BISKUT CORNFLAKES THUMBPRINTS

Sumber: Chef Wan

Bahan-bahannya
  • 225 gram mentega
  • 1/2 cawan gula perang
  • 2 biji telur, diasing putih dan kuninig
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 2 1/2 cawan tepung serbaguna
  • secubit garam, diayak bersama tepung serbaguna
  • 1/2 cawan kacang walnut, dicincang halus
  • 1 cawan cornflakes yang dihancur halus, dicampur bersama kacang walnut
  • jem rasberi secukupnya
Cara-caranya
  • Pukul mentega dengan gula sampai kembang. Masukkan kuning telur dan esen vanilla.
  • Masukkan adunan tepung dan digaul rata. Bentukkan seperti guli kecil. Pukul putih telur sedikit, celup guli ke dalam putih telur dan digolek ke dalam bahan cornflake dan kacang.
  • Dengan hujung jari ditekan leper dan dibbentuk lobang kecil. Isikan dengan jem rasberi dan dibakar pada suhu 180 darjah C selama 12 - 15 minit sehingga kuning keemasan.

COKDAM COOKIES


Sumber: Mami Asmah Laili

Cokdam Cookies ini D dah cuba resipinya, memang sedap!!! D suka rasa ranggup, nutella dan juga badam cincang diatas biskut.
Gambar ini adalah dari buku masakan Mami Asmah Laili


Bahan-bahannya
  • 250 gm mentega
  • 350 gm tepung Top Flour, diayak
  • 125 gm gula tepung atau gula caster
  • 1 sudu makan serbuk koko
  • 1 sudu makan Nutella
  • 150 gm badam cincang
  • 50 gm tepung jagung, diayak
  • 2 biji telur putih, dikocak untuk sapu
  • badam cincang untuk tabur
  • beberapa helai beg plastik
Cara-caranya
  • 1. Panaskan ketuhar pada 180 darjah. Pukul mentega, gula, Nutella dan serbuk koko sehingga rata dan sebati. Masukkan Top Flour dan tepung jagung. Pukul lagi sehingga lembut dan rata. Masukkan badam dan gaul rata.
  • 2. Panaskan oven 170 darjah. Ambil sedikit adunan, masukkan ke dalam beg plastik dan canai di atas papan, setebal ¾ cm. Gunting beg plastik perlahan-lahan, hujungnya dahulu kemudian melintang.
  • Setelah itu buka plastik, sapu telur di permukaan adunan dan tabur rata badam cincang. Tekan supaya badamnya melekat di adunan. Potonglah adunannya dengan pisau tajam – panjang 6 cm dan lebarnya 2cm.
  • Atur dalam tin pembakar dan masukkan ke dalam ketuhar. Suhu ketuhar diturunkan kepada 170 darjah dan bakar sehingga garing.

KUIH KASWI DIANA

Sumber:Diana

Kuih Kaswi yang boleh anda sediakan untuk minum petang. Hidangkan bersama kelapa parut putih yang telah dikukus dan digaul dengan sedikit garam. Sedappp..

Bahan-bahan
  • 500 gm tepung gandum
  • 400 gm gula melaka
  • 200 gm gula pasir
  • 125 gm tepung sagu
  • 1 sudu teh kapur diambil airnya sahaja
  • 1000 ml air
Cara Menyediakan
  • Masak gula pasir dan gula Melaka dengan sedikit air dari jumlah air yang diberikan. Masukkan sehelai dua daun pandan.
  • Masak hingga gulanya pekat. Tapis dan sejukkan. C ampurkan tepung sagu, tepung gandum, kapur dan air hingga rata. Masukkan air gula yang telah disejukkan dan kacau lagi.
  • Tuangkan kedalam acuan-acuan kecil yang telah disapu minyak dan kukus hingga masak. Sebaik-baiknya kukusan hendaklah dibungkus dengan kain putih, supaya wapnya tidak menitis diatas kuih.
  • Angkat dan sedia dihidangkan dengan kelapa kukus yang digaul sedikit garam.

