PAU KACANG HIJAU




Hari ini mood agak baik, lepas solat asar zanie terus start buat kuih pau, memandangkan intinya dah zanie siapkan lebih awal sooo proses menguli dan membuat kuih nie x la makan masa yg terlalu lama, tepat 8 mlm kuih dah ready utk dimakan... susah ke utk buat pau nie? hehehe....zanie pn x pasti sb bagi zanie inilah kuih yg simple mimple utk dibuat dan x rumit . eheh...

Bahannya :

Doh:
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh yis
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan shortening
  • 1 1/4 cawan air suam
Inti:
  • 2 genggam kacang hijau
  • 6 sudu gula pasir
  • 3 sudu makan kelapa parut yg agak muda
  • secubit garam
Cara buat intinya:

  1. Rebus kacang dan gula sehingga lembut. , masukkan kelapa parut, secubit garam, masak sehingga air kering. Sejukkan.
  2. Larutkan gula dengan air suam.
  3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, yis dan minyak jagung. Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil sebatikan adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
  4. Bahagikan doh kepada 15 bebola kecil. Letakkan di atas dulang yang ditaburi tepung. Biarkan doh selama 10 minit.
  5. Bulat-bulatkan doh, leperkan dan isikan inti. Tutupkan, bulat-bulatkan dan lapiskan dengan kertas minyak yang telah dipotong kecil mengikut saiz doh. Buatlah sehingga habis. Selepas itu biarkan doh pau menaik sekali ganda (kira-kira 40 minit).
  6. Panaskan periuk kukus. Kukus kuih pau selama 10 minit.

0 comments:

Post a Comment