PUDING JAGUNG KUAH KASTARD



puding lagik..hehehe...layan aje lah ya..nie atas permintaan anak daro zanie yg teringin nak makan puding, katanya asyik tengok blog mama je mcm2 mama masak tapi along x dapat nak makan sooo balik coti nie dia pn suroh la mamanya layan tekak dia cuma x dapat nak tempek gambar menu yg lain2 disini sb lupa nak snap daaa... along kata jgn lupa puding utk along tuu buh cekelet ya mama...ishish...anak daro den sorang nie manje lebeh2 plak. walllaaaa......

BAHAN UNTUK PUDING
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 1 cawan santan - jgn terlalu pekat
  • 1/2 tin jagung manis dalam tin
BAHAN UNTUK KUAH
  • 1 tin susu cair
  • 2 tin air masak ( gunakan tin susu )
  • 1/2 cawan gula @ sesuai manis
Caranya :

UNTUK PUDING
  • Masukkan semua bahan gaul sebati
  • Masak atas api sedrhana hingga pekat dan likat
  • Angkat, masukkan dlm bekas biarkan keras dan sejuk. ( Dh sejuk boleh masukkan dlm peti ais )
UNTUK KUAH
  • Panaskan susu, air dan gula dalam periuk
  • Jangan mendidih sekadar panas dan gula hancur
  • Biarkan sejuk ( boleh juga masuk peti ais )
CARA PENYEDIAAN
  • Potong puding kastad td mengikut bentuk yg disukai. Masukkan dlm mangkuk
  • Tambahkan buah-buahan dlm tin, nata de coco, jelly ( ikut suka berapa bnyk nk letak )
  • Tambah kuah pd mangkuk yg berisi puding dan hiasan
  • Sedia dinikmati. Best makan kalau baru keluar dr peti ais..sejuk jer
  • Selamat mencuba.


COKLAT, CHEESETART N KEK BATIK MARIE

Hai AMIN maaf lah ya!!Baru dapat N3kan gambar ordernya disini apapn tq sb sudi order dengan zanie harap berpuas hati dengan ordernya









Coklat cistat juga kek batik marie nie di order oleh amin, terima kasih daun keladi...



yg nie x de sape yg order ya!! saje balut dengan kertas emas sb nak buat bekal anak zanie balik hostel

IKAN KAPAK GORENG SAMBAL CILI API





Bahannya :

  • 2 ekor ikan kapak
  • 10 biji cili api
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 labu bawang besar
  • 3 sudu makan air asam jawa
  • 3 sudu makan gula pasir
  • garam, perasa secukupnya
  • minyak utk mengoreng
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 1 sudu makan tepung gandum

Caranya :
  1. Bersihkan ikan salut dengan sedikit tepung, ketepikan.
  2. Kisar halus bawang putih, bawang besar, kunyit dan cili api.
  3. Panaskan minyak goreng ikan hingga gareng, angkat dan toskan.
  4. Gunakan minyak goreng ikan tadi tumis bahan kisar, masuk gula pasir guna api kecil ya! tumis hingga terbit minyaknya.
  5. Masukkan air asam jawa, garam , perasa dan gula secukupnya sesuaikan rasanya
  6. Bila kuah agak pekat masukkan ikan yg telah di goreng tadi gaul rata2.
  7. Padamkan api sedia utk di hidang

HAAAII.... SALAM SEMUA

Salam bersiaran kembali...eheh..lamanyer x update blog, almaalumlah musim coti2 sek kaaan.. mcm2 XTVT sampai x sempat nak jengah umah yg satu nie, nie pun curi2 masa nak update blog, apapn meh kite lihat apa XTVT nya ya!!!

meh leh semua jemput makan ramai ......agak2 ada x yg berkenan menu yg zanie hidangkan nie, jom layan!!


nie tengah tunggu buah berangan yg sedang di goring ( sangai)


walau nampak simple saje menu nie tapi sodap tau....!!



haaa.. nie bubur nasi dengan tumis kangkong + ikan bilis goring juga ikan masin tenggiri


mee goreng mamak....






bread onion with chicken soup


bread onion


sup ayam + air pepsi

teh o + susu panas + gula


Perniagaan Baru 2010 - Jual Tshirt Cara Lumayan



EHEM.... TUT..TUT... nak promosi skit nie...

