Showing posts with label aneka puff. Show all posts
Showing posts with label aneka puff. Show all posts

SARDINE ROLL

Image_425_

Bahan-bahan ( Untuk Pastri - 27 biji small size )

  • 200 gm Tepung Gandum
  • 100 gm Mentega Sejuk
  • Air Sejuk
  • Secubit Garam
Bahan-bahan untuk inti
  • 1 Tin Besar Sardin
  • 1 Biji Bawang Besar - Dihiris
  • * 3 Ulas Bawang Putih
  • * 5 Biji Cili Api (boleh tambah kalau nak pedas lagi)
  • 1 Biji Lada Merah - Dihiris
  • Garam
  • Secubit Gula
  • 1 - 2 biji limau kasturi

Cara-cara

Untuk Pastri :)
  1. Ayak Tepung Gandum bersama Garam ke dalam mangkuk.
  2. Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan kedalam adunan tepung.
  3. Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti breadcrumb @ serbuk roti.
  4. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin & tak melekat di tangan.
  5. Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.
Untuk Inti
  1. Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.
  2. Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
  3. Masukkan hirisan bawang besar & tumis bersama hingga layu.
  4. Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
  5. Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula & limau kasturi.
  6. Tumis hingga betul² garing.
Cara menyediakan Sardine Roll
  1. Canai nipis pastri & potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. Saya buat kecil²)
  2. Masukkan sedikit inti sardin & gulung.
  3. Susun dalam dulang pembakar & sapukan permukaan roll dengan kuning telur
  4. Image_417_
    Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi & bakar sehingga kuning keemasan.

CREAM PUFF KACIP FATIMAH

Creampuff

yani@myresipi.com

Bahan-bahan ( 16 biji )

Utk krim kastard:
  • 2 sudu besar tepung kastad
  • 200ml minuman soya Super
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar mentega
  • 100ml whipping cream
  • 1 sudu besar gula

Cara-cara

  1. Krim Kastard : Masukkan tepung kastard dan 1 sudu besar minuman soya ke dalam mangkuk. Kacau sehingga tiada yang berketul.
  2. Masukkan telur dan kacau lagi. Seterusnya masukkan minuman soya yang lebih tadi. Kacau sehingga semuanya sebati.
  3. Panaskan di atas api dengan api yang sederhana sehingga pekat. Kemudian sejukkan.
  4. Apabila krim dah sejuk, pukul whipping cream dengan gula sehingga pekat. Kemudian masukkan krim tadi (no.3) sedikit demi sedikit sambil dipukul sehingga menjadi bentuk krim yang diinginkan. Simpan dalam peti sejuk sehingga hendak digunakan.
  5. Cream puff :Persediaan Awal, panaskan oven sehingga suhu 200 darjah celcius. Alaskan dulang oven dengan oven paper. Ayakkan tepung gandum. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul sedikit telur tadi dengan garfu supaya telur kuning dan putih bercampur.
  6. Smallpack_fatimah2
    Masukkan air,mentega dan Kopi Superpower 5in1 Kacip Fatimah Dan Kolagen (Seperti yang di dalam gambar). Panaskan sehingga mendidih. Padamkan api.
  7. Masukkan pula tepung. Kacau cepat-cepat sehingga tak berketul.
  8. Panaskan semula adunan sehingga kepingan putih terbentuk di dasar periuk. Kemudian padamkan api.
  9. Angkat periuk dari dapur, masukkan telur dan kacau cepat-cepat. Kacau sehingga tiada ketul-ketul terbentuk.
  10. Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe ke atas dulang oven dengan anggaran lebih kurang 3-4 cm diameter utk setiap biji.
  11. Sembur(spray) permukaan cream puff dengan air. Kemudian taburkan sedikit almond ke atasnya. Bakar cream puff dengan suhu 200 darjah celcius selama 20 minit. Kemudian turunkan suhu ke 180 darjah celcius. Bakar lagi selama 5 minit. Bila dah siap, sejukkan dahulu sebelum diletakkan krim.

PEACH CHOCO PUFF

Peachchocopuff

yani@myresipi.com

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 8 keping puff pastry
  • buah peach secukupnya(dlm tin)
  • chocolate chips secukupnya
  • 1/2 biji telur
  • almonds sliced secukupnya

Cara-cara

  1. Bawa keluar buah peach dr tin. Lap buah peach dgn kitchen paper. Kemudian potong dadu peach tersebut.
  2. Peachpuff
    Letakkan peach yg telah dipotong dadu tadi dan chocolate chips ke atas puff pastry. Sapukan telur di bahagian tepi puff. Lipat biar jadi bentuk segitiga. Tekan bahagian tepi dgn garfu.
  3. Sapukan telur pada permukaan puff yg dah siap. Taburkan almonds sclied ke atasnya. Bakar dalam suhu 180C selama 25-30 minit.