CHOCOLATE CRACKLES

Chocolate Crackles ini sungguh mudah untuk dicuba dan ia tidak perlu dibakar. Boleh anda gantikan rice bubbles dengan coco crunch. Dan kalau tak suka sultanas boleh gantikan dengan kekacang yang telah dibakar terlebih dahulu.


Sumber: The Big Book of Beautiful Biscuits /Diana

Bahan-bahannya
  • 4 cawan rice bubbles
  • 1 cawan kelapa kering (dessicated coconut)
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 1/2 cawan gula aising
  • 1 cawan sultanas
  • 250 gram coklat hitam
Cara-caranya
  • Campurkan rice bubbles, kelapa kering, serbuk koko yang telah diayak, gula aising dan sultana didalam mangkuk.
  • Cairkan coklat hitam menggunakna teknik double boil. Campurkan kedalam adunan kering dan gaul rata.
  • Sendukkan adunan kedalam mangkuk keras dan masukkan kedalam peti ais sehingga biskut set.
  • Sedia untuk dihidang.
Nota:
  • Coklat yang telah dicairkan menggunakan teknik double boil, hendaklah disejukkan sedikit. Bila ia telah suam-suam panas baru dituang kedalam adunan.
  • Ini untuk mengelakkan dari rice bubbles tersebut lemau bila terkena panas dari coklat tersebut.

MAC N CHEESE PUTERI DEE

Resipi ini adalah hasil sumbangan Puteri Dee (Resipi.Net). Thank you Dee for the great recipe.

Bahan-bahannya
  • 1 paket (500 gram) macaroni spiral San Remo (atau boleh guna bentuk macaroni lain yang disukai)
  • 220 gram Du Chef tomato puree (tin sedang)/ 1 botol besar sos spaghetti
  • 400 gram daging cincang
  • 1 biji bawang besar, didadu
  • 3 ulas bawang putih, dicincang
  • 5 tangkai cili padi thailand, dicincang
  • 2 - 3 helai bay leaves (kering)
  • sedikit rempah oregano
  • garam dan gula secukup rasa
  • 1 buku (250 gram) keju cheddar, diparut
  • 500 - 600 ml susu segar
  • 3 sudu besar tepung gandum
Cara-caranya
  • Rebus spiral pasta mengikut peraturan dipaketnya. Sebaik sudah masak, angkat dan toskan.
Untuk Sos Merah:
  • Tumis bawang besar dan bawang putih dengan sedikit minyak sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili padi dan daging cincang. Tumis sehingga daging bertukar warna dan pastikan jangan sampai air daging kering.
  • Masukkan tomato puree/ sos spaghetti Prego dan sedangkan api. Kalau guna sos spaghetti Prego boleh campurkan 1 cawan air kedalam periuk. Jika guna tomato puree tidak payah tambah air.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa. Sosnya jangan terlalu kering sangat kerana lebih sedap berkuah supaya mudah digaulkan bersama macaroni.
Untuk Sos Cheese:
  • Masukkan susu segar dan tepung gandum dan gaul rata. Masak diatas dapur dengan api yang kecil dan masukkan parutan keju cheddar. Kacau sehingga cheese cair dan sebati. Sebaiknya sos cheese jangan terlalu cair.
Cara menyediakan Mac N Cheese:
  • Gaul sos merah dan macaroni spiral sehingga sebati. Tuang setengah adunan kedalam caserole dan lapiskan dengan sos cheese, dan kemudian tuang lebihan macaroni dan atasnya ditutup dengan sos cheese. Kalau nak lebih sedap boleh taburkan parutan keju cheddar diatasnya dan bakar sehingga ia bewarna kuning keemasan. Dapat menyediakan 2 loyang 8 x 8 inci.
NOTA:
  • Jika menggunakan sos spaghetti, anda boleh kecualikan penggunaan rempah oregano dan bay leaves.

