAR DURIAN



Sumber : B ro Rozzan

Bahan-Bahan
  • 260 gm tepung gandum
  • 240 gm gula
  • 400 ml santan pekat (dalam kotak/pkt)
  • 450 ml air
  • 4 biji telur saiz besar - kocok sedikit
  • 250 gm isi durian (dilecek)
  • 2 sudu besar minyak sapi QBB
  • 1 sudu teh garam (atau secukup rasa)
  • pewarna kuning (optional)
  • secubit serbuk vanilli
Cara:
  • Tepung, gula dan air disatukan dan kacau rata-rata.
  • Masukkan isi durian, santan pekat, telur, vanilli, pewarna, garam dan kacau terus.
  • Masukkan minyak sapi dan ratakan.
  • Panaskan loyang di dalam oven dan sapu sedikit minyak/m.sapi.
  • Keluarkan loyang dan tuang adunan tadi ke dalamnya.
  • Bakar selama 30-40 minit atau hingga kekuningan dgn suhu 180-200 darjah Celsius.

KUIH CARA BERLAUK / MANIS

Kuih_cara

Seronok bila menjadi....tapi kalau melekat di acuan...mula berpeluh2.


Bahan-bahan ( 50 biji )


BAHAN UNTUK INTI DAGING :
  • 2 cawan daging kisar
  • 1 camca besar rempah daging ( bancuh dgn sedikit air )
  • 1 labu bawang besar *
  • Sedikit daun bawang/sup*
  • * Dipotong dadu
  • Garam secukup rasa
BAHAN UNTUK BATER:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan santan
  • 1 butir telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam

Cara-cara

  • Tumis rempah hingga naik minyak.
  • Masukkan daging kisar. Tambah air dan masak hingga daging empuk.
  • Masukkan sedikit garam. Kacau hingga kering.
  • Masukkan bawang dan daun bawang/sup. Kacau hingga rata.
Untuk menyediakan bater,
  • pukul telur + garam.
  • Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
  • Kalau berketul2, terpaksalah tapis dulu bater ini. Titikkan sedikit pewarna.
  • Kalau guna blender pun, lagi senang.
Cara memasak :
  • Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  • Tuang bater 3/4 penuh sahaja.
  • Masukkan satu sudu inti daging.
  • Kalau perlu, tuangkan sedikit lagi bater supaya kuih nampak kemas.
  • Tutup hingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan boleh lah dihidangkan.
Untuk kuih cara manis,
  • tuangkan bater penuh acuan. Masukkan satu sudu gula pasir dan tutup hingga masak.

KUIH BAKAR KENTANG


Picture_1744

resepi dr resepi.net....

Bahan-bahan ( 1 family... )

  • 2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek
  • 1 biji telur
  • 2/3 cawan gula
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • pewarna kuning atau hijau
  • 1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan

Cara-cara

  • Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
  • Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
  • Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
  • * jun masak dalam acuan kecil2 dan bakardalam oven selama 15-20min.

KUIH BINGKA BERAS

Picture_1048

dah lama nak buat..br ni dapat...


Bahan-bahan ( 1 loyang kecil )

  • 150gm tepung beras
  • 180gm gula
  • 300gm santan pekat
  • 450gm air
  • secubit garam

Cara-cara

  • Campurkan semua bahan. Kacau sebati dan tapis.
  • Masukkan kedalam periuk dan kacau hingga pekat. tutp api dan kacau lagi hingga licin.
  • Masukkan kedalam loyang yg disapu sedikit minyak. bakar hingga masak. lebih kurang 45min (ikut oven).

KUIH BAKAR


Dscf3871_copy_resize

quick & easy, guna cup measurement


Bahan-bahan ( 6 org )

  • 1 cup gula
  • 1 cup jus pandan (atau air + pandan essence)
  • 2 cup tepung gandum
  • 2 1/4 cup santan (atau 1 can santan-450ml )
  • 2 tbs butter
  • 3 biji telur
  • 1/2 tsp garam
  • colour hijau
  • bijan

Cara-cara

  • campurkan semua bahan. blend samapi sebati.
  • masukkan 2 tbs minyak dlm loyang .
  • panaskan loyang dlm oven. bila minyak dah panas, masukkan mixture tadi kuih, taburkan bijan. bakar @180 sampai brown atau garing

TAUHU BAKAR


Tauhu

Teramatlah senang.........

