AWARD FROM ISYA

Terima kasih isya..zanie rasa terharu walaupun baru saja kenal ina dialam siber ini dan x pernah bersua namun isya sudi menghadiahkan award ini utk zanie.Terima kasih isya..zanie terima dengan rasa senang hati. Moga ukhuwwah persahabatan kita berpanjangan dan di rahmati olehNYA..AMIN.!!!!

KEK n MARUKU ORDER

Ini saja sebahagian gambar2 kek order yg zanie sempat ambil. Terima kasih bebanyak pada Norlaila guru S. M. D. P. B, pada Aisyah di Shimano, puan Khadijah di Pontian, puan Marsih Wanita Penerangan Pontian dan sape lagi aek? lupa laa..maaf la pada yg x tersenarai disini. Maruku ni Puan Marsih gak order utk buat giftdoor majlis perkahwinan anaknya sebanyak 10 kg. terima kasih daun keladi lain kali order lagi ya.! Maaf kerana gambar2 yg x memuaskannn...blur la youuu...hikhikhik..

KEK LAPIS MILO HORLICK

KEK LAPIS ASAM MANIS



Projek per1

Projek ke2

Projek ke3

KEK LAPIS ASAM MANIS n MARUKU

KORBAN DI AIDIL ADHA

Salam aidil adha...salam juga buat abang, adik2, kakak ipar dan adik2 ipar yg telah sudi meluangkan masa sama2 berkumpul di hari pertama aidil adha untuk meramaikan majlis ini
Moga majlis ni mendapat kerahmatan dariNYA..AMIN..!!!!!

Aisey..!! nie pemerhati ke..cowboy spy....ahaks..nie lah satu2nya abang zanie, isterinya ngajo kat S.M.D.P.B

waakakaka...pemerhati setia kerrr..

Pak imam sedang menjalankan tugasnya

Alhamdulillah selamat dah pun..proses membedah sedang dijalankan

ALLAHUAKBAR..!!
inilah kekuasaan ALLAH. cuba lihat keindahan ruang perut lembu tuu...

Sedang melapah lembu

Haa..hencem ker orang dlm gambo tuuu...ala yg pakai yellow cap tuuu. haa..!! jangan dok perasan tau bila tahu muka tu masuk kat web, nanti cik2 puan kat umah tu jelezzzZZ , kwangkwangkwang.....wakakaka....

Anak zanie N anak2 buah sedang membungkus dan menimbang berat daging

Alamak..!!! sape munya cow head tuuu...senyum manis lagi...sukanya dia kena lapah. inilah realiti hidup haiwan kaannn.........

bersama tuan umah yg membuat majlis korban


Yg mana satu zanie ya.!..hahaha..biarlah rahsia.. kankankan..!!

inilah daging korban dari adik yg telah zanie masak..masih duk dalam belango lagi tuh, hihihi.. dah x sempat mekup daa.. dah loteh banget hahaha.. sorryyy... gambo blur

JUADAH DI AIDIL ADHA

Diantara gambar2 juadah di Aidil Adha yg sempat zanie snap.

Nasi himpit yg zanie buat sendiri, ayam masak merah peberet famili, sambal kacang dan juga sayur masak lodeh

Kek lapis milo horlick ni zanie buat sehari sebelum aidil adha

Nie lah ropanya kek yg telah dibedah siasat..memang best rasa kek nie.

Haa..pie daging nie zanie yg buat tau..my hubby sampai x boleh nak berenti makan....

Mini Popia nie zanie wat inti seronding ikan bilis....saje je wat inti ikan bilis coz zanie x leh makan udang nanti resdong maiii....hihihi...

Haaa...yg nie zanie x wat tau..! mak mentua yg bagi, sodaap...!!!!jom kita layanzzzz mata...

SALAM BERSUA KEMBALI

Assalamualaikum..

Salam bersua kembali...rasanya belum terlewat untuk zanie mengucapkan salam AIDIL ADHA maaf zahir bathin kepada rakan2 sahabat2 tersayang kerana agak lama juga zanie x bersihkan umah ini hingga nampak agak bersawang.