SAYUR LODEH KELUARGA DIANA


Sumber : Diana

Bahan-bahannya
  • ½ kg nangka muda, direbus hingga empuk
  • 1 paket tahu kering, direndam dan potong selebar 3 inci
  • 1 biji sengkuang, dihiris panjang seperti batang mancis
  • 1 batang lobak merah, dipotong serong nipis
  • ½ biji kobis, dihiris
  • 8 batang kacang panjang, dipotong serong nipis
  • 3 keping tahu, dipotong 2 dan digoreng
  • 2 liter santan
  • 500 ml air
  • 2 batang serai, dititik
  • 2 inci lengkuas, dititik
  • 1 helai daun kunyit, disiat
  • 4 helai daun salam
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa jika suka
  • Minyak untuk menumis
Bahan untuk dikisar
  • 18 tangkai lada kering, dibersihkan dan direndam dengan air panas
  • 3/4 cawan udang kering, direndam dan dibersihkan
  • 4 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras
  • 2 inci halia
  • 2 inci kunyit
Cara-caranya
  • Nangka muda direbus sehingga empuk. Sayur mayor dibersihkan dan toskan airnya.
  • Panaskan minyak dalam periuk, masukkan serai, lengkuas dan bahan yang dikisar. Masukkan juga daun kunyit dan daun salam. Tumis sehingga naik bau dan garing.
  • Masukkan pula garam, serbuk perasa dan air. Masukkan sengkuang, lobak dan kacang panjang masak sehingga ia layu sedikit. Kemudian masukkan santan dan juga nangka muda, tahu kering dan kobis.
  • Jika kuahnya terlalu pekat, boleh tambahkan air sedikit. Rasa kuahnya jika ada yang kurang, tambah garam secukupnya.
  • Bila kuah telah mendidih, padamkan api.
Nota:
  • Kuah lodeh ini selalu dihidangkan bersama lontong, sambal tumis sotong kering, serunding, sambal goreng pengantin dan telur.
  • Untuk kuah lodeh tahan lama, jangan masukkan tahu yang telah digoreng, tetapi sewaktu menghidang letak tahunya.

TALAM PISANG

Sumber: Kak Hanieliza /diana

Bahan Lapisan Bawah
  • 1 cawan pisang [potong dadu atau lecek]
  • 1/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 s/b tepung kastad
  • 2 cawan santan cair
  • secubit garam
  • sedikit pewarna kuning
Cara
  • Panaskan kukusan. Alaskan loyang bulat saiz 8 inci dengan daun pisang atau spukan minyak sekiranya tiada daun pisang.
  • Gaulkan semua bahan dan tuangkan dalam loyang.
  • Masukkan dalam kukusan dan kukuslah selama 30 minit.
  • Bila nak bubuh adunan atas, cakarkan permukaan lapisan bawah.
Bahan Atas
  • 1 cawan tepung beras
  • 3 cawan santan pekat
  • 1 s/k garam
Cara
  • Gaulkan semua bahan supaya sebati dan rata.
  • Tapiskan kedalam kuali tak lekat dan kacau sebentar.
  • Bila nampak pekat, tutup api dan tuangkan keatas lapisan bawah
  • Kukuskan lagi 20 minit.
  • Sejukkan betul-betul dan potong untuk dihidangkan

COCONUT BLOSSOM


Resipi ini dari Saudari Lady Aries Coconut Blossom yang berintikan kelapa. Mengikut kata Aries resipi ini adalah resipi Apam Mekar

Sumber: Kak Hanieliza/ Aries/Diana

Bahan
  • 250 gm gula
  • 2 biji telur sejuk
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 200 ml santan pekat
  • 300 gm tepung gandum
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 oz air pandan } aries gunakan pes pandan
  • 1 tsp warna hijau } instead
  • acuan kertas
Cara membuatnya :
  • Semua bahan-bahan masukkan dalam mixing bowl dan pukul dengan high speed selama 3 – 5 minit. Campurkan warna hijau dan gaul rata. Masukkan 1 sudu adunan ke dalam mangkuk kecil, kemudian taruhkan inti kelapa di tengah lalu ditutup dengan 1 sudu adunan dan kukus selama 15-20 minit.

BISKUT SALJU BADAM


Biskut ini D pernah rasa kat rumah makcik D, sedap pada tekak D. Resipi dari Puan Juriah Abdullah ini macam biskut Mama Carries tapi bezanya atasnya ditabur dengan badam yang telah dihiris halus. Rating 4 bintang out of 5 bintang.

