Showing posts with label jus. Show all posts
Showing posts with label jus. Show all posts

Mango and Tamarind Juice/Smoothie

Sourse : 1001 resepi

Ingredients

  • 1 sweet mango, peeled and sliced
  • 1/2 cup tamarind cordial
  • pinch of salt
  • ice cubes

Method

  • Mix all ingredients in juice mixer/blender and blend until smooth. Enjoy!
Note:
  • Make your own cordial: Mix 1 tablespoon of tamarind pulp with 1/2 cup of water. Add 2 to 3 tablespoon sugar. Mix all ingredients in juice mixer and blend till smoth

AIR SOYA


Sumber: Nazrizam Binti Ab Wahab (Mesra.net)

Bahan-bahannya
  • 250 gram kacang soya
  • 1 jug air masak
  • gula pasir
  • daun pandan
Cara-caranya
  • Basuh dan rendam kacang soya semalaman atau hingga kacang mengembang. Buangkan kulit yang tertanggal. Masukkan 1/4 kacang soya dalam blender dan kisar dengan 3 cawan air. Kisar hingga kacang hancur. Tapis ke dalam periuk menggunakan kain kasa. Perah kacang hingga semua air dapat dikeluarkan. Selesaikan baki kacang dengan cara yang sama. Bila sudah habis perah, masak susu kacang soya dengan api yang kecil bersama daun pandan. Masukkan gula sesedap rasa atau boleh juga buat air gula berasingan. Masak hingga mendidih dan elakkan dari susu soya membuak keluar.
Cadangan Hidangan:
  • Susu soya sedap juga diminum dengan campuran gula melaka. Sesuai diminum panas atau sejuk. Jika simpan dalam peti sejuk, susu soya boleh bertahan 2-3 hari.
Tambahan:
  • Kain kasa ialah kain seperti tudung bawal sesuai untuk memerah susu kerana ia nipis. Boleh juga menggunakan penapis teh yang digunakan mamak untuk membuat teh tarik, tapi pastikan bersih atau guna yang baru. Susu soya buatan sendiri baik untuk kesihatan kerana tiada bahan pengawet dan baik untuk mencegah penyakit kanser payu dara. Tapi ingat....jangan letak gula banyak sangat nanti kencing manis.....

CREAMY LIME CHILLER


Sumber: JC (FRD)


Bahan-bahannya
  • 4 cawan susu segar
  • 4 cawan lime sherbet
  • 1 cawan limeade concentrate (bole gantikan dgn lime jus)
Cara-caranya
  • Masukkan semua bahan dlm blender dan blen hingga smooth. Hidangkan.

Old-Fashioned Iced Lemonade


P1020003_20copy

Tutup mata pun boleh jadi....


Bahan-bahan ( 1 jag penuh )

  • (A) 1 liter air
  • 130gm gula (boleh ditambah lagi pada yang suka manis)
  • (B) Perahan jus dari 2-3 biji buah lemon (kuning)
  • Cara-cara


  • Isikan air dan gula di dalam periuk yang sedang dan masak hingga didih.
  • Ketepikan dan biarkan ianya sejuk sebentar. Apabila sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk selama lebih kurang 1/2 jam.
  • Keluarkan dari peti sejuk kemudian masukkan jus lemon dan kacau hingga sebati.
  • Tuang di dalam gelas panjang bersama hirisan lebihan lemon.
  • P1020004_20copy
    Taraaa......

Pati calpis


Calpis

meh buat air calpis sendiri!!


Bahan-bahan ( anggaran 345g )

  • 150g yogurt
  • 150g gula
  • 45g jus lemon

Cara-cara

  • Masukkan yogurt dan gula di dalam mangkuk
  • Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian letakkan mangkuk tadi tu ke dalam periuk juga. Panaslah sehingga 70-80 degree sambil dikacau-kacau selama lebih kurang 15 minit.
  • Kemudian sejukkan. Bila dah sejuk, masukkan jus lemon dan kacau. Bolehlah disimpan di dalam peti ais.
  • Masa nak minum, tambahlah air ke dalam pati tadi sebanyak 2-3 kali ganda jumlah pati calpis tadi. Lepas tu bolehlah dimasukkan ketulan ais.

