UNTUK ZAM757 & AZILENA

Resepi nie sebenarnya sudah ada di entry yang lepas tapi oleh kerana permintaan dari rakan cbox.., AZILENA ... moga azilena gembira dengan resepi yang dinantikannya.... zanie buh dalam kertas cawan.. meh kita tengok resepinya ya!!!!


* sebenarnya zanie merajuk ngn gambo asal tu, dah N3 banyak kali tapi asik2 ilang aje x tau nape. uwaaaa.... penat zanie melayan kerenah dia...la nie zanie ganti ngn gambo nie la ya!!
blurrzzz ckit.... eheheh ....

KEK COKLAT MOIST

Bahan - bahannya

  • 100 grm serbuk koko
  • 250 grm gula halus
  • 1 tin susu cair
  • 2oo grm minyak masak
  • 250 grm susu pekat
  • 4 biji telur pukul berbu
  • 150 grm tepung gandum
  • 1 s/t bicarbonate of osda
  • 1 s/t baking powder

Cara - caranya

  1. Satukan bahan - bahan seperti serbuk koko, susu cair, susu pekat dan minyak. Masak dengan api perlahan hingga jadi licin tak perlu hingga mendidih / mengelegak.Matikan api dan angkat.
  2. Ambil telur yg telah dipukul berbuih tadi satukan kedalam bahan yg telah dimasak tadi gaul dengan menggunakan pemukul telur / mixer.
  3. Sementara itu satukan bahan - bahan kering dan masukkan sedikit - sedikit kedalam campuran telur hingga sebati.
  4. Lencer acuan dengan minyak dan lapik dengan kertas minyak. Kukus saelama 1 jam / sehingga masak.
  5. Sebelum mengukus kek pastikan air kukusan tu dididihkan dahulu.


ACAR BUAH - BUAHAN / ACAR TAHUN


Acar ni permintaan dari zam 757
I'm berie2 sori zam....dek sbb sesuatu yang x dapat dielakkan maka zanie lambat siarkan resepinya..harap memenuhi citarasa zam ya!!!


Bahan-bahan :

(A) -cili kisar:

  • 10 tangkai cili kering,direndam air panas
  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih sedikit halia - Semua bahan dikisar hingga halus

(B)

  • 500 gm buah-buahan jeruk (khas buat acar buah)
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1/3 cawan gula
  • 3 sudu makan cuka
  • 2 sudu besar serbuk kari
  • 1/3 cawan puri tomato
  • 2 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • garam secukupnya
  • 1/4 cawan bijan, telah digoreng kering
Cara Membuatnya :

  1. Panaskan minyak dan masukkan kulit kayu manis dan bunga lawang. Tumis hingga naik bau wangi.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis hingga garing dan pecah minyak.
  3. Masukkan puri tomato, serbuk kari, cuka, gula dan garam.Tumis lagi hingga masak.
  4. Masukkan buah-buahan jeruk yang telah dibasuh dan bijan.Gaul sebati dan masak sebentar. 5. Angkat dan sejukkan.

Tip : Basuh buah jeruk ini dibawah air paip untuk menghilangkan asid yang berlebihan.Untuk lebih tahan lama, simpan dalam peti sejuk.

0 comments:

Post a Comment