Maaf berkali2 teman2 tersayang dan juga pelawat yg x jemu2 berkunjung tamu walau ketiadaan tuan umah kerana ada perkara yg x dapat dielakkan maka zanie menyepikan diri, terutama streamyx yg terlalu selow N kekadang x ada line tambahan pulak sejak akhir2 ni agak bz gak, seminggu dua nie terima order maka x dapat beronline laa..paling frust henpong zanie buat ragam la pulok.. x leh nak snap gambo..tapi apapn zanie cuba gak untuk mengabadikan sedikit sebanyak gambo2 yg zanie snap dari HP my HB ......

Terima kasih pada semua yg sentiasa memberi sokongan dan semangat pada zanie . Komen anda tetap dan akan senantiasa zanie hargai..
TERIMA KASIH SEMUA

BISKUT SARANG SEMUT MILO

Sarang_semut_milo

kak fida@myresipi.com
.

Bahan-bahan ( 120 - 130 kpg. )

  • 140 g mentega - lembut
  • 130 g gula serbuk
  • 2 biji kuning telur
  • 160 g tepung naik sendiri
  • 140 g tepung gandum
  • 1/2 sk emplex (tak ada pun tak apa)
  • 80 g serbuk Milo
  • 1/2 sk esen vanilla
  • secukup colour rice - untuk hiasan

Cara-cara

  1. Mentega dan gula serbuk dipukul hingga putih.
  2. Masukkan kuning telur dan vanilla pukul hingga rata.Masukkan pula tepung2,emplex dan serbuk milo dan pukul/uli hingga sebati.
  3. Doh_ssm_disagat
    Parut doh menggunakan penyagat keju ke dlm mangkuk.
  4. Sarang_semut_milo_sblum_bakar
    Bubuh sedikit doh yg diparut ke dlm paper cup kecil dan taburkan sedikit colour rice.
  5. Bakar hingga masak selama 10-15 min pd suhu 200C.
  6. Biar biskut sejuk dan simpan di dlm bekas kedap udara.
  7. **utk memudahkan memarut adunan,doh dikepal2 menjadi bebola dan simpan dlm chiller hingga 1/2 jam atau hingga keras.

PUDING COKLAT SALJU

Puding_choc

Bahan-bahan ( 10 0rang )

  • 500 ml susu segar
  • 80g-100 g gula halus
  • 25 g mentega
  • 100 g choc. masakan-dipotong kecil
  • 25 g tepung jagung dibancuh dengan sedikit susu

Cara-cara

  1. Susu,gula,mentega dan choc. masakan dimasak hingga larut dan mendidih sambil sentiasa dikacau.
  2. Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung sambil adunan susu dikacau terus sehingga campuran puding menjadi licin.Matikan api.
  3. Puding_choc
    Masukkan adunan kedalam mangkuk2 puding yg kecil yg sesuai utk disajikan utk tetamu.Hias dgn choc. putih parut,choc. rice,kekacang cincang atau apa saja ikut selera.Simpan di dlm peti sejuk.Sedap disajikan sejuk.
  4. Puding_choc
    **Atau adunan boleh dibubuh ke dlm mangkuk2 kecil bertutup supaya mudah utk anak2 memakannya.
  5. ***Adunan puding ini tak sesuai dibubuh di dlm loyang atau bekas yg besar kerana puding ini jenis yg lembut tak boleh dipotong.

SARDINE ROLL

Image_425_

Bahan-bahan ( Untuk Pastri - 27 biji small size )

  • 200 gm Tepung Gandum
  • 100 gm Mentega Sejuk
  • Air Sejuk
  • Secubit Garam
Bahan-bahan untuk inti
  • 1 Tin Besar Sardin
  • 1 Biji Bawang Besar - Dihiris
  • * 3 Ulas Bawang Putih
  • * 5 Biji Cili Api (boleh tambah kalau nak pedas lagi)
  • 1 Biji Lada Merah - Dihiris
  • Garam
  • Secubit Gula
  • 1 - 2 biji limau kasturi

