PANDUAN MELETAK HARGA JUALAN PADA KEK/ BISKUT DLL

Artikel ini telah D sediakan dahulu dan telah berkongsi panduan ini diberapa grup masakan. D harap “Panduan Meletak Harga” ini dapat digunakan bagi anda yang baru bermula berjinak-jinak menjual hasil kek/ kuih/ biskut.

D sekadar ingin berkongsi informasi yang tidak seberapa ini. Panduan inilah yang telah D gunakan untuk menetapkan harga ataupun bila D membuat survey harga pasaran bagi kek/kuih/biskut.


SEBELUM MELETAK HARGA

1. Sebelum meletak harga survey market, dari segi harga barang (kena ambil titik berat jika pada musim perayaan tentu harga seperti mentega, kekacang akan naik sedikit).

2. Tingkatkan daya creativiti anda lihat cara orang lain menghias kek atau cara mereka pek kek/kuih/biskut mereka dan ambil ikhtibar untuk memajukan apa yang anda lakukan.

3. Adakan perbincangan antara ahli keluarga atau kawan terdekat bila anda rasa kurang pasti berapa harga yang harus anda letak pada kek/kuih/biskut yang telah dihasilkan.

*** Jangan sesekali turunkan harga sehingga menjunam hanya semata ingin menarik pelanggan. Ada mungkin akan ada masalah dihari muka sekiranya, ada pelanggan baru yang datang untuk membeli dan mengatakan "Hari itu Cik A ada beli harga RM8 tapi kenapa dah jadi RM12?" Pelanggan bila merasa kek itu sedap dan bila mereka bertanyakan harga dan harga itulah yang mereka harapkan akan dapat membelinya. Satu cara lagi anda boleh terangkan kepada pelanggan anda kenaikkan harga adalah disebabkan oleh kenaikkan bahan yang digunakan dll. ***


FORMULA UNTUK MELETAK HARGA KEK/KUIH/BISKUT

1. Formula yang D selalu gunakan sebagai panduan adalah untuk kita senaraikan bahan-bahan yang digunakan untuk resipi tertentu. Disini D berikan contoh resipi Carrot Cake Sifu Suria. 2 adunan resipi akan dapat menghasilkan 8 loyang bulat. Harga barangan adalah dari Saudari Hasnee (Resipi.Net). Kalau anda berada di Singapura, ikut matawang SGD la ye.

Harga Bahan yang Diperlukan

Karot 2 btg = RM1.00
Walnut 150gm = RM5.50
Tepung 1/2 kg = RM1.00
minyak 3 cawan = RM1.80
gula perang 600gm = RM2.00
cream cheese Phildlp 250g = RM6.50
butter 250g = RM2.50
gula pasir = RM0.70
Bekas tu 1.00 x 8 = RM8.00
Bunga kertas = RM1.00
Letrik & Upah = RM5.00

JUMLAH KESELURUHAN = RM35.00

2. Bila sudah mendapatkan Jumlah Keseluruhan gunakan ratio 1.3 - 1.8, terpulang pada anda berapa banyak untung yang anda mahukan. Sebagai contoh Carrot Cake ini Diana menggunakan ratio 1.3.

Formula

RM35.00 (Jumlah Keseluruhan) x 1.3 (Ratio) = RM45.50 (Hasil Untung yang Diambil)

RM45.50 (Hasil Untung) + RM35.00 (Jumlah Keseluruhan) = RM80.50

Jadi bila dapat menghasilkan 8 loyang bulat = RM80.50 dibahagikan 8 = RM10 (=-)

So harga yang dapat anda tetapkan untuk 1 loyang bulat Carrot Cake berserta Cream Cheese Frosting dan juga hiasan bunga kertas diatasnya adalah = RM10

Ratio yang Diana berikan dari 1.3 - 1.8 adalah sesuai untuk kita tidak mengambil untung yang terlalu berlebihan. Tetapi sekiranya pada musim perayaan harga barang yang digunakan naik melambung anda boleh revise ratio kepada 2.0 - 2.2. Jangan letak harga yang terlalu tinggi untuk kek/kuih/biskut anda memadai dengan dapat untung sedikit dan buat dengan hati yang ikhlas dan dengan tujuan ingin berniaga insyallah, rezeki dari Allah swt.


MARKETING STRATEGY YANG DAPAT ANDA LAKUKAN UNTUK PROMOTE KEK/KUIH/BISKUT YANG DIHASILKAN

1. Bila menghasilkan Kek/Kuih/Biskut untuk pertama kali, boleh gunakan cara seperti berikan Harga Promosi tapi berikan juga haribulan Harga Promosi itu diadakan. Macam kita shopping kat mall tu. Haaa dan juga bersedia untuk segala pertanyaan, misalnya jika Harga Promosi = RM7.50 dan Harga Jualan Biasa = RM10 katakan promosi ini adalah untuk mendapat feedback dari kawan-kawan sedap tak kuih yang dihasilkan dan ada apa-apa yang dapat anda tingkatkan sebelum anda meletak harga RM10 untuk kuih ini.

2. Print Nama. Alamat, Contact Nama di kertas buat cam ni haaa :-

Jika anda ingin order sila hubungi:-
Saudari ABCXYZ
Tel: 123456789 / 987654321

Buat lawa-lawa sikit pakai kertas warna kuning ke, biru ke font kasi lawa tebal sikit senang kalau makcik-makcik dah tua tengok number anda kalau nak order buat sikit design supaya lebih menonjol. Insyallah, jika kawan anda katakan kek sedap. Haaa inilah masanya mereka akan cakap kat kotak tu tadi ada no telefon orang ni haa boleh order.

Anda juga boleh sediakan namecard, untuk memudahkan pelanggan baru untuk mendapat butiran anda jika mereka ingin menempah. Gunakan daya kreativiti anda, anda boleh juga menempah kotak yang istimewa untuk anda pekkan produk anda. Ini akan memudahkan pelanggan jika mereka ingin memberikan kek/biskut/kuih sebagai hadiah.

3. Tak tahu nak promosi kepada siapa?? Kalau ada bekerja, buat sample kuih pass around di ofis dan katakan anda dah bersedia untuk membuat kuih ini, jika ingin order berikan detail seperti size loyang yang disediakan, berapa tinggi kuih dan harga kuih berkenaan. Kalau ada camera snap gambar tersebut dan tunjukkan kepada bakal pelanggan anda.

4. Kalau anda tidak bekerja, berikan sample pada jiran-jiran untuk merasa dan boleh anda minta tolong dari saudara terdekat untuk promosi kepada kawan-kawan mereka.

5. Buatlah kuih/kek/biskut yang sedap dari segi rasa, menarik dari segi rupa dan kekalkan standard cara anda menghasilkan kuih tersebut atau kalau boleh naikkan standard dari segala aspek. Pelanggan kalau dah rasa sekali sedap, mereka inginkan rasa yang sama lagi.

Sedikit nasihat, jika pelanggan cakap ehhh sedap kek yang you buat ini, boleh tak saya minta resipinya. Sekiranya resipi tersebut adalah dari blog “Resipi Diana” berikanlah resipi tersebut lagipun D berkongsi resipi disini ikhlas untuk semua.

Mesti kita semua pernah terasa dulu bagaimana hampanya kita jika hendak sesuatu resipi tapi tidak dapat. Begitu juga dengan mereka. Mana tahu bila anda memberi resipi tersebut, mereka sungguh berterima kasih dan mendoakan semoga perniagaan anda bertambah maju. Kita tidak tahu tapi Allah swt tahu. Dan jangan ler lupa promote sikit blog “Resipi Diana” agar lebih ramai yang akan berkunjing kesini heheheheh...

24 comments:

Unknown said...

Salam .. macam mana nak kira utk biskut? Tq share

NURUL HANIM SYARIFUDDIN said...

Nk kira utk kuih mcm mna?

Unknown said...

Kami di SF homemade kek batik leleh membuat dan menerima tempahan kek batik untuk pelbagai majlis.
0193983408 sms/whatsapp untuk tempahan,
Minimun order 1 box by POS, 2 box by COD
COD area Damansara damai,Bandar pinggiran subang,SS15

sazlina said...

post yang ikhlas....terima kasihhh... :)

Wan Rosedayu said...

Sis D..blh bg cth utk buat kiraan harga bg biskut?

Wan Rosedayu said...

Sis D..blh bg cth utk buat kiraan harga bg biskut?

Unknown said...

Mcm mne nk kira hrga sis D?huhu

Unknown said...

Terimakasih ats perkongsiann yg bermakna ni, sy baru nk belaja jual kek batik, dpt buat kiraan ni sbg panduan nk tetapkn harga jualan... terimakasih, smoga lebih sukses sis D... :-)

Unknown said...

Terimakasih ats perkongsiann yg bermakna ni, sy baru nk belaja jual kek batik, dpt buat kiraan ni sbg panduan nk tetapkn harga jualan... terimakasih, smoga lebih sukses sis D... :-)

Unknown said...

Terima kasih ye...maklumat ni amat br guna utk saya yg baru berjinak2 nak berniaga biskut dan kek...

Unknown said...

Terima kasih ye...maklumat ni amat br guna utk saya yg baru berjinak2 nak berniaga biskut dan kek...

Unknown said...

Terima kasih sis atas maklumat yang sangat2 berguna ni. Pastu, macamana pula harga ikut tahun. Contohnya 5tahun lagi kekal harga lama atau up sikit

Unknown said...

Terima kasih atas perkongsian ilmu terutamanya pada kami yang baru ingin memulakan perniagaan kecil2lan dari rumah ke rumah....

noor fatehah said...

Saya nak tanya mcam mana nak kira kek masam manis utk bekas kecik empat segi tu? Tq sis 😊

Unknown said...

Tkasih ats maklumat

Unknown said...

Tkasih ats maklumat

Unknown said...

Macm mne untk sebalang cheese tart ad 20pc bole ke jual rm15 tlalu mahal atau murah ye..bole bg pndgn x untk sy n mcm mne nk uat kiraan sebalang

suhairi.hamzah said...

Tq mak.cik.baguz onfi

sweethands said...

Tq kak i share gan anak saya yea pasal projek sekolah

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Biskut Raya tak dek lagi? Dah habis pulak?
Takpe, tempah je dengan kami. Confirm meletop quality biskut handmade dari kami ni.

*Biskut Raya Hot*, confirm licin tahun ini dari kami;

*1. Almond London Legend* 🏆
*2. Biskut Cerelac Fuji* 🗻
*3. Tart Nenas Panas*🔥
*4. Semperit Susu Hana* 🌸

_Ramadhan_ berlalu _pergi_,
_Syawal_ pula _menanti_,
Alamak, _biskut raya_ takdek lagi!
Jangan risau boleh _tempah dengan kami_. 😉

*MayDay Handmade Cookies*
_+ Tempahan dan pertanyaan boleh di buat melalui no 0136433259 - whtsapp/ Mr. Lan_
Atau tekan link kat bawah
http://www.wasap.my/+60136433259/haisayanaktanyaharga

_setiap pembelian kami akan berikan tester *percuma*_

Unknown said...

Terima kasih panduan kiraan ini

Unknown said...

Aslmkum..nak tnya, utk cream cheese 250g biasanya boleh dapat berapa box ye klau nak jual kek cheese leleh

Unknown said...

Assalamualaikum sis Diana, saya baru nak start jual kek batik. Boleh ajar mcm mana pengiraannyer? Terima kasih 😊

Post a Comment