AIR SOYA & OKARA


Freshsoyabeans_okara

Fresh soya beans & okara(hampas kaca soya)

Bahan-bahan ( +/- 1 liter )

  • 200g kacang soya
  • 6 cawan air

Cara-cara

  • Basuh dan toskan kacang soya. Kemudian rendam dgn 6 cawan air selama 1/2 hari. Kalau air dah kurang boleh tambah.
  • Selepas rendam, kisar kacang soya tadi. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 4 cawan air. Panaskan dengan api perlahan selama 10-15 minit.
  • Biarkan sejuk sekejap. Tapiskan air soya tadi dengan kain. Perahkan macam perah santan.
  • Dapatlah air soya dan okara. Okara ni boleh diguna untuk pelbagai masakan. Kalau suka manis boleh tambah gula dalam air soya tu.

SOYABEAN ASLI


Soya_bean_asli

soya bean buat sendiri, rasa sedap lemak dan enak

Bahan-bahan ( 5-6 gelas )

  • 250gm Soya bean
  • 1 cawan susu tepung
  • 4 sudu besar gula
  • 3 sudu besar susu pekat

Cara-cara

  1. Cimg1761a
    Rendam kacang soya bean lebih kurang 4-5 jam. Toskan soya bean, kemudian rebus sehingga 20-30 minit. Toskan lagi. Masukan soya bean dan 2 cawan air ke dalam blender yang ada pengisar sekali penapis utk soya bean. Blend hingga soga bean habis..
  2. Air hendaklah letak sedikit demi sedikit dalam blender agar dpt pati yang asli. Selepas itu masukkan pati soya ke dalam peruk masak dgn gula + susu tepung yang dicairkan terlebih dahulu dgn sedikit air serta susu pekat. Lebih kurang 10-15 minit angkat... Boleh di minum secara panas dan sejuk.. rasakan keaslian air pati soya bean.

Banana Shake Adlin


Banana_shake_adlin

minuman berkhasiat yang mudah bagi penggemar pisang - projek anak bungsu hari ni hehehehe



Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 500ml susu segar
  • 3 biji pisang
  • 1 sudu makan gula (ikut suka manis)
  • serbuk coklat (optional)

Cara-cara

  1. Blend kesemua bahan.
  2. Tuangkan ke dalam bekas minuman dan taburkan dengan serbuk coklat (jika suka) dan hiaskan dengan potongan pisang.

JUS TIMUN


Jus-timun

Jus ini boleh melancarkan pengaliran darah dan menghilangkan lebam di mata

Bahan-bahan ( 1 orang )

  • 1 batang timun
  • 1 sudu kecil lemon jus(jus limau kasturi pun ok)
  • 1/2(100ml) cawan air
  • madu secukupnya

Cara-cara

  1. Timun
    Bersih dan potong bulat-bulat timun
  2. Masukkan semua bahan ke dalam blender/mixer. Mix
  3. **Peringatan: Kalau sakit perut tak boleh minum jus ni dan hanya boleh ambik satu gelas dalam sehari.

Pati calpis


Calpis

meh buat air calpis sendiri!!



Bahan-bahan ( anggaran 345g )

  • 150g yogurt
  • 150g gula
  • 45g jus lemon

Cara-cara

  1. Masukkan yogurt dan gula di dalam mangkuk
  2. Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian letakkan mangkuk tadi tu ke dalam periuk juga. Panaslah sehingga 70-80 degree sambil dikacau-kacau selama lebih kurang 15 minit.
  3. Kemudian sejukkan. Bila dah sejuk, masukkan jus lemon dan kacau. Bolehlah disimpan di dalam peti ais.
  4. Masa nak minum, tambahlah air ke dalam pati tadi sebanyak 2-3 kali ganda jumlah pati calpis tadi. Lepas tu bolehlah dimasukkan ketulan ais.