Bahan-bahan ( 2 org )

  • 4 kpg tahu
  • 100 gm taugeh
  • 1/2 btg timun
  • 1/2 biji sengkuang
  • * 3 sb lada boh / lada giling
  • * 1 ulas bawang putih dititik
  • * 2 sb gula merah
  • * 1 sb gula pasir
  • * 3 sb air asam jawa
  • * 2 cwn air
  • sedikit garam
  • 1 sb bijan digoreng tanpa minyak
  • kacang tanah tumbuk utk tabur atas tauhu

Cara-cara

  • Tahu bakar hingga masak dan ketepikan.
  • Celur taugeh dgn air panas, tapis dan ketepikan.
  • Potong kecil2 atau baji sengkuang dan timun
  • Masak semua bahan bertanda * sehingga pekat.
  • Consistencynya bergantung pd citarasa masing2 tp baik buat pekat sikit sbb tauhu akan kuar air gak sikit nanti.
  • Bila kuah hampir siap masukkan bijan kacau rata dan matikan api.
  • Potong tahu kecil2, letak taugeh sengkuang n timun, bolehlah tuang kuah sos keatasnya. Tabur sikit ngan kacang tumbuk, siap tuk dihidang....
TIP:
  • Sos boleh simpan dlm fridge n boleh tahan lama gaklah, sesuai gak tuk keropok lekor, popia n karipap sayur..

BAKED POTATO WITH TUNA N CHEESE


Bakedpotatowithtuna_cheese

Boleh dijadikan sarapan pagi atau bekal ke tempat kerja.

Bahan-bahan ( 4 orang makan )

  • 4 biji kentang sederhana atau besar
  • 1 tin tuna
  • 2 sudu besar mayonis
  • 50g cheese yang telah diparut (banyak ikut suka)
  • sedikit perahan lemon atau limau
  • sedikit margerin untuk mengoles kentang/ tin pembakar

Cara-cara

  1. Bersihkan kentang dan cucuk-cucuk sekeliling kentang dengan garpu dan oleskan dengan sedikit margerin dan bakar atas dulang yang dioleskan margerin sehingga kentang empuk (ambil masa lama juga ni...)
  2. Setelah kentang masak dan empuk, belah empat di tengah-tengah kentang dan tekan untuk membukanya
  3. Campurkan mayonis dan perahan lemon/limau ke dalam tuna
  4. Gaulkan kesemua bahan sehingga sebati
  5. Letakkan campuran bahan tadi di tengah-tengah kentang tadi.
  6. Akhir sekali taburkan cheese yang telah diparut ke atas campuran tuna.

POTATO CHEESE


Potatocheese

ubi kentang bakar dengan cheese

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 1 biji potato
  • 2 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar parmesan cheese
  • 1 sudu besar mentega
  • pasley kering secukupnya.

Cara-cara

  1. Bersihkan ubi kentang. Balut dengan aluminium foil. Masak dengan microwave sehingga ubi kentang 2/3 masak. ( Boleh juga dikukus)
  2. Potong ubi kentang ke pada 2 bahagian.
  3. Cucukkan permukaan ubi kentang dengan garfu. Kemudian sapukan dengan mentega.
  4. Lepas tu letakkan pula mayonis ke atas permukaan ubi kentang tadi.
  5. Taburkan pula dengan parmesan cheese dan juga daun parsley
  6. Akhir sekali masukkan ubi kentang ke dalam oven toaster. Bakar selama 5 minit.
  7. Siap untuk dimakan

KUIH CARA MANIS

Picture_708

junjs11@myresipi.com

Bahan-bahan ( dalam 12 biji )

  • 100gm tepung
  • 200ml santan sederhana pekat/susu segar
  • 1 sudu besar jus pandan (jun guna esen pandan sbb daun pandan x d)
  • 1 biji telur
  • 1/2 sudu teh garam
  • beberapa titik pewarna hijau
  • gula sebagai inti

