KEK MARBLE PISANG


Kek nie semalam zanie buat terliuk plak bila nengok kat umah mamasya, kek yang sungguh lembut dan gebu x rugi jika sesiapa nak cuba resepi ini cuma zanie tambah sedikit bahan didalamnya. jom kita layan


Bahan - bahannya

  • 150 grm butter / minyak [ zanie guna marjerin ]
  • 1 cawan gula halus
  • 2 biji telur
  • 1 cawan pisang lecek
  • 13/4 tepung naik sendiri [ zanie guna tepung gandum aje ]
  • 1 s/k soda bicarbonate
  • 1 s/k baking podar
  • 1 s/k ovellet [ zanie tambah ]
  • vanilla esen
  • esen pisang
  • 23 ml susu segar [ zanie tambah ]
  • 2 s/b koko podar
Caranya:
  1. Campur gula, telur, susu,.garam, tepung, soda ovellete dan serbuk penaik dalam mangkuk pembancuh
  2. Putar adunan hingga kembang dengan kelajuan tinggi. masukkan pisang lecek tadi juga esen vanilla dan esen pisang. kacau perlahan dengan menggunakan sudu / senduk, masukkan minyak kacau rata.
  3. Lencerkan loyang alas isi bancuhan tadi bakar selama 40 minit / hingga masak keperangan


yang belum dimasak


dah dibedah siasat..tengoklah corak ditengah2 tuuu



inilah hasilnya..gebu x kek zanie

SAYA HILANG IDEA



BANTUAN.. BANTUAN..!!!!!

Mohon sumbangan idea dari teman seperjuangan dialam ciber.
Ada x sesiapa yang boleh bagi pendapat/ idea yang agak bernas apakah yang menyebabkan gambar yang diN3 hilang?

Macam suspen jerk ayatnya..hahaha...

Yang sebenarnya zanie tengah bengang nie, apa sebabnya gambar2 yang zanie paste disetiap resepi yang lepas2 banyak yang hilang, x dapat nak dijejak..

JEJAK KASIH LEERrrrr....

Kepada sesiapa yang ziarah dapur zanie, zanie memohon bebanyak - banyak kemaafan kerana kesulitan ini. Ceeewah..!! mcm dah nak riaya la plak hehehe..
Ialahkaaaan....
wokeylah, insyAALAH zanie akan cuba tepek semula gambar2 yang hilang tu.... cuma makan masa ckit laaa.... coz nak selongkar balik la peti besi ku E2 utk kelebek gambar2 tuuuu.


huhuhu..... BENGANG DAAA.......!!!!! Huwaaaaaaa.........

*jika ada sesiapa yang mencari resepi zanie homemade sila klik [ 12 ] pada link ketegori disebelah ya!! harap maalum

BROWNIES & PROMOSI

contoh gambar muffin coklat kukus

PROMOSI ..... PROMOSI

Promosi .... ada sesiapa yang teringin nak merasanya hanya didaerah
PONTIAN
dan yang berdekatan saje ya!!


COKLAT MUFFIN
saiz comel - 4 biji rm 1
saiz sedang - 1 biji hanya 40sen

ada kismis didalamnya
*sedia menerima order untuk makan2 , jamuan / majlis kenduri dan sebagainya


BROWNIES
1kg [ more & less ] hanya rm25 saje


KANDUNGAN
badam panggang didalamnya, topping coklat dengan taburan kacang tanah panggang yang dikisar

*****************************************************************************************

Buat brownies nie sebab anak nak makan, simple tanpa topping tapi best gak makan waktu masih panas2

Bahannya:

[A ]
  • 1 cawan susu cair
  • 1 cawan butter [ cairkan ]
  • 1 cawan air panas
[ B ] adun sebati
  • 2 biji telur
  • 1 s/t esen vanilla
[ C ] ayak
  • 2 cawan tepung
  • 1 cawan coco serbuk
  • 1 s/t baking powder
  • 1/2 -1 s/t bicarbonate of soda
[ D ]
  • kekacang panggang secukupnya [ zanie bubuh almond ]

Caranya:

  1. Panaskan oven selama 10 minit.Sebatikan semua bahan A.
  2. Tuang pula bahan B kacau rata masuk pula bahan C kacau lagi biar sebati.
  3. Alas loyang 10x10 in dengan kertas minyak tuang adunan tadi kedalamnya.
  4. Bakar selam 40 minit / hingga brownies kelihatan renggang dari loyang / cucuk dengan lidi jika bersih lidi tu bolehkah dikeluarkan dari oven.
  5. Sejukkan, kemudian ratakan topping diatasnya biar topping sejuk baru potong2 ikut suka.

