CARAMEL PUDDING & PIE AYAM

Antara menu2 yang dah terlepas date namun masih tetap zanie ingin paste disini x mau simpan dah dlm peti besi.huhuhu....


PIE AYAM

pie nie zanie buat masa besday HB, agak nipis ckit kulitnya namun tetap rapuh dan sedap dimakan lagi2 masa pie nie baru keluar dari oven.

CARAMEL PUDDING

Caramel pudding nie zanie buat guna dua bahan iaitu susu dan santan oleh kerana zanie kureng ckit pada susu maka zanie pn buh lah santan pada sebahagian dari adunan tu namun ia tetap yummy, pada tokak zanie ler..hehehe....


Bahan:
  • 6 biji telur
  • 1 tin kecil susu pekat manis
  • 1 tin kecil air
  • 1 s/k tepung kastard
  • 1 s/k esen vanila
Untuk karamel:
  • 10 s/b gula pasir
  • 1/4 cawan air panas
  • sedikit butter
Cara membuatnya:
  1. Lenser loyang 6x6x3 in. Masak gula hingga cair keperangan dengan menggunakan api kecil supaya tidak hangus [ pastikan x naik bau hangit ] nanti pahit.
  2. Tuang air panas, kacau cepat2 dan tuang dlm loyang kesukaan anda.Biarkan hingga gula tadi mengeras / membeku.
  3. Dalam bekas lain satukan telur susu cair, air, esen vanila dan tepung kastard.Pukul sebati
  4. Tuang perlahan2 kedalam loyang tadi. Kukus selam lebih kurang 30 minit. Sejukkan sebentar baru buh dalam peti ais.
  5. Biar ia benar sejuk baru keluarkan. Lekangkan caramel ditepi2 loyang tadi dengan menggunakan pisau.
  6. Telangkupkan caramel tadi dalam bekas lebar dan sedia untuk dihidang

0 comments:

Post a Comment