Cara-cara

  1. Campurkan tepung, santan, telur dan garam. Kacau rata. Kemudian masukkan jus pandan dan pewarna hijau sedikit. Jika terlalu berketul, tapis.
  2. Panaskan acuan, lengser ngan minyak. Masukkan adunan tepung, biar sekejap, masukkan 1/2 sudu teh gula atas setiap satu kuih dan tutup acuan sebentar.
  3. Pastikan api kecil supaya kuih tidak hangus, sbb kuih ni cepat masak, dalam 1-2 minit

KUIH CARA BERLAUK

Cimg1740a

style bakar punya try la

Bahan-bahan ( 10 keping )

  • utk kuih cara
  • 1 biji telur
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan santan
  • Garam / gula
  • Utk inti
  • 6 keping daging di cincang halus( pakai daging cincang siap dah pun boleh)
  • 1/2 biji capsicum
  • 3 biji kacang buncis di potong halus (option kalu tak nak pun tak pe)
  • 1 biji bawang besar di potong dadu
  • 2 sudu serbuk kari daging
  • Sedikit Daun bawang di potong halus
  • Sedikit daun sup di potong halus
  • Garam n ajinamoto

Cara-cara

  1. Utk doh kuih cara campurkan semua tepung, telur, santan, garam dan gula kacau sehingga sebati .. jgn cair sangat.
  2. Utk inti panaskan minyak masukan serbuk kari yang di campur edikit air masak sehingga naik minya masukkan daging dan masak seketika. Selepas itu masukan bawang , capsicum, kacang dan garam. Akhir sekali masukan daun bawang dan sup , masak sehingga kering kuahnya.
  3. Panaskan oven. Sapukan butter di dalam acuan kedian masukan doh kuih cara dan kemudian letak inti di atas nya. Masukan ke dalam oven. Masak 170 C sehingga 15-20 minit . Siap untuk disantap bersama keluarga.
  4. ** boleh di masak macam biasa. i guna oven jek sb takde acuan kuih cara n dapur i used electric no gas. tapi sedap gak sama rasanya mcm kuih cara lain.

Kuih Akok


Dsc02375

Kuih tradisional Kelantan



Bahan-bahan ( 36 biji )

  • 5 biji telur
  • 200 ml pati santan
  • 100 ml air
  • 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
  • 30 gram tepung gandum
  • 3 helai daun pandan- disiat-siat
  • 2 cubit garam halus

Cara-cara

  1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
  2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
  3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
  4. Dsc02372
    Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.

KUIH BAKAR


Kuihbakar

Kuih tradisional melayu yang masih diminati oleh kite semua.



Bahan-bahan ( 10 potong )

  • A 12 helai daun pandan
  • 200ml air
  • B 210gm tepung gandum
  • 1/2 tsp Garam
  • C 3 biji telur (Grade B)
  • D 250ml santan pekat
  • E 200ml Air
  • 200gm gula
  • Pewarna hijau

Cara-cara

  1. Blend bahan2 A dan ambil jusnya
  2. Blend bahan A,B,C & D
  3. Didihkan bahan E, sejukkan dan campurkan bersama bhn2 yg telah di blend.
  4. Sapukan loyang (9 inci) dgn sedikit minyak, taburkan bijan, ready utk dibakar.

KUIH BAKAR LABU

Bahan-Bahan:

  • 150 gm labu kuning
  • 450 gm keledek
  • 3 biji telur (dipukul)
  • 200 gm gula pasir
  • ½ biji kelapa (diambil santan) 150 gm tepung serba guna
  • 60 gm tepung beras
  • 3 camca besar minyak sapi
  • Garam

Cara:

  • Rebus labu kuning dan keledek di dalam periuk berasingan. Lecek kedua-duanya hingga lumat. Kacau labu bersama keledek lecek, telur, gula pasir, pati santan, tepung beras, tepung serbaguna, minyak sapi dan garam didalam acuan bulat ukuran 22 cm yang telah dilengserkan dengan sedikit minyak. Bakar ia pada suhu 200 darjah Celcius dengan api di atas dan di bawah hingga ia masak. Biar ia sejuk sebelum dipotong.