Chocolate topping:

  • 250 grm coklat masakan
  • 1 s/b butter
  • 1 s/t susu cair [ fresh milk ]

Caranya:

1. Cairkan coklat ikut cara double boiler.
2. Masukkan butter kacau lagi, masuk pula susu cair dan kacau lagi.
3. Tuang atas brownies tadi. Selamat mencuba
* pssst..kali ini zanie saja x buh topping makan gitu aje..eheheh.......

ORDER LAGI

MASAM MANIS

STRAWBERRY



Kali ini diorder oleh

Salbiah 1 biji
Hasnah 1 biji
Suraya 1 biji
Akak hospital [ x tau nama la plak ] 2 biji

Terima kasih atas sokongan semua kalau sedap oderlah lagi..hehehe...

APAM PISANG


Hari ini malazz nak cakap..meh tengok jerk gambo yang blurrzzz nie.. resepinya asal dari cik mat gebu..sori..zanie CP jerk resepinya cik mat ya..!!! maleh nak naip.....
zanie tambah coklat rice kat atas, tu yang nampak cekelat. apapn apam nie memang best N gebuuu....

Bahan-Bahannya
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/2 camca teh baking powder*(*digaul dan diayak)
  • 2 biji telur gred A
  • 100 ml minyak jagung (atau mentega cair)
  • 1/4 cawan gula (mat guna gula perang)
  • 4 biji pisang emas, sederhana besar*
  • 1/2 camca teh soda bicarbonate*
  • Secubit garam*(*disatukan dan lecek hingga halus)
Cara membuatnya :-)
  1. Pukul minyak, gula dan telur hingga sebati menggunakan whisk. Masukkan pisang lecek, gaul rata. Masukkan pula tepung, kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Panaskan kukusan, sediakan acuan kegemaran (mat guna acuan kecil2), sapu dengan sedikit minyak pada acuan, panaskan 2 minit. Tuang adunan apam 3/4 penuh dan kukus 12 - 15 minit. Buat hingga siap.
  3. Keluarkan dan boleh dihidang bersama kelapa parut atau begitu sahaja. Balut tutup kukus dengan kitchen towel untuk mengelakkan air menitis atas apam

UNTUK ZAM757 & AZILENA

Resepi nie sebenarnya sudah ada di entry yang lepas tapi oleh kerana permintaan dari rakan cbox.., AZILENA ... moga azilena gembira dengan resepi yang dinantikannya.... zanie buh dalam kertas cawan.. meh kita tengok resepinya ya!!!!


* sebenarnya zanie merajuk ngn gambo asal tu, dah N3 banyak kali tapi asik2 ilang aje x tau nape. uwaaaa.... penat zanie melayan kerenah dia...la nie zanie ganti ngn gambo nie la ya!!
blurrzzz ckit.... eheheh ....

KEK COKLAT MOIST

Bahan - bahannya

  • 100 grm serbuk koko
  • 250 grm gula halus
  • 1 tin susu cair
  • 2oo grm minyak masak
  • 250 grm susu pekat
  • 4 biji telur pukul berbu
  • 150 grm tepung gandum
  • 1 s/t bicarbonate of osda
  • 1 s/t baking powder

Cara - caranya

  1. Satukan bahan - bahan seperti serbuk koko, susu cair, susu pekat dan minyak. Masak dengan api perlahan hingga jadi licin tak perlu hingga mendidih / mengelegak.Matikan api dan angkat.
  2. Ambil telur yg telah dipukul berbuih tadi satukan kedalam bahan yg telah dimasak tadi gaul dengan menggunakan pemukul telur / mixer.
  3. Sementara itu satukan bahan - bahan kering dan masukkan sedikit - sedikit kedalam campuran telur hingga sebati.
  4. Lencer acuan dengan minyak dan lapik dengan kertas minyak. Kukus saelama 1 jam / sehingga masak.
  5. Sebelum mengukus kek pastikan air kukusan tu dididihkan dahulu.