PUFF SARDIN

Sumber: Eda

Bahan-bahannya:

  • 400 gm Tepung gandum
  • 50 gm butter
  • 200 gm air
  • secubit garam
  • Pastry marjerin

Cara-caranya:

  • Tepung gandum , butter dan garam digaul bersama sehingga sebati.
  • Kemudian masukkan air dan uli sehingga menjadi doh.
  • Slps itu canai dan letak pastry marjerin dan buatlah spt membuat croissant.
  • Setelah selesai, potong segiempat dan masukkan inti sardin dan lipat.
  • Bakar pd suhu 180 degree sehingga masak ( kira2 15 minitlah).
Utk inti:
  • eda masak sardin spt wat sandwich je, buh bwg besar dan lada bosar.Kalo dtg penyakit malas...tu jelah...heheheheh

DURIAN PUFFS

Sumber: Mamimontel (FRD)


Bahan-bahan utk pastry
  • 250ml air
  • 125gm mentega
  • 150gm tepong gandum
  • garam & gula secukup rasa
  • 4 biji telor
Caranya Membuatnya
  • Jerang air dan mentega hingga mendidih bersama sedikit garam & gula. Setelah mendidih, masukkan tepong yang telah diayak lalu dikacau hingga sebati (tidak melekat pada bekas). Angkat dan sejukkan sebentar.
  • Setelah sejuk, pukul perlahan-lahan sambil masukkan telor satu persatu hingga lembut. Masukkan ke dalam piping bag dan terap ikut bentuk yg disukai. Bakar selama 15 – 20 minit pada suhu 175°C
Durian Filling

Sumber: Quick N Easy Treats

Ingredients
  • Durian pulp from 12 pcs of durian
  • 2 tbsp milk
  • 2-3 tsp honey
  • 200ml whipping cream
Method
  • Beat cream till soft peaked, put aside
  • Add durian meat, milk and honey into another bowl and mix till smooth using a wooden spoon.
  • Combine cream and durian mixture together till well blended and put in fridge till ready to fill the puffs.

PRATHA PUFF DAGING


Img_0597

Dapat idea dr masakan yani dan salah satu cara bg yang malas (sy ler..) nak canai doh karipap.. hb kata "good idea" hehhehe..cuba larr...

Bahan-bahan ( 15 biji )

  • 1 peket paratha
Bahan-bahan inti (mcm inti karipap) :
  • 3 biji kentang dicincang
  • 220gm daging kisar (ayam pon bole..)
  • 2 sdb pes cili yg telah dicampur dgn bawang merah & putih
  • 1 sdb serbuk kari daging/ayam
  • daun sup/bawang - diracik halus
  • garam dan serbuk perasa - secukup rasa
  • parmesan cheese - secukupnye
  • 1 biji telur kuning - optional (sy x letak pon..)

Cara-cara

  • Img_0576
Mula-mula masak inti :
  • tumis pes cili & serbuk kari hingga wangi, kemudian masukkan kentang digoreng sebentar dan jika nak cepat empuk, letak air sedikit selepas itu masukkan daging kisar, garam dan serbuk perasa, juga daun sup/bawang - lepas masak - sejukkan sebentar
  • sediakan kepingan paratha, dipotong 3 (bulat) kemudian letakkan dlm aluminium foil/mould pie anda kemudian cucukkan dgn garfu paratha tersebut
  • Img_0580
    Bakar sebentar paratha utk memastikan bhg dlm paratha nnt masak - dlm 5-10 minit 160º
  • isi inti yg telah sejuk kedalam paratha dan taburkan parmesan cheese diatasnye dan sapukan telur kuning disekeliling paratha
  • Bakar semula dlm 15 min atau sehingga nampak kekuningan.. dan sedia utk dimakan panas².. sedap dan garing!
  • Selamat mencuba! :)

PARATHA PUFF


Dscn1274

checkmate@myresipi.com

Bahan-bahan ( family? )

