Showing posts with label sayur goreng. Show all posts
Showing posts with label sayur goreng. Show all posts

KAILAN IKAN MASIN

Img_0574

bayu-tt@myresipi.com

Bahan-bahan ( untuk 2 org )

  • sayur kailan-dipotong
  • 1 keping ikan tenggiri masin(yang dijeruk dlm botol)-potong kecik2
  • 1 sd(k) air dr botol ikan masin td
  • 1 bj bwg besar-dimayang bulat
  • 1 inci halia-diketuk
  • bwg putih-diketuk
  • 1 sd(b) sos tiram
  • 1 sd(b) sos ikan
  • sedikit air asam limau nipis
  • myk untuk menggoreng
Cara- caranya

Masak seperti biasa


TAUGE GORENG


  • Tauge Goreng ini nak buat pun senang. Hiris lada padi, bawang putih, bawang merah kemudian tumis, letak beberapa ekor udang untuk pemanis letak garam dan serbuk perasa.
  • Kemudian last sekali masukkan tauge. Jangan goreng terlalu lama nanti tauge tu hilang keranggupannya lepas tu tabur sekali daun sup dan bawang goreng jika mahu. 15 minit boleh siap nih… mudahkan..

TAUHU KUCHAI


Tahu_kucai

idea dari 'cikgu love'....

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 500 gm silken tauhu/ tauhu jepun
  • 2-3 biji bawang merah
  • 1-2 biji bawang putih
  • 1 setengah sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan (optional - resepi asal takde)
  • 1 sudu kecil kicap (optional - resipi asal takde)
  • secekak daun kucai
  • minyak untuk menggoreng & menumis
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan 2 sudu besar air

Cara-cara

  • Tauhu dipotong ikut saiz yang disukai, kemudian goreng hingga kekuningan. Ketepikan.
  • Bawang merah & bawang putih dikisar, kemudian tumis dalam sedikit minyak sehingga wangi. Kalau suka, boleh campakkan 2-3 biji cili api.
  • Masukkan kicap, sos tiram & minyak bijan. Kemudian masukkan lebih kurang 1 cawan air. Biarkan hingga mendidih.
  • Masukkkan pula daun kucai yang telah dikerat2, masak hingga sedikit layu. Kemudian pekatkan kuah dengan memasukkan bancuhan air tepung jagung.
  • Akhir sekali masukkan tauhu yang telah digoreng tadi..kacau2 & angkat. Siap untuk dimakan.

Bendi Goreng

Dsc02591

menu mudah.. ratah pun sodap

Bahan-bahan ( 2 - 3 org )

  • 15 biji bendi - dipotong nipis secara serong
  • 2 biji telor - dipukul

Bahan kisar

  • 2 - 3 cili merah dibuang biji
  • 2 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • * sedikit garam & perasa
  • minyak utk menumis

Cara-cara

  • Panaskan minyak & tumis bahan kisar sehingga naik bau.
  • Masukkn bendi & dikacau .. Masukkn garam dan perasa . Agak2 bendi dah separuh masak boleh lah dicurahkan telur keatasnya.
  • Biarkan telur 1/2 masak barulah di dikacau..biarkan sekejap & boleh lah ditutup api..
  • Siap utk dihidang.. senangkan

TEMPE GORENG BERSAMA IKAN BILIS


Masakan jawa


Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 5 keping tempe segar
  • Ikan bilis (setengah untuk digoreng dan sedikit lagi untuk ditumbuk mentah)
  • Bawang merah 5 biji
  • Bawang putih 2 biji
  • 2 sudu kecil cili giling
  • Gula sedikit
  • 1 biji asam limau kasturi
  • 1 biji bawang besar mayang kasar
  • Sedikit perencah ayam maggi

Cara-cara

  • Tempe dipotong nipis,kecil dan goreng garing
  • Ikan bilis digoreng garing
  • Tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan ikan bilis
  • Panaskan kuali masukkan minyak sedikit
  • Masukkan bahan tumbuk tadi goreng sampai naik bau dan masukkan cili giling tadi
  • Bila sudah naik bau masukkan sedikit air dan perah asam limau kacau sampai agak pekat kemudian masukkan gula dan serbuk perencah ayam maggi
  • Akhir sekali masukkan tempe goreng, ikan bilis dan bawang mayang tadi kacau-kacau sehingga bawang tadi layu
  • Angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih

KENTANG GORENG TELUR LADA HITAM


Img_1781

sangat mudah dan sedap!! hanya beberapa minit sahaja.

