Showing posts with label salad. Show all posts
Showing posts with label salad. Show all posts

TIMUN SANTAN

Img_7455a

sejenis salad

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 1 biji timun saiz sederhana dibuang kulitnya & dihiris mengikut ukurlilit timun tanpa putus
  • 3/4 cawan pati santan
  • 1 biji bawang besar di hiris melintang
  • sedikit cili padi dihiris (kalau nak pedas boleh tambah)
  • 1 1/2 sudu makan udang kering, dicelur sedikit dan ditumbuk halus
  • garam secukup rasa
  • limau untuk perahan

Cara-cara

  • gaulkan kesemua bahan kecuali perahan limau
  • campurkan perahan limau just before dihidangkan

Macaroni Salad

Photo-0063_

Bahan-bahan ( ikut suka )

  • 100g macaroni
  • 1 tin tuna
  • brokoli
  • asparagus
  • sesudu air lemon
  • garam skit
  • mayonis

Cara-cara

  • Rebus macaroni sehingga masak n toskan
  • Rebus brokoli n asparagus yang dipotong serong. Kemudian toskan.
  • Campurkan semua bahan yg dh direbus.masukkan mayonis,tuna,air lemon n garam skit. Kacau sebati.
  • Nak pedas skit tambah hirisan chili merah. Dh siap bleh mkn...

Summer Salad

Dsc04856

newbie123@myresipi.com

Bahan-bahan ( untuk 2-3 orang )

  • 1 ikat flat parsley dihiris halus
  • 1 courgette dipotong dadu
  • 2 tomato dipotong dadu
  • 1/4 cawan EVOO
  • 1/4 cawan balsamic vinegar
  • 1 sudu teh madu
  • garam dan pepper secukup rasa
  • 1/2 cawan toasted pine nuts
  • 1 ulas bawang putih dicincang halus

Cara-cara

  • Toskan sayur-sayur yang telah dipotong kedalam mangkuk salad.
  • Didalam satu botol, campurkan EVOO,balsamic vinegar, bawang putih, madu, garam dan pepper. Tutup botol dan goncangkan sehingga salad dressing campur sebati.
  • Tuangkan salad dressing keatas sayur-sayur tadi dan toskan sejurus sebelum dihidangkan. Taburkan pine nuts di atas salad.

sos tiram

Picture_013

untuk penggemar cendawan shitakae

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • satu paket cendawan shitakae
  • brokoli
  • sayur pak choy
  • cili kering - dihiris
  • fish cake - boleh juga diganti dengan ikan bilis yang digoreng garing atau fish ball dan lain-lain ikut suka
  • sos tiram
  • bawang besar - dihiris
  • bawang putih - diricih halus
  • * semua bahan mengikut kuantiti anda sendiri.

Cara-cara

  • Picture_010 Goreng fish cake hingga garing. Masukkan brokoli dan cendawan shitakae. Goreng sampai layu. Angkat dan ketepikan.
  • Goreng bawang besar, bawang putih dan cili kering.
  • Masukkan sos tiram. Tambah sedikit air. Biarkan mendidih sebentar sambil dikacau-kacau.
  • Masukkan gorengan cendawan, brokoli dan fish cake tadi. Masukkan juga sayur pak choy. ** sayur pak choy dimasukkan kemudian kerana sayur ini cepat layu. Biarkan sebentar atas api sambil disebatikan dengan sos tiram. Angkat dan hidangkan.

Fruit Salad

P1000349
Bahan-bahan ( Sorang makan )
  • Low Fat Yogurt (sebarang perasa)
  • 2 biji strawberi
  • 1 biji oren, dikupas kulit dan dipotong dadu
  • 5 biji anggur hitam (apa-apa anggur pun boleh)
  • Beberapa potong tembikai susu, epal dan buah2 lain
  • Corn flakes secukupnya
  • Walnut/badan/gajus- dibakar dan dicincang kasar

Cara-cara

  • Satukan semua buah-buahan
  • Curahkan yogurt atas buah-buah tadi
  • Taburkan badan/walnut/gajus dan cornflakes
  • Siap dan bolehlah dimakan
  • (kalau kat kg tu, guna buah rambutan, belimbing, limau manis pun boleh)

THAI VERMICELLI SALAD @ YUM WOON SEN


Kerabu soh hoon thai, dibungkus dalam kepingan salad kobis (lettuce) dan dimakan begitu saja...Adunan rasa bergabung antara cili padi, masam, masin, manis dan rangup, amat mengasyikkan....

Bahan Utama:-

  • 100 g soo hoon
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan kacang tanah, goreng tanpa minyak dan tumbuk kasar
  • 300 g isi udang
  • 1 biji bawang besar, hiris halus
  • 2 tangkai daun bawang, hiris halus
  • 4 tangaki daun sup, hiris halus

Bahan Dressing:-

  • 3 biji limau nipis, ambil jusnya
  • 4 camca besar sos ikan
  • 4 ulas bawang putih, cincang lumat
  • 6 biji cili padi siam, hiris halus
  • 2 camca besad gula

Bahan Lain:-

  • Kobis salad (lettuce)

Cara membuatnya:-

  • Rendam soo hoon 10 minit, kerat2 dan toskan. Celur udang 30 saat dengan satu cawan air, angkat dan toskan. Kemudian masukkan soo hoon dan masak 2 - 3 minit (bila soo hoon menjadi jernih). Angkat dan toskan.
  • Satukan bahan2 dressing dan gaul semuanya hingga rata. Dalam satu bekas, masukkan soo hoon, bawang, daun sup dan daun bawang serta udang. Tuang dressing dan gaul hingga rata. Tabur kacang tanah sebelum dihidang. Rasa dan jika ok, boleh dihidangkan bersama kepingan kobis salad.

Fruits Salad

Fruitsalad1

Salad Buah-buahan yg dimakan dgn yogurt. Boleh guna buah-buahan dan yogurt yg disukai. kalau nak diet, guna low fat yogurt.

Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1 biji Mango
  • 1 biji Apple Hijau
  • 1 cawan Angur
  • 2 keping Tembikai
  • 4 biji Strawberries
  • 2 cawan Yogurt

Cara-cara

  • Mango, apple dan tembikai dipotong dadu. Strawberry pula dihiris tebal2.
  • Masukkan angur dan gaulkan sehingga campur.
  • Makan dgn yogurt kesukaan anda.

Coleslaw


Sesaper yang suka makan coleslaw KFC tu, buat sendiri lagi sedap la...


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 cawan kubis dicincang kasar
  • 1/2 batang lobak merah diparut halus-halus
  • 1 biji telur rebus (dihancurkan)
  • 5 camb. mayonis

Cara-cara

  • Gaul kesemua bahan sehingga sebati.
  • Sejukkan dalam peti ais sebelum dihidang.
  • Sesuai untuk minum petang dan makan bersama nugget, fries.

Cold spaghetti Salad


Salad

Spaghetti dengan italian salad dressing


Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 200g spaghetti
  • mini tomato
  • 2 helai lettuce
  • italian salad dressing
  • paprika(optional)

Cara-cara

  • Rebus spaghetti dengan sedikit garam sehingga lembut
  • Kemudian gaul dengan semua bahan-bahan lain.
  • Simpan dalam peti sejuk sebelum dimakan

Creamy coleslaw


Coleslaw

sedap dimakan dgn roti. sesuai untuk sarapan pagi


Bahan-bahan ( 4 orang )

  • 1/4 biji kubis
  • 1/2 biji lobak merah
  • 4 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar sour cream
  • 2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar fresh lemon juice
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/4 biji bawang besar

Cara-cara

  1. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk kecuali kubis, lobak merah dan bawang besar. Gaul biar rata.
  2. Bersih kubis dan lobak merah. Potong halus.
  3. Kupas bawang besar. Bersihkan. Kemudian cincang. Gaulkan dengan kubis dan lobak merah tadi.
  4. Kemudian masukkan no.3 ke dalam no.1 tadi. Gaul sebati. Simpan dalam peti ais sebelum dimakan.
  5. Bahancoleslaw
    Sebahagian dari bahan-bahan yang digunakan untuk resipi ini