ACAR BUAH - BUAHAN / ACAR TAHUN


Acar ni permintaan dari zam 757
I'm berie2 sori zam....dek sbb sesuatu yang x dapat dielakkan maka zanie lambat siarkan resepinya..harap memenuhi citarasa zam ya!!!


Bahan-bahan :

(A) -cili kisar:

  • 10 tangkai cili kering,direndam air panas
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih sedikit halia - Semua bahan dikisar hingga halus

(B)

  • 500 gm buah-buahan jeruk (khas buat acar buah)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/3 cawan gula
  • 3 sudu makan cuka
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1/3 cawan puri tomato
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • garam secukupnya
  • 1/4 cawan bijan, telah digoreng kering
Cara Membuatnya :

  1. Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumis hingga naik bau wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan puri tomato, serbuk kari, cuka, gula dan garam.Tumis lagi hingga masak.
  4. Masukkan buah-buahan jeruk yang telah dibasuh dan bijan.Gaul sebati dan masak sebentar. 5. Angkat dan sejukkan.

Tip : Basuh buah jeruk ini dibawah air paip untuk menghilangkan asid yang berlebihan.Untuk lebih tahan lama, simpan dalam peti sejuk.

ABANG NGAH BESDAY

Dalam BZ meLAYER tu sempat gak zanie buatkan sebijik kek untuk anak kedua zanie. Kek span pandan ..... simple buttercream deco. baru belajar main2 dengan aising..lihatlah...hehehe....


HAPPY BIRTHDAY 2 U...HAPPY BIRTHDAY 2 U ....HAPPY BIRTHDAY 2 U....
MOHD FAIZAL SYAH
11 MAY 09

HAPPY BLATED BESDAY ABANG NGAH..

DOA MAMA

semoga abang ngah menjadi hamba ALLAH yang bertaqwa

semoga menjadi anak yang soleh
dipanjangkan umur, dimurah kan rezeki, ditetapkan iman
dipermudahkan segala urusan samada untuk dunia mahupun akhirat
berwawasan dan sentiasa jujur dalam bisnes yang dijalankan
DAAANN...
sentiasa jaga waktu solat....

AMINNNNNN



Inilah ropa kek pandan ku hehehe....jadi x? hantam sajelah labu....

MY TRIFFLES CHOC MOIST


TRIFFLES DUK DALAM ESBOK

1st time buat triffles nie. buh dlm esbok, .sejuk bila dimakan, ermmm..sedap x terkata..nyaman bila masuk dlm tokak..slurppp......!!!!! meh kita tengok apa bahan2 tuk buat triffles nie.


Bahan-bahannya
  • kek coklat moist secukupnya - dipotong ikut lebar acuan setebal 1/2 in
  • 1 tin coctail
Bahan kastard:
  • 1/2 tin susu cair
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 cawan gula / ikut manis memasing
Bahan dibancuh bersatu:
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 4 s/b air
Lapisan atas :
  • 1 peket jelly { serbuk agar2 }
Cara memasaknya :

  1. Susun kek dlm bekas / acuan, asingkan air coctail dari isinya. Tuang air coctail tadi keatas kek cukup sekadar kek tadi basah saja, ketepikan.
  2. Sementara itu satukan bahan kastard dlm periuk, masak hingga mendidih sedikit. Masukkan bahan bancuhan tadi kacau cepat2 agar bersatu dan matikan api. Tuang atas kek yang telah disusun tadi biar sejuk baru bubuhp pula coctail diatas kastard.
  3. Dalam bekas lain masak jelly ikut cara2 yang ada di belakang peket jelly tu, tuang atas coctail tadi biar sejuk seketika baru masukkan dalam petiais agar sejuk..sedia untuk dimakan.
  4. Selamat mencuba resepi dari zanie nie......

