KUE TEOW GORENG KERANG

Bahannya :
  • 600g koey teow
  • 1 cawan kerang (rebus dan kopek)
  • 10 ekor udang sederhana besar
  • Segenggam tauge
  • Segengam daun kuchai
  • 2 biji telur
Bahan tumis
  • 5 ulas bawang merah (kisar)
  • 4 ulas bawang putih (kisar)
  • 5 tangkai cili kering (kisar)
  • 10 ekor udang (buang kulit,rebus)
  • 8 sudu besar kicap
  • 5 sudu besar sos cili
  • 5 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar cuka
  • 2 sudu besar sos tiram
  • Garam, gula dan perasa bagi yg suka secukup rasa
  • Minyak utk menumis
Caranya :
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan2 tumis hingga naik bau wangi
  2. Masukkan udang dan tambahkan sedikit air.
  3. Bila udang kemerahan,masukkan koey teow.Kacau dengan cepat dan sebentar sahaja.Masukkan pula telur.Kacau rata.
  4. Masukkan kerang, tauge dah kuchai.Goreng hingga sebati tapi jangan sampai kering.
  5. Angkat dan hidang panas-panas.

0 comments:

Post a Comment