MENU HARI INI

Hohoho....menu hari nie, menu org malezzzzz tapi mcm sedap kan !! nak try telur dadar tu x ? sedap tau...kalau di tv shiela rosli buat iklan telur dadar versi shiela, zanie pn nak try gak tapi guna vegetarian, sesiapa yg berminat sila scrolL kebawah N ada resipinya disanaaa....
JOM!!


SUP REBUS SAYUR CAMPUR SEHAT

Bahannya :
  • 1 keping tauhu lembut - potong dadu
  • 1 btg lobak merah - potong nipis2
  • 4 biji jagung muda - potong menyerong
  • 2 biji cili api - mayang
  • 1 ulas bawang putih - mayang halus
  • 1/2 biji bawang besar - mayang nipis
  • 2 cawan air / secukupnya
  • 1 sudu teh minyak zaiton
  • garam , gula, perasa secukupnya
Caranya :
  1. Hidupkan api, dalam bekas periuk masukkan air, minyak zaitun, cili api,2 jenis bwg yg telah dimayang tadi.
  2. Lepas tu masak hingga mendidih. masak lagi hingga agak2 sayur2 tu 1/2 layu dan tauhu masak.
  3. Masukkan garam, gula dan perasa secukup rasa.
  4. Matikan api sedia utk di hidang..

*************************************************************************************


TELUR DADAR SAYUR BERMAYONIS VERSI ZANIE


Bahannya :
  • 1 btg jagung muda - potong dadu kecil2
  • 1/2 btg kecil lobak merah - potong dadu kecil2 jugak
  • 1/2 labu bwg besar - potong dadu jugak laa..
  • 1 sudu makan mayonis
  • 1/4 sudu teh gula
  • garam dan perasa secukup rasa
Caranya :
  1. Satukan semua bahan2 diatas kacau bersatu dan masak la seperti telur dadar yg biasa tuuu
  2. Masak dengan api yg kecil agak2 sayur tu dah layu cukup laa.. dan lihat hasilnya
  3. yum3x sedap...!!
  4. Sori..gambar x terang ya!!
**Utk sayuran zanie guna carrot dan jagung muda..yg ada dlm stok jee..hehehe.. boleh juga diganti dengan citarasa masing2 ya!!


nie yg dah disatukan

0 comments:

Post a Comment