Showing posts with label aneka bahulu. Show all posts
Showing posts with label aneka bahulu. Show all posts

MADELEINES

P1010016_copy

NisaMPB@myresipi.com

Bahan-bahan ( 2 loyang )

  • 7 tbsp (100gm) butter tanpa garam
  • 5 biji telor yang besar
  • 1/2 cup (115gm) + 3 tbsp gula
  • 1 1/4 cup (140gm) tepung gandum, diayak
  • 1 tsp baking powder
  • secubit garam
  • sedikit parutan dari kulit lemon

Cara-cara

  1. P1000899_copy
    Dalam periuk yang kecil, cairkan butter tanpa garam diatas api yang kecil hingga menjadi keperang-perangan.
  2. P1000901_copy
    Sejukkan seketika dan tapis butter dalam mangkuk yang lain.
  3. Pukul telor dan gula hingga gebu. Masukkan pula butter, gaul hingga sebati.
  4. P1010007_copy
    Masukkan tepung yang telah diayak, baking powder dan garam. Kaup balikkan dengan menggunakan spatula pada satu arah.
  5. P1010011_copy
    Taburkan parutan kulit lemon & kaup balik lagi.
  6. Masukkan adunan ini kedalam paiping beg dengan 1/4" nozzle plain.
  7. Sejukkan didalam peti sejuk selama lebih kurang 2 jam atau semalaman.
  8. Bila sedia untuk membuatnya, panaskan oven pada suhu 190dC.
  9. P1010013_copy
    Paipkan adunan kedalanm loyang madeleines hingga 3/4 penuh.
  10. Bakar selama 12min atau hingga perang.
  11. Sejukkan Madeleines dan simpan dalam bekas kedap udara.

Bahulu Rose


Pb251458

Resepi Mak.. Bahulu Rose (bukan nama sebenar)


Bahan-bahan ( Saiz 20cm )
  • 4 biji telur
  • 1 1/2 cwn gula pasir (boleh kurangkan jika suka)
  • 1 sdt esen rose
  • 1 3/4 cawan tepung gandum
  • Sedikit pewarna merah

Cara-cara

  • Pukul telur bersama gula hingga kembang
  • Masukkan esen rose
  • Masukkan tepung gandum, pukul lagi sehingga sebati.
  • Asingkan sesenduk daripada adunan tadi, campurkan dengan pewarna. Kacau rata.
  • Sapu acuan dengan minyak masak. Masukkan sedikit adunan asal, kemudian letakkan adunan berwarna dan adunan asal semula. (3 lapisan)
  • Masak pada suhu 180darjah selama (+-)1jam.

Bahulu Cermai


P4260095

Seronoknyer..... at last kak ogy berjaya buat bahulu sendiri



Bahan-bahan ( Dalam 80 biji )

  • 10 biji telur gred A
  • 380gm gula pair
  • 1 tsp esen ros (kalau suka. Kak ogy omit nih sb nak dapatkan bau ori bahulu)
  • 200gm tepung gandum
  • 1/4 tsp baking powder

Cara-cara

  • Pukul telur dan gula sehingga kembang dan pekat.
  • Ayak tepung dan baking powder kedalam adunan batter yang telah betul-betul kembang dan pekat. Kacau adunan dengan spatula.

Tips 1.

  • Sebelum bakar bahulu, isikan acuan dengan minyak dan bakar dalam oven selama 10 minit untuk memanaskan acuan dan supaya adunan tidak melekat. Keluarkan acuan yang telah panas dari oven dan buangkan minyak. Acuan sedia untuk digunakan.

Tips 2.

  • Sediakan kain yang dibalut pada kayu untuk sapukan minyak ke acuan setiap kali sebelum masukkan adunan ke acuan.

Tips 3.

  • Bakar gula dalam oven sebentar sebelum guna sehingga agak-agak hangat dan terus tuang kedalam telur. Tips ini untuk ketahanan kuih bahulu. Tahan sehingga sebulan tanpa pengawet. Kalau x mahu buat cara ini, kuih bahulu boleh tahan selamat 2 minggu. InsyaAllah.

Tips 4.

  • Untuk meringankan kuih bahulu, bakar tepung dalam oven. Tapi jangan lama-lama. Sekejab je. Dan tepung agak-agak hangat je. Ini sama lah dengan kaedah orang dulu-dulu jemur tepung.


KUIH BAHULU

Bahan-Bahan:
  • 4 biji telur
  • 125 gm tepung serbuk penaik
  • 125 gm gula halus, dijemur sebentar Secubit garam
  • 2 sudu teh tepung beras
Cara:
  • Pukul telur sehingga berbuih, masukkan gula dan pukul lagi sehingga pekat. Sedikit demi sedikit, masukkan tepung yang diayak bersama gula tadi dan kacau perlahan-lahan untuk mendapatkan satu adunan yang rata. Dengan menggunakan api arang, panas dan minyakkan acuan kuih bahulu. Dengan menggunakan sudu, isikan adunan itu ke dalam acuan sehingga 3/4 penuh dan kemudian tutup dengan tudungnya. Masak sehingga elok naiknya dan bahagian atas serta bawah kuih bahulu itu kuning keemasan. Keluarkan kuih bahulu yang telah masak itu. Ulang proses ini sehingga semua adunan habis digunakan. Sejukkan. Hidangkan atau simpan di dalam bekas kedap udara.

BAHULU TRADISI MELAYU

Bahan-Bahan:

semangkuk telur ayam (sederhana besar)
semangkuk gula pasir
setengah kilo tepung gandum
sedikit minyak masak
acuan kuih bahulu atau kuih cara
Goreng tepung sampai masak.
Tanda masak tepung tidak melekat pada kuali dan berwarna kekuningan.
Ini agar kuih jadi ringan.

Cara:

Pukul telur dan gula sampai kembang. Setelah kembang asingkan sedikit. Panaskan acuan yang telah disapu sedikit minyak dalam ketuhar pada suhu 200 darjah agar bahulu tidak melekat.Campurkan tepung sedikit demi sedikit dalam bekas yang berlainan mengikut bilangan acuan.
Bakar sehingga masak.

Cadangan Hidangan:

Sesuai dimakan atau dijamu pada minum petang atau dihari-hari perayaan.

Tambahan:

Turunkan resepi ini kepada anak cucu kita agar kuih tradisi melayu ini kekal sepanjang zaman.
Resepi ini adalah resepi asal turun temurun datuk nenek yang diperturunkan ibu kepada cucu tersayang. Sejarah asal kuih bahulu ini dipercayai dibawa ketanah melayu oleh orang berketurunan jawa dari Bangkahulu Indonesia. Kuih ini boleh bertahan lama dan sesuai untuk perjalanan jauh kerana ianya ringan dan kecil. Dan boleh dimakan walaupun dicelup dengan air kosong. Asal bentuk bahulu ini adalah bulat leper kerana di bakar diatas tudung periuk. Zaman berlalu maka terbentuklah kuih ini dalam pelbagai corak. Pada awalnya bentuk Bujur telur & Cermai. Kini masyarakat cina mula menggemarinya. Terhasillah bentuk anak ikan, udang, dan segala bentuk haiwan dimuka bumi ini. Malah kuih tradisi ini kini mendapat tempat dipasaran juga dikenali sebagai muffin crusty oleh orang inggeris. Walau kemana rataunya kuih ini tetap kuih tradisi orang melayu yang telah mendapat tempat dimata dunia.