Sumber: DIANA

Sumber: Juriah Abdullah

Bahan A
  • 110 gram mentega lembut
  • 1 biji telur yang kecil
  • 70 gram gula powder
  • 1/4 sudu teh rata bicarbonate soda
  • 1 sudu teh egg vanilla
  • 1/2 sudu teh emplex
  • 40 gram badam, dikisar
  • 60 gram tepung jagung
  • 210 gram tepung Hong Kong, diayak
  • 300 gram badam, dihiris halus, untuk hiasan
Bahan B
  • 100 ml putih telur
  • 180 gram gula powder
  • 60 gram tepung jagung
Cara untuk Bahan A
  • Dengan menggunakan "K" beater, pukul mentega, telur, gula, bicarbonate soda, egg vanilla, emplex dan badam kisar sehingga rata dan sebati.
  • Masukkan tepung Hong Kong dan tepung jagung dan pukul lagi sehingga rata. Perap selama 10 minit. Ambil sedikit adunan, canai rata dan potong memanjang.
  • Sapu diatasnya dengan Bahan B, taburkan sedikit badam hiris, atur dalam dulang biskut dan bakar dengan kepanasan 150 darjah C selama 25 - 30 minit atau sehingga masak.
Cara untuk Bahan B
  • Putih telur dan gula dipukul hingga kembang dan pekat. Masukkan tepung jagung dan pukul lagi sehingga rata. Sedia untuk digunakan.

PIZZA KENTANG/ KAMPUNG


Resipi ini adalah kiriman dari Kak Browneyes. Katanya sebenarnya nama pizza ini Macarono, namanya macam kelakar jadi Mum Kak Browneyes tukar namanya kepada Pizza Kentang/ Kampung. Terima kasih kepada Kak B dan juga her mum atas kiriman resipi ini.
Memang D tercari-cari resipi ini tapi tak tahu dimana, nanti senang D nak cuba buat. Teringat dulu Sis Blackmore cakap kalau makan sekeping tak cukup hehe.

Sumber: Resepi DIANA /Kak Browneyes

Bahan-bahannya
  • 600 gram kentang, dibuang kulit dan dipotong dadu
  • Kentang direbus dengan sedikit garam. Jangan rebus terlalu empuk, angkat dan kemudian toskan.
  • 500 gram daging cincang, disangar
  • 2 sudu makan rempah kari daging
  • 2 biji bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • sedikit halia
  • Bawang besar, bawang putih dan halia dikisar. Campurkan rempah kari daging dan tumis sehingga naik minyak. Kemudian masukkan daging, garam dan serbuk perasa dan masak sehingga ia kering.
  • 1 tin kacang peas
  • 2 biji bawang besar kuning (bawang jepun), dipotong bulat
  • daun sop dan daun bawang dihiris
  • 2-3 biji tomato, dipotong bulat
  • 1 tin cendawan butang, dihiris (optional)
  • 1 botol (340 gram) sos cili
  • 15 biji telur, dipukul
Cara-caranya
  • Gunakan loyang 10 x 10 inci. Sapukan mentega pada loyang dan alas kertas timah (aluminium foil) dan disapu mentega lagi diatas kertas timah.
  • Kentang yang telah direbus ditabur rata didalam loyang dan biarkan tabur serapat mungkin.
  • Kemudian tabur daging yang telah disediakan dan ratakan dan tekan sedikit. 4. Lapiskan pula dengan dengan kacang peas, daun sup/ daun bawang dan tekan sedikit biarkan ia mampat.
  • Taburkan cendawan butang dan tekan lagi agar ianya kemas.
  • Kemudian aturkan bawang berselang seli dengan tomato.
  • Tuang sos cili tadi diatas sehingga habis. Kemudian curahkan telur yang telah dipukul diatasnya dan biarkan selama 10 – 20 minit agar telur tadi meresap betul.
  • Kemudian barulah dibakar pada suhu 180’C selama 1 jam. Biarkan pizza betul-betul sejuk baru dikeluarkan dari loyang. Kalau nak cepat sejuk, letakkan ia dalam dulang yang diisi degnan air dan air batu.
Nota:
  • Pizza ini amat sesuai dibuat gubahan untuk majlis pertunangan ataupun hantaran perkahwinan.