KUIH BAKAR

Bahan-Bahan:
  • ½ tin jagung
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula
  • 1 biji telur
Cara:
  • Tepung,santan,gula dan telur blend biar sebati.
  • Masukkan dalam loyang yang telah dialas dengan plastik tahan panas supaya kuih tak melekat.
  • Masukkan jagung dan dikacau-kacau dengan sudu supaya tak berketul-ketul.
  • Bakar dalam oven lebih kurang 40 minit.

KUIH BAKAR DAGING

Bahan-Bahan:

Adunan Utama:
  • 500 gram tepung gandum
  • ½ sudu serbuk kunyit
  • 1 biji telur
  • Garam & ajinomoto
Inti:
  • Daging sebesar penumbuk dipotong kecil
  • Bawang putih & halia
  • Serbuk kari
Hiasan:
  • Hirisan cili merah
  • Hirisan dain bawang
Acuan:
  • Menggunakan acuan kuih baulu
  • Penutup
  • Garfu
Cara:
  • Campurkan semua adunan utama dgn air mengikut kelikatan dan blender, kemudian ketepikan dalan jug bermuncung.
  • Tumis bwg putih dan halia hingga naik bau, kemudian masukkan daging, serbuk kari, sedikit air dan masak hingga dagingnya empuk dan inti menjadi kering seperti inti karipap.
  • Letak acuan di atas dapur dan tuang minyak 3/4 menutupi acuan. Biar api kecil.
  • Bila minyak sudah panas, curahkan adunan memenuhi 3/4 penuh setiap bahagian.
  • Tutup acuan dengan tudung sehingga adunan separuh masak.
  • Dengan menggunakan sudu kecil, masukkan inti daging pada setiap kuih. Tekan sedikit inti supaya masuk ke dalam adunan.
  • Tutup semula acuan dengan penutup dan tunggu hingga kuih betul-betul masak.
  • Cucuk dengan garfu, bila tiada melekat, tanda kuih telah masak dan angkat dengan menggunakan garfu dan letakkan di atas dulang beralas kertas penyerap minyak atau tisu.
  • Akhir sekali, letakkan hirisan daun bawang dan cili merah di atas setiap kuih supaya lebih menarik.
Cadangan Hidangan:
  • Sesuai untuk santapan semasa kenduri kendara atau minum petang. Boleh juga dimakan dengan kuah cili atau sos jika mahu.
Tambahan:
  • Bancuhan dicampur serbuk kunyit supaya lebih berseri dan tidak pucat. Cubalah, kerana kakak ipar saya sentiasa menerima tempahan kuih ini setiap kali ada majlis keraian.

BINGKA KAROT

Bahan-Bahan:
  • 1 kilo karot
  • 3 biji telur
  • ½ tin susu pekat
  • 1 cawan susu 2 cawan tepung gandum
  • 100 gm mentega
  • 1 cawan gula
  • Secubit garam
Cara:
  • Karot direbus hingga empuk kemudian toskan airnya. Mentega dan gula diblender hingga kembang, masukkan telur satu persatu kemudian masukkan karot, susu, susu pekat dan garam. Blender lagi hingga adunan sebati. Akhir sekali masukkan tepung dan blender lagi hingga sebati. Bakar dengan api yang sederhana selama 45 minit.

BINGKA KELAPA MUDA

Bahan-Bahan:
  • ¾ cawan tepung beras
  • 3 cawan air kelapa
  • secubit garam
  • 1 biji telor
  • ¼ cawan tepung gandum
  • 2 cawan isi kelapa muda
  • ¾ cawan gula pasir
Cara:
  • Di dalam mangkuk campurkan tepung,telor, garam dan air kelapa muda. Tapiskannya.
  • Setelah itu campurkan isi kelapa muda dan bakar ke dalam oven sehingga masak kuning keemasan.
Cadangan Hidangan:
  • Hidangkan pada waktu pagi ataupun petang.
Tambahan:
  • Sebaiknya bakar diatas dapur kayu dan di atas tudungnya juga di tambahkan api.