Cara-cara

Untuk Pastri :)
  1. Ayak Tepung Gandum bersama Garam ke dalam mangkuk.
  2. Potong mentega sejuk kepada saiz 1 cm dan masukkan kedalam adunan tepung.
  3. Ramas tepung dengan mentega sejuk sehingga menjadi seperti breadcrumb @ serbuk roti.
  4. Masukkan air sejuk sedikit demi sedikit dan uli hingga doh licin & tak melekat di tangan.
  5. Balut doh dengan plastic wrap dan masukkan dalam peti sejuk sebelum sediakan inti.
Untuk Inti
  1. Asingkan sardin dengan sos dan hancurkan.
  2. Bahan-bahan bertanda ( * ) ditumbuk halus dan tumis sehingga wangi
  3. Masukkan hirisan bawang besar & tumis bersama hingga layu.
  4. Masukkan 3 sudu besar sos sardin yang telah diasingkan tadi. Tumis hingga garing.
  5. Masukkan sardin yang telah dihancurkan tadi, lada merah yang dihiris dan perasakan dengan garam, gula & limau kasturi.
  6. Tumis hingga betul² garing.
Cara menyediakan Sardine Roll
  1. Canai nipis pastri & potong kepada sais segi empat tepat (saiz roll terpulang pada citarasa. Saya buat kecil²)
  2. Masukkan sedikit inti sardin & gulung.
  3. Susun dalam dulang pembakar & sapukan permukaan roll dengan kuning telur
  4. Image_417_
    Dengan menggunakan hujung gunting, gunting sedikit permukaan roll tadi & bakar sehingga kuning keemasan.

CARAMEL CANDY

P1000364

Badot Gendot@myresipi.com

Bahan-bahan ( 10-15 biji )

  • 1 cwn heavy cream
  • 1 cwn gula pasir
  • 1/2 cwn corn syrup
  • 1/4 st garam
  • 4 sb butter
  • 1/2 st esen vanilla
ALAT-ALAT YG DIGUNAKAN:
  • 10-inch-square pan (utk acuan caramel)
  • waxed paper (bleh ganti dgn baking paper klau xde)
  • wooden spoon
  • a heavy,tall-sided saucepan (utk msk caramel)
  • candy thermometer(kalau ade lagi bagus)

Cara-cara

  1. Sediakn semua bhn dan p'alatan tlebih dahulu.
  2. Letak waxed paper kat 10-inch-square pan.(so that caramel x melekat kat permukaan pan)
  3. Campurkn semua bhn ke dlm tall-sided pan KECUALI butter dan esen vanilla.
  4. Kacau sehingga gula larut menggunakn senduk kayu(wooden spoon).Guna api sederhana atau kecil.
  5. Bila gula dh larut,add butter dan kacau smpai butter cair.Berhenti kacau bila larutan dh mendidih.
  6. Kalau guna candy thermometer,jgn kacau larutan tu bila suhunya mencecah lebih 248 Farenheit.
  7. Tutup api,letakkan esen vanilla,kacau hingga sebati,kemudian curahkan ke pan yg telah diletakkan waxed paper tadi.
  8. Biarkn sejuk dlm suhu bilik,bila dah sejuk,bolehla dibentukkan ikut suka hati.
  9. Balutkan dengan kertas plastik atau masukkn ke dlm airtight container.
  10. TIP 1:Make sure guna periuk yg tinggi (tall-sided pan) sbb bila ada cream,dia berbuih byk dan meninggi.
  11. TIP 2:Kalau xde heavy cream,boleh ganti dgn 1/3 cwn melted butter dan 3/4 cwn susu

KAD RAYA

Kad Raya nie dari intan..lama dah dlm simpanan tapi baru arini ada free utk gantung.

terima kasih daun keladi intaaan..rajin intan bagi adiah kat kengkawan. moga ikatan persahabatan kita tetap ceria dan manis selalu

ADIAH DARI INTAN

Special card from intan



Kad kartun glitter nie datangnya dari intan..mekacih ya intan, comel2 kartun tu. Apa plak ya k. zanie nak bagi kat intan. Apapun tunggu..!!!!!