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 3 biji kentang sederhana besar
  • 1 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh lada hitam (biji)
  • 1 biji bawang besar potong bulat
  • beberapa tangkai cili padi (belah)
  • 1 biji telur
  • sedikit garam, serbuk perasa, dan air

Cara-cara

  • kupas kentang dan potong kepada beberapa bahagian (terpulang pada cara masing2)
  • di dalam mangkuk, gaul kentang dengan serbuk kunyit, sedikit garam dan sedikit air (agak2 serbuk kentang itu berair sedikit). Perap selama 10-15minit. sementara perap kentang, tumbuk lada hitam sehingga lumat.
  • goreng kentang sehingga masak, ketepikan. Air lebihan perap kentang tadi jangan dibuang. akan digunakan kemudian.
  • panaskan kuali dengan 3,4 sudu minyak, tumis lada hitam hingga naik bau. masukkan kentang tadi. Gaul sebati. Masukkan air lebihan perap kentang tadi dan kacau. tambah sedikit garam dan akhir sekali, pecahkan telur dalam kuali dan kacau sebati. biarkan telur itu hancur.
  • akhir sekali, masukkan bawang dan cili padi.. kacau lebih kurang dan... siaaaappppppp!!
  • Note : mudah dan senang kaannn... boleh dimakan dengan nasi panas atau ratah sahaja. Bahan2 ni juga terpulang pada selera masing2. kepada yg suka pedas boleh lebihkan lada hitam dan cili padi. kepada yg nak berkuah, boleh lebihkan air. harap anda sudi mencuba ok! =)

Asparagus goreng belacan


My_resipi_001

Dah duk merantau mcm ni...cuba2 ler pelbagaikan masakan kita ni


Bahan-bahan ( 4 org makan )
  • 300 gm asparagus - dipotong serong
  • 2-3 biji bawang putih - diketuk
  • 1 sudu besar cili kering
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil nampla/sos ikan
  • 3-4 ekor sotong - dipotong kecil
  • sedikit garam
  • minyak utk menumis
  • belacan - ikut suka

Cara-cara

  • Panaskan minyak tumis bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan cili kering dan belacan. Masak hingga garing. Kemudian masukkan sotong.
  • Bila sotong dah agak masak tambahkan sos tiram dan nampla. Gaul sebentar kemudian masukkan asparagus pula.
  • Sesuaikan rasa. Jika kurang masin boleh ditambah sedikit garam. Boleh diangkat dan sedia untuk dimakan.

TERUNG BAKAR BERSAMBAL


Img_2527

Resepi cuba2 sendiri je...

Bahan-bahan ( 4 )

  • 3 biji terung saiz sederhana
  • 5 biji bawang merah - ditumbuk
  • 1/2 biji bawang besar - ditumbuk
  • 1 biji cili merah - ditumbuk
  • 10 biji cili padi - ditumbuk
  • 1/2 biji bawang besar - dimayang kasar
  • 2 sudu besar ikan bilis
  • Sos ikan, garam & gula secukup rasa

Cara-cara

  1. Terung dibelah dua & dibakar. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak & masukkan semua bahan2 yg ditumbuk.
  3. Masukkan ikan bilis.
  4. Perasakan dengan sos ikan, garam dan gula.
  5. Akhir sekali, masukkan terung yang telah dibakar & bawang besar (mayang). Kacau supaya rasanya sebati.
  6. Selamat mencuba ;)