Showing posts with label pencuci mulut. Show all posts
Showing posts with label pencuci mulut. Show all posts

Truffes


Truffes

Biasanya truffes ni guna coklat. Tapi resepi ni guna ubi keledek. Rendah kalori dan rasanya sedap.



Bahan-bahan ( 24 biji )

  • 360g ubi keledek
  • 30g-50g gula halus(madu pun boleh)
  • 30g mentega tanpa garam
  • 2-3 sudu besar susu segar(fresh cream pun ok)
  • serbuk koko secukupnya

Cara-cara

  1. Buang kulit ubi dan potong kecik-kecik untuk cepat masak. Rebus sehingga ubi empuk. Sejatkan.
  2. Masukkan ubi, gula halus, mentega dan susu ke dalam mangkuk. Lenyek-lenyek sampai ubi hancur.
  3. Bulat kecik-kecik lebih kurang 20g. Kemudian cover dengan serbuk koko.

Dadih Homemade


Dadih_myr

dadih hasil resipi sendiri yg menjadi kegemaran anak2

Bahan-bahan ( 16 bekas -spt dlm gambar )

  • 10gm serbuk agar2 - kalau nak guna agar2 bertali boleh guna 1/3 dari sebungkus agar2 cap bulan(warna merah)
  • 1 liter susu segar biasa
  • 1 liter susu segar berperisa coklat
  • 1 1/4 cawan gula (atau 17 sb gula)
  • 1.2 liter air
  • 1 st garam
  • 1 sb tepung jagung - dibancuh dgn 2 sb air
  • 1st coklat emulco

Cara-cara

  1. Masak agar2 bersama air hingga mendidih. Jika guna agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
  2. Bahagi dua adunan agar td. Masukkan kembali 1 bahagian agar kedalam periuk dan masukkan susu segar putih. 1 bahagian lg dimasukkan kedalam periuk yg lain dan masukkan susu berperisa coklat dan coklat emulco.
  3. Masaklah kembali adunan tersebut. Gunakan api yg sederhana sj dan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak terlalu lama nanti dadih menjadi keras.
  4. Biarkan hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas. Masukkan dadih yg berwarna putih dulu dan bila ia sejuk dan mengeras bahagian atasnya barulah dimasukkan dadih coklat. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam peti ais seketika.
  5. Sejukkan dalam peti ais, pastu bolehlah dimakan.
  6. Sekiranya ada yg nak buat berperisa strawberry, bolehlah guna susu perisa strawberry atau pun boleh juga guna kedua2 susu fresh putih dan tambahkan pewarna merah dan strawberry emulco.
  7. ** Satu kaedah lagi utk menghasilkan dadih coklat bg yg bimbang jika ikut cara2 diatas menyebabkan rasa dadihnya terlebih manis(bg hb dan anak2 saya rasa manisnya sedang elok je). Setelah diikut step pertama, masukkan 2 liter susu segar (putih) kedalam periuk (tanpa menggunakan susu segar berperisa coklat). Kemudian bahagi 2 adunan dadih dan 1 bahagian itu dimasukkan 1sb coklat emulco. (diletakkan 1sb kerana aduanan asalnya berwarna putih sdgkan jika guna susu segar perisa coklat perlu letak 1st shj )
  8. **Saya harap kawan2 semua dpt faham kaedah yg saya maksudkan ini dan jika masih keliru bolehlah bertanya semula.

Butter bread pudding


Butterbreadpudding

versi roti dengan puding karamel

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • *Karamel*
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu besar air
  • 2 sudu besar air suam
  • ---------------------------------------
  • 2 keping roti
  • sedikit butter
  • 4 biji telur
  • 600ml susu cair/susu segar
  • 8 sudu besar gula halus
  • sedikit esen vanila
  • sedikit kismis(optional)

Cara-cara

  1. Sapukan acuan dengan butter. Panaskan oven hingga suhu 180C
  2. Sapukan roti dengan butter. Kemudian toast roti selama 3-4 minit. Potong roti sebesar 1-2cm. Ketepikan.
  3. Sediakan karamel. Masukkan gula dan 2 sudu besar air ke dalam periuk. Panaskan sehingga perang. Kemudian tutup api dan tambahkan 2 sudu besar air suam. Masukkan karamel ni ke dalam acuan yang telah disapu dengan butter tadi. TIP: Masa mula-mula panas gula tu jangan kacau sehinggalah gula nampak perang. Lepas tu bolehlah dikacau sehingga warna perang yg diinginkan.
  4. Dalam bekas lain, masukkan telur, gula, esen vanila dan susu sambil dikacau. Masuk bahan-bahan ikut urutan supaya senang nak sebati. Kemudian tapiskan sebatian ini ke dalam acuan yang ada karamel tadi.
  5. Letakkan kepingan roti yang dah di toast tadi dan juga kismis ke dlm no.4.
  6. Letakkan acuan ini ke dalam dulang oven dan masukkan sedikit air suam ke dalam dulang tersebut tp BUKAN dalam acuan puding. Kukus selama 40 minit.

Honeydew sengaut

Dsc00017

simpel, pantas dan nyaman...



Bahan-bahan ( agak2 10 mangkuk kecik )

  • 1 biji tembikai susu (honeydew)
  • 1 tin susu cair Ideal milk
  • 1/2 tin kecik susu pekat (kalau honeydew anda dah manis, guna 1/4 tin susu je)
  • 1 tin besar jagung Ligo
  • manik sagu (sego pearls) - ikut suka anda
  • extra tembikai susu potong dadu (potong kecik) - ikut suka

Cara-cara

  1. Potong honeydew untuk dimasukkan ke dalam blender. Tapi bahagikan sikit untuk ditabur dalam jus tu nanti (potong kecik). kalau ada extra lagi elok.
  2. masukkan honeydew + susu cair + susu pekat ke dalam blender. Blend kan. Selesai blend, masukkan ia ke dalam bekas dan ketepikan.
  3. didihkan air di dalam periuk yang berasingan. Lepas tu, masukkan sego pearls. (jangan terlalu lama, takut sagu jadi hancur dan likat)
  4. kacau sebentar dan kalau manik tu dah nampak cam transparent, angkat dan tapiskan. Cuci sepintas lalu dengan aliran air paip (air sejuk).
  5. masukkan manik sagu ke dalam bekas yang berisi honeydew yg telah di'blend' itu tadi.
  6. akhir sekali, campak lah jagung dan isi honeydew extra yang telah dipotong kecil itu tadi.
  7. Selamat mencuba... (saya dah buat 2x, tapi salu terlupe nak amik gambar. Nanti saya uploadkan gambar ek? Keluarga sume puji sedap :-)

Pudding De Coco


Milkcoconutpudding

Puding kelapa susu

Bahan-bahan ( 18cm )

  • 150ml santan kotak/tin
  • 120ml susu pekat manis
  • 300ml susu segar
  • 25g gula
  • 2 biji telur
  • beberapa titik esen vanila
  • Karamel
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar air

Cara-cara

  1. Sediakan karamel Panaskan air dengan gula sehingga warna perang. Tuangkan ke dalam acuan. Ketepikan.
  2. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Kacau sekejap tapi jangan bagi berbuih.( tak perlu pukul)
  3. Kemudian masukkan santan, susu pekat, susu segar , gula dan esen vanila ke dalam no.2 tadi. Kacau sehingga semuanya sebati.
  4. Coconutmilkpudding1
    Tapiskan adunan masuk ke dalam loyang yang ada karamel tadi.
  5. Letakkan loyang tadi ke dalam oven plate. Masukkan air suam ke dalam oven plate tersebut. Bakar dengan suhu 200 degree selama 40-45 minit. Boleh juga dikukus selama 40 minit atau sehingga masak.
  6. Coconutmilkpudding3

Pisang dan milo


Cimg1725a

Eazy breakfast,.. trylah rasakan keenakannya.. sesiapa yang peminat pisang mesti cuba resepi ini...


Bahan-bahan ( 1 piring )

  • 1 biji pisang embun sedang2 masak (Pisang apa pun takpe asalkan manis, boleh dimakan secara mentah)
  • 2 sudu milo (nak pakai drinking chocalate pun boleh)

Cara-cara

  1. Ambil pisang dan potong kecil kecil seperti gambar di atas. Kemudian taburkan milo di atasnya. Sedia untuk disantap bersama.
  2. Cimg1710a
    ** tip; Pisang tu kalu disejukan di dalam freezer dulu lagi sedap dimakan..

Tag

Lemon Yogurt Jelly


Lemonyogurtjelly

dessert yg rasa masam manis

Bahan-bahan ( 5 )

  • 10g gelatin
  • 100ml lemon jus-dr buah lemon
  • 6 sudu besar plain yogurt
  • 6 sudu besar gula
  • 300ml air

Cara-cara

  1. Campurkan gelatin dgn 1 sudu besar air. Kacau dan ketepikan
  2. Masukkan yogurt, gula dan air ke dalam periuk. Biarkan mendidih. Kemudian padamkan api.
  3. Masukkan pula jus lemon dan gelatin tadi. Kacau sehingga sebati. Masukkan ke dalam bekas yg sesuai. Sejukkan dalam peti sejuk sehingga keras.

Agar-Agar Semangka


Agar_semangka

agar² yg slalu i uat utk family..


Bahan-bahan ( 2 bekas besar yg bulat )

  • 1 bungkus agar² yg panjang
  • 2½ cawan gula pasir (kalo suke manis, leh lebihkan sket)
  • 6 cawan kecil air
  • 4 biji putih telur
  • sedikit pewarna hijau utk kulit
  • sedikit perwarna merah/kuning utk isi
  • sedikit kismis utk biji
  • sedikit essence rose (jika suke)

Cara-cara

  1. pukul putih telur hingga kembang.
  2. sementara itu, masak agar² bersama gula dan air sehingga agar² larut. (leh dimasukkan essence rose jika suke)
  3. tapis agar² yg larut tu kedalam putih telur yg telah dipukul dan pukul lagi hingga hampir² sejuk.
  4. kemudian tuangkan kedalam bekas bulat besar.
  5. 04022007_001_
    tarukkan sedikit pewarna merah/kuning di tengah agar² dan kacau dgn chopstick (atau lidi satay). jgn kacau sehingga terkena dasar bekas.
  6. letakkan kismis di permukaan agar² tadi. dan masukkan di dlm fridge.
  7. bila agar² da sejuk, keluarkan dari bekas dan terbalikkan lalu disapu dgn pewarna hijau sbagai kulit.

Rubies Delight


Step_by_step_040

Pencuci mulut khas dari Thailand


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 biji sengkuang (kurang lebih 300 g)
  • 1 cawan tepung ubi
  • 1/2 camca teh pewarna merah + 1 cawan air
  • 200 g gula pasir*
  • 500 ml air*
  • 2 helai daun pandan*(*dimasak hingga gula hancur), sejukkan
  • 250 ml santan pekat + secubit garam
  • Ais hancur secukupnya

Cara-cara

  1. Step_by_step_041
    Kupas sengkuang, potong dadu kecil dan rendam dalam warna merah kurang lebih 30 minit.
  2. Step_by_step_037
    Toskan sengkuang tadi dan masukkan ke dalam beg plastik. Masukkan tepung ubi ke dalam plastik yg berisi sengkuang dan goncang hingga semua sengkuang bersalut dgn tepung ubi. Tuang dalam tapis dan ayak lebihan tepung. Ketepikan
  3. Step_by_step_039
    Didihkan air dalam periuk. Masukkan sengkuang bersalut tepung ubi tadi dan masak 3 minit. Angkat dan toskan dan terus masukkan ke dalam satu bekas yg berisi dgn air ais. Biarkan terendam 5 - 10 minit.
  4. Step_by_step_042
    Cedok keluar "ruby" yg terhasil dan masukkan ke dalam mangkuk2 kecil. Tuang air gula dan santan. Masukkan juga air batu hancur. Hidangkan sebagai pencuci mulut.

Agar-agar Strawberry


Agar2

Rasa macam pudding...

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 20gm agar-agar (kalau guna serbuk, ikut arahan kat peket)
  • 200gm strawberry
  • 4 cawan air
  • 2 cawan susu segar (boleh digantikan dgn susu pekat)
  • Gula secukupnya

Cara-cara

  1. Cairkan 10gm agar-agar dgn 3 cawan air. Tambah gula secukupnya.
  2. Masukkan 100gm strawberry dalam acuan kecil, masukkan agar-agar tadi. Biar sejuk.
  3. Sementara itu, cairkan 10gm agar-agar dgn 1 cawan air, stawberry dan gula secukupnya.
  4. Biar sejuk sedikit sebelum masukkan susu segar. Boleh tambah 2-3 titik perwarna merah kalau suka.
  5. Masukkan (4) dalam blender, blend sampai strawberry dah hancur. Ketepikan.
  6. Keluarkan agar-agar (2) dari peti sejuk dan potong kan besar2. Setiap ketul ada satu strawberry kat dalam.
  7. Masukkan ketulan agar-agar dalam acuan. Tapiskan agar-agar dalam blender dan isikan ke dalam acuan juga.
  8. Simpan dalam peti sejuk.

Strawberry bavarois


Strawberrybavarois

Bavarois asal dr perkataan French utk cream dessert

Bahan-bahan ( 5-6 org )

  • 300g strawberi
  • 2 biji telur kuning
  • 3/4 cawan susu segar
  • 1 cawan fresh cream
  • 90g gula halus
  • 12g gelatin
  • strawberi untuk hiasan

Cara-cara

  1. Campurkan gelatin dengan 6 sudu besar air. Kacau dan ketepikan.
  2. Buang bahagian hijau strawberi. Kisar biar jadi bentuk puri(puree)
  3. Masukkan telur kuning ke dalam periuk. Letakkan guna sikit-sikit sambil dikacau. Kemudian masukkan pula susu. Panaskan dengan api kecil. Sambil tu kacau sehingga gula hancur. Lepas tu padamkan api.
  4. Pindahkan no.3 tadi ke dalam mangkuk. Sejukkan dengan lapik ketulan ais di bawah mangkuk. Kacau sehingga jadi pekat.
  5. Dalam mangkuk lain, pukul fresh crem sehingga pekat.
  6. Masukkan no.2 ke dalam no.4 kacau sehingga sebati. Kemudian masukkan pula fresh cream yg telah dipukul pekat tadi. Kacaukan.
  7. Tuangkan ke dalam bekas yang telah dibasahkan dengan air untuk disejukkan. Simpan dalam peti ais sebelum dimakan.

Puding Horlick


Puding_002

sesuai utk dimakan pd minum petang

Bahan-bahan ( 4 - 6 org )

  • sebungkus agar2 yg besar
  • 6 cwn air
  • 1 cawan gula halus
  • 1 tin susu pekat
  • 1 tin susu cair
  • 4 biji telur
  • 1 cawan horlick
  • 1 sudu besar tepung custard
  • 1 sudu kecil esen vanilla

Cara-cara

  1. masukkan agar2 dan air dlm periuk.biarkan agar2 larut dan masukkan gula dan sentiasa digaul sehingga mendidih.
  2. dlm mangkuk,pukul telur sehingga kembang.
  3. masukkan esen vanilla,susu pekat, susu cair dan tepung custard di dlm mangkuk telur td.
  4. setelah agar2 td larut, masukkan campuran telur ke dlm periuk. kacau perlahan.
  5. akhir sekali, masukkan horlick dan terus kacau sehingga horlick hancur dan larut. bila sudah masak,tuang di dalam acuan dan letak d dlm peti sejuk sblm dihidangkan

Puding Coklat


Picture_002

paling senang & buat tak sampai 30 minit

Bahan-bahan ( 1 loyang )

  • 1 paket agar - agar
  • 1 liter air
  • 1 cawan tepung custard perisa coklat (kalau tiada custard biasa pun boleh & add 2 sudu serbuk koko)
  • 1 cawan gula (boleh dikurangkan)
  • 1 sudu teh esen vanila (as pewangi)

Cara-cara

  1. masak air bersama agar² & gula hingga larut
  2. masukkan tepung custard perisa coklat yang telah dibancuh dengan air
  3. kacau hingga sebati dan tunggu sehingga mendidih...matikan api then tuang ke dalam loyang
  4. tunggu sehingga sejuk & boleh lah dimakan...tapi untuk lebih sedap sejukkan dalam peti sejuk sebelum dimakan...

Yogurt strawberry frozen


Yogurtstawberryfrozen

buah boleh diganti dengan mango, durian atau apa saja yang sesuai.

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 300g strawberi
  • 2 cawan plain yogurt
  • 1 cawan susu pekat manis
  • 2 sudu besar madu

Cara-cara

  1. Buang tangkai/daun stawberi. Ramas kasar-kasar.
  2. Yogurtstrawberryfrozen1
    Campurkan strawberi dengan semua bahan-bahan lain. Bekukan dalam freezer. Kacau setiap 1 jam selepas dimasukkan ke dalam freezer. Kalau nak cepat beku masukkan campuran tadi ke dalam bekas besi/tin.

Puding Pelangi


Puding_pelangi

Resipi dr internet yg diubahsuai sukatannye, penyediaan xsmpai 20min!

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10g serbuk agar2
  • 650ml air
  • 200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok kut)
  • 60gm mentega
  • 1 biji telur
  • ½ tin susu cair
  • 1 sudu makan tepung custard
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1/2 sudu teh vanilla
  • pewarna merah dan kuning secukupnya (kalo nk kaler2 lain pun orait gak)

Cara-cara

  1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan
  2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis
  3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
  4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
  5. Sengetkan loyang/pe2 bekas puding sedikit (yg Alma gunakan bekas square 7x7in) - i.e. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn pe2 utk tinggikan).
  6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
  7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngappp....sori ler, puding yg buat ari tu xmcm pelangi sgt baru je msk dlm fridge, anak I stir sket ngan jarinye - xsabor nk mkn :(

Orange yogurt cream


Orangeyogurtcream

Sesuai untuk dijadikan dessert

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 100ml jus minuman oren
  • Bahan A :
  • - 250g plain yogurt
  • - 60g gula halus
  • Bahan B :
  • - 2 sudu besar air panas
  • - 1 1/2 sudu kecil gelatin
  • 100ml fresh cream/dairy whipping cream

Cara-cara

  1. Campurkan bahan B. Kacau sehingga gelatin cair. Kemudian masukkan ke dalam jus oren.
  2. Campurkan bahan A. Kemudian masukkan ke dalam no.1 tadi.
  3. Akhir sekali masukkan fresh cream. Kacau sehingga sebati.
  4. Sejukkan dalam peti ais lebih kurang 3-4 jam sebelum dimakan.

Puding marble


Dsc03807

ambil dr buku resepi kat malaysia. tapi tak ingat dah nama bukunya.

Bahan-bahan ( 5 org )

  • 1 liter air
  • 10g agar-agar
  • 250g gula
  • 100g tepung kastard
  • 2 sudu kecil serbuk koko

Cara-cara

  1. masak air bersama agar-agar dan gula hingga larut.
  2. masukkan tepung kastard yang dibancuh dengan air. masak hingga gelegak.
  3. bahagi adunan kepada 2 dan campurkan serbuk koko pada salah satu.
  4. dalam acuan, tuang adunan berselang-seli untuk dapatkan corak.
  5. sejukkan dan sedia untuk dimakan. lebih sedap jika diletak dalam peti ais.

Cappuccino mousse


Cappuccinomousse

best for cappuccino lover!

Bahan-bahan ( 4 )

  • 1 biji telur putih
  • 3/4 cawan air panas
  • 10g cappuccino(non-sweet)
  • 120ml fresh cream
  • 40g gula halus
  • 8g gelatin

Cara-cara

  1. Campurkan gelatin dengan 1 sudu besar air. Kacau dan ketepikan.
  2. Dalam bekas lain campurkan cappuccino dengan 3/4 cawan air. Kacaukan. Kemudian masukkan gelatin. Kacau sehingga gelatin larut.
  3. Alaskan bekas campuran cappuccino dengan air yg mengandungi ketulan ais. Biarkan sejuk dan pekat.
  4. Dalam mangkuk lain pukul fresh cream dgn gula sehingga pekat. Masukkan fresh cream sedikit demi sedikit ke dalam cappuccino sambil dikacau dgn perlahan-lahan.
  5. Dalam mangkuk lain pula, pukul telur putih sehigga bertanduk atau bila ditelangkupkan telur tak jatuh. Masukkan sedikit demi sedikit ke dlm (4) sambil dikacau dgn perlahan-lahan.
  6. Akhir sekali masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 40 minit atau lebih.
  7. Cappuccino
    Cappuccino yg saya guna.

Puding gula hangus


Pudinggulahangus

sesape jer boleh buat. mmg senang laaaaa

Bahan-bahan ( sekeluarga )

  • 3 sudu besar gula pasir
  • 1 tin susu pekat
  • 7 biji telur ayam
  • 1 cawan air

Cara-cara

  1. Mula2 cairkan gula dalam loyang atas api sederhana kecil. Masak sampai gula tu kekuningan. Pastu bila dah cair... lenggang2 loyang tu biar gula tu rata.
  2. Kepuk telur sampai berbuih pastu masukkan susu pekat tadi. Kacau rata.......baru masukkan air.
  3. Last sekali tuang atas gula yang dah beku tadi....boleh kukus sampai masak...Kukus tu dalam 45 minit gitulaaa........
  4. Bila dah sejuk terlangkupkan.....boleh la dijamu untuk keluarga.......

Agar-agar koktel


Agar-agar

sesuai sebagai pencuci mulut dan juga juadah berbuka

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 10g serbuk agar-agar
  • 1.5 liter air(5 gelas)
  • 100ml(1/2 cwn) susu cair
  • 200g gula
  • 1 tin besar koktel
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Masukkan serbuk agar-agar, air, sirap koktel, gula dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih.
  2. Perlahankan api. Ambik semangkuk agar-agar dan sejukkan. Kalau nak cepat boleh alaskan air yg bercampur dengan ketulan ais. Bila dah nampak nak keras, ambik sudu dan kacau-kacau supaya jadi berketul-ketul.
  3. Dalam periuk agar-agar tadi masukkan pula susu. Biarkan sehingga mendidih. Kemudian padamkan api.
  4. Tapiskan agar-agar susu(dr dlm periuk) dan masukkan ke dalam loyang untuk bekukan agar-agar.
  5. Masukkan juga koktel dan semangkuk agar-agar tadi (dlm langkah 2)
  6. Sejukkan dan kemudian bolehlah letak dalam peti ais.