APAM SALJU @ APAM NASI

Sumber : ermm... x hingat la tpi ramai dah kawan blog buat ,zanie baru nak try, sedap la apam nie tengkiu tuan empunya resipi..^^__^^





Bahannya :
  • 2 cawan nasi
  • 2 cawan tepung gadum
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula perang (brown sugar)
  • 3/4 cawan gula pasir (guna semua gula pasir pun ok, tapi manis, pandai2 adjust yea)
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 camca teh instant yeast (mauripan)
  • Sedikit pewarna (jika suka) - guna warna pink,hijau apple dan warna asli
  • Kelapa parut + secubit garam, gaul rata


Caranya :
  1. Kisar nasi tadi bersama air, tuang air sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan gula perang dan gula pasir, kisar sampai sebati.
  2. Dalam satu bekas, campur tepung beras, tepung gandum dan instant yeast, gaul rata dan tuang no. 1 ke dalam no. 2 dan gaul rata hingga sebati. Tutup bekas tadi dan perap 3 jam.
  3. Panaskan kukusan, balut penutup kukus dengan kitchen towel bersih. Bahagikan adunan kpd 3 bhgn dan warna kan mengikut kesukaan masing2. Sapu acuan apam dengan sedikit minyak makan dan sudukan adunan apam tadi 3/4 atau hampir penuh. Kukus 15 minit.
  4. Keluarkan apam dari acuan dan hidangkan dengan parutan kelapa tadi....



nie versi kukus dlm loyang ...

2 comments:

Naz said...

Salam Zanie..

I like the green colour & red colour...

Riezanie said...

tq coz U like...^__^ n thanx 4 visiting my blog...

Post a Comment