Mungkin selama ni kita selalu dimomokkan dengan pelbagai bisnes internet, penjualan ebook, affiliate, adsense dan sebagainya.

Saya tak menafikan bahawa kesemua teknik di atas akan memberikan keuntungan yang lumayan untuk menjana pendapatan di internet.

Tapi jangan sampai kita tidak nampak peluang-peluang lain yang terbuka luas untuk kita menjana pendapatan lumayan di internet dengan cara yang betul.

Hari ini, saya ada berita gembira untuk anda.

Salah seorang usahawan internet, Hafizi Zain dengan ikhlas akan mendedahkan satu peluang perniagaan yang beliau lakukan sendiri berdasarkan pengalaman beliau.

Ia adalah perniagaan yang boleh dilakukan secara
offline dan online. Pendedahan ini cukup menarik, kerana perniagaan sebegini mempunyai ciri-ciri menarik seperti :

1. Boleh dibuat secara online atau offline.
2. Tak memerlukan simpan stok barang dalam rumah.
3. Modal yang sangat rendah.
4. Boleh dibuat secara sambilan.

Malah, beliau sendiri berjaya meraih jualan sehingga 6 angka dengan perniagaan ini.

Nak tahu lebih lanjut?

Download ebook pendedahan perniagaan ini di laman web berikut :

http://www.BisnesTshirt.com/index.php?ref=tshirt2010

PS : Ebook pendedahan ini percuma sahaja. Bukan itu saja. Anda boleh sertai program PPL yang bermula 21 januari - 31 Januari 2010. Setiap lead yang anda promosi, anda dapat RM 0.40!

Cepat sebelum terlambat !

http://www.BisnesTshirt.com/index.php?ref=tshirt2010



Yang benar,

Riezanie

JOM MAKAN SEMUA..!!!




Hehe...x ade idea nak sembang...jom ler makan, ada lauk tapi x de nasi.. sape nak joint, bawak nasi sorang 1 pinggan ek? huhuhu....

PAU KACANG HIJAU




Hari ini mood agak baik, lepas solat asar zanie terus start buat kuih pau, memandangkan intinya dah zanie siapkan lebih awal sooo proses menguli dan membuat kuih nie x la makan masa yg terlalu lama, tepat 8 mlm kuih dah ready utk dimakan... susah ke utk buat pau nie? hehehe....zanie pn x pasti sb bagi zanie inilah kuih yg simple mimple utk dibuat dan x rumit . eheh...

Bahannya :

Doh:
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 1/2 sudu teh yis
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1/4 cawan shortening
  • 1 1/4 cawan air suam
Inti:
  • 2 genggam kacang hijau
  • 6 sudu gula pasir
  • 3 sudu makan kelapa parut yg agak muda
  • secubit garam
Cara buat intinya:

  1. Rebus kacang dan gula sehingga lembut. , masukkan kelapa parut, secubit garam, masak sehingga air kering. Sejukkan.
  2. Larutkan gula dengan air suam.
  3. Dalam mangkuk lain, satukan tepung, yis dan minyak jagung. Tuangkan air gula tadi sedikit demi sedikit sambil sebatikan adunan sehingga menjadi doh yang lembut.
  4. Bahagikan doh kepada 15 bebola kecil. Letakkan di atas dulang yang ditaburi tepung. Biarkan doh selama 10 minit.
  5. Bulat-bulatkan doh, leperkan dan isikan inti. Tutupkan, bulat-bulatkan dan lapiskan dengan kertas minyak yang telah dipotong kecil mengikut saiz doh. Buatlah sehingga habis. Selepas itu biarkan doh pau menaik sekali ganda (kira-kira 40 minit).
  6. Panaskan periuk kukus. Kukus kuih pau selama 10 minit.

BUBUR KACANG HIJAU


Hahah... baru dapat update blog nie, kabare semua.... semalam buat nie sedap makan bila dah simpan dalam aisbox, resipi biasa aje semua dah tahu buat kan sooo x yah buh resipinyalah ya!!!! kite tengok gambo aje lerrrr ....