KUIH TEPONG PELITA



Bahannya :
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula pasir
  • 5 cawan air
  • 4 s.b tepung beras
  • 1 biji kelapa jadikan 4 cawan santan pekat
  • 4 helai daun pandan kisar bersama air
  • sedikit air kapur juga garam


Caranya :
  1. Dalam bekas satukan 1 cawan tepung beras, air, gula, air daun pandan dan air kapur. Bancuh sebati dan tidak bergentel, masak atas api hingga masak pekat dan kilat.
  2. Terus tuang dalam acuan yg di sukai..ketepikan biar sejuk.
  3. Dalam bekas lain satukan juga 4 s.b tepung beras , santan juga garam kacau sebati masak di atas api hingga pekat.
  4. Tuangkan ke atas kuih yg berwarna hijau ( pandan )tadi..sejukkan dalam peti ais N sedia utk di hidang

0 comments:

Post a Comment