PUDING COKLAT SALJU

Puding_choc

Bahan-bahan ( 10 0rang )

  • 500 ml susu segar
  • 80g-100 g gula halus
  • 25 g mentega
  • 100 g choc. masakan-dipotong kecil
  • 25 g tepung jagung dibancuh dengan sedikit susu

Cara-cara

  1. Susu,gula,mentega dan choc. masakan dimasak hingga larut dan mendidih sambil sentiasa dikacau.
  2. Kecilkan api dan masukkan bancuhan tepung jagung sambil adunan susu dikacau terus sehingga campuran puding menjadi licin.Matikan api.
  3. Puding_choc
    Masukkan adunan kedalam mangkuk2 puding