KEK LUMUT DARI DAYANG


Kek yang sungguh lazat N very2 yummy....x caya..? tanyalah zanie yang dah merasa kek nie..hehehe..kek nie present contest reader dari dyg. tengkiu dyg...pada sesiapa yang ingin merasa keenakkan kek nie silalah order dengan dyg pasti x menghampakan

CARAMEL PUDDING & PIE AYAM

Antara menu2 yang dah terlepas date namun masih tetap zanie ingin paste disini x mau simpan dah dlm peti besi.huhuhu....


PIE AYAM

pie nie zanie buat masa besday HB, agak nipis ckit kulitnya namun tetap rapuh dan sedap dimakan lagi2 masa pie nie baru keluar dari oven.

CARAMEL PUDDING

Caramel pudding nie zanie buat guna dua bahan iaitu susu dan santan oleh kerana zanie kureng ckit pada susu maka zanie pn buh lah santan pada sebahagian dari adunan tu namun ia tetap yummy, pada tokak zanie ler..hehehe....


Bahan:
  • 6 biji telur
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 tin kecil air
  • 1 s/k tepung kastard
  • 1 s/k esen vanila
Untuk karamel:
  • 10 s/b gula pasir
  • 1/4 cawan air panas
  • sedikit butter
Cara membuatnya:
  1. Lenser loyang 6x6x3 in. Masak gula hingga cair keperangan dengan menggunakan api kecil supaya tidak hangus [ pastikan x naik bau hangit ] nanti pahit.
  2. Tuang air panas, kacau cepat2 dan tuang dlm loyang kesukaan anda.Biarkan hingga gula tadi mengeras / membeku.
  3. Dalam bekas lain satukan telur susu cair, air, esen vanila dan tepung kastard.Pukul sebati
  4. Tuang perlahan2 kedalam loyang tadi. Kukus selam lebih kurang 30 minit. Sejukkan sebentar baru buh dalam peti ais.
  5. Biar ia benar sejuk baru keluarkan. Lekangkan caramel ditepi2 loyang tadi dengan menggunakan pisau.
  6. Telangkupkan caramel tadi dalam bekas lebar dan sedia untuk dihidang

MY HUBBY B'DAY


menu yang ringkas namun tetap menyelerakan.....,
brownies cake, puding caramel dan pie ayam



HAPPY BESDAY TO YOU

Selamat hari lahir..... Selamat hari lahir..... Selamat hari lahir
TO MY HB pada 23 april yang lalu...
harapan dan doa ayang
semoga abang dipanjangkan umor dan dimurahkan rezeki
semoga sentiasa dibawah lindungan ALLAH
semoga keimanan dan ketaqwaan terus berkekalan
semoga menjadi suami yang soleh, penyayang dan carring
semoga mahligai yang kita bena sentiasa bahagia, mendapat rahmat dari yang maha ESA..kekal bahagia didunia... insyALLAH hingga keakhirat..
AMIIIN.......

BERSUA KEMBALI & MOTHER DAY



SELAMAT HARI IBU !!!!!!

BUAT SEMUA TEMAN-TEMAN, RAKAN-RAKAN CYBER,

SEMUGA KITA SEMUA MENJADI IBU YANG TERBAIK UNTUK
ANAK-ANAK KITA SELAGI HAYAT DIKANDUNG BADAN ,

DAN SAYANGILAH
IBU KITA SEMASA IBU MASIH ADA TANPA MEREKA SIAPALAH KITA....



THANX 4 VISITING...!!!!!!!!
Thanks

SALAM BERTEMU KEMBALI

Assalamualaikum............

Setelah sekian lama menyepi kini ku gagahi jua untuk kembali semula dipersada ini..terima kasih tak terhingga diatas sokongan padu dari rakan2 teman2 cyber dan pelayar internet yg tak jemu2 jengah dapur ku yang sudah lama bersawang ini.... tanpa kamu semua siapalah daku

Terima kasih sekali lagi .....