  • roti canai segera-i use brand "Kawan"
  • 1 tin tuna in water/oil
  • *6-7 tangkai cili kering
  • *bawang putih,bwg merah,halia n serai
  • garam,gula n sedikit kiub ikan bilis
  • 1 biji telur-pukul sikit
  • butter utk menggris
  • minyak utk menumis
  • air asam jawa
  • Cara-cara

inti:
  • blend bhn * hingga halus.boleh tambah belacan jika mahu.tumiskan hingga garing
  • masukkan air asam jawa.biar pekat then bolehlah di tambah garam,gula n kiub secukup rasa.biar pekat lagi.tutup api.
  • satukan sambal dengan tuna(w/o water)hancur2 kan gaul rata
  • Dscn1266
    potong paratha kepada 3@4 bhgn
  • Dscn1267
    letakkan inti di atas lipat n tutup rapat.guna garfu utk tekan
  • Dscn1268
    susun atas tin yg telah dilenser
  • Dscn1271
    sapu telur rata2 hiris2 atasnyer dgn pisau n bakar pd suhu 170c selama 15-20min

SOSEJ CHEESE PUFF


Sosejcheesepuff

senang sangat.. budak-budak sekolah boleh buat.


Bahan-bahan ( 4 org )
  • 8 btg cheese sosej
  • 8 keping puff pastry
  • 1/2 biji telur

Cara-cara

  1. Sosej
    Rebus sekejap sosej sehingga lembut. Sejukkan.
  2. Puffpastry
    Keluarkan puff pastry dr peti sejuk . Bila dah lembut, letakkan sosej dan gulung.
  3. Sosejpuff
    Potongkan bahagian atas puff tadi. Dan sapukan telur ke atasnya.
  4. Bakar dalam oven dgn suhu 180C selama 25-30 minit

PEACH CHOCO PUFF

Peachchocopuff

Senang dan cepat disediakan. Sesuai untuk minum petang

Bahan-bahan ( 8 biji )

  • 8 keping puff pastry
  • buah peach secukupnya(dlm tin)
  • chocolate chips secukupnya
  • 1/2 biji telur
  • almonds sliced secukupnya

Cara-cara

  1. Bawa keluar buah peach dr tin. Lap buah peach dgn kitchen paper. Kemudian potong dadu peach tersebut.
  2. Peachpuff
    Letakkan peach yg telah dipotong dadu tadi dan chocolate chips ke atas puff pastry. Sapukan telur di bahagian tepi puff. Lipat biar jadi bentuk segitiga. Tekan bahagian tepi dgn garfu.
  3. Sapukan telur pada permukaan puff yg dah siap. Taburkan almonds sclied ke atasnya. Bakar dalam suhu 180C selama 25-30 minit.

CREAM PUFF

Bahan-Bahan:

Bahan Pastry:
  • 330 gm air
  • 190 gm mentega
  • secubit garam
  • 240 gm tepung gandum
  • 9 biji telur
Custard Cream:
  • 55 gm custard powder
  • 2 biji telur
  • 1 tin susu cair - dibahagikan dua
  • 225 ml air
  • 160 gm gula
  • ½ sudu makan mentega
  • sedikit esen vanilla
Cara:

Cara-cara untuk membuat pastry:
  • 1 tin pembakar kuih dialas dasarnya dengan kertas alas kuih.
  • Tuangkan air, mentega dan garam kedalam mangkuk dan jerangkan diatas dapur hingga mendidih.
  • Apabila sudah mendidih, tuangkan tepung kedalam dan kacau dengan segera.
  • Masak hingga adunan menjadi satu 'dough' yg besar dan tak melekat ditepi periuk. Turunkan dari dapur dan salinkan ini kedalam mangkuk pemukul dan biarkan adunan sejuk sebentar.
  • Sesudah itu, pukul adunan sambil menuangkan telur sedikit demi sedikit hingga habis. (sehingga boleh jatuh dari sudu).
  • Masukkan adunan kedalam piping bag dan dgn menggunakan nozzle bintang, terapkan bulatan kecil-kecil.
  • Bakar diketuhar selama 25 min dgn suhu 200 darjah.
  • Bila sejuk, belahkan dua (tapi jangan putus) dan isikan dengan custard cream.
  • Cara-cara untuk membuat custard cream:
  • Bancuh custard powder dengan telur dan setengah tin susu cair.
  • Tapis dan ketepikan.
  • Air, setengah tin lagi susu cair dan gula dimasak diatas dapur hingga hampir mendidih.
  • Kemudian kecilkan api dan masukkan bancuhan telur dan custard powder tadi. Kacau adunan ini senantiasa hingga adunan agak pekat.
  • Apabila sudah pekat, masukkan mentega dan esen vanilla.
  • Sejukkan krim ini sebelum diisikan kedalam pastry tadi.
Tambahan:
  • make sure yang adunan tadi sejuk dahulu jika tidak ia akan menjadi leper!!