KARI AYAM

Pepagi nie mcm x idea nk sembang apa kata tengok bahan resepi kari ayam yg zanie masak, jooom .......... !!

Bahan-bahan:-

  • 300 gm ayam - potong kecil-kecil
  • 1 1/2 inci halia )
  • 1 paket rempah daging
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • 3 batang serai - ketuk
  • 2 cawan santan cair
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 3 biji kentang - buang kulit dan potong kecil
  • 4 ulas bwg merah -kisar
  • 2 ulas bwg putih - kisar
  • 4 sudu besar minyak masak
  • Beberapa lembar daun kari
  • Garam
Cara Memasak:-
  1. Panaskan minyak, tumis serai, kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga.
  2. Kacau sebentar dan masukkan bahan kisar. Bila naik bau, masuk rempah kari serta serbuk ketumbar juga daun kari
  3. Perlahankan api, kacau selalu sehingga naik minyak. Masukkan ayam dan kentang, kacau lagi dan masukkan air asam jawa juga santan cair. masak hingga ayam empuk .
  4. Akhir sekali masukkan santan pekat dan garam. Apabila mendidih, perlahankan api dan tutup periuk sebentar, biar naik minyak padamkan api

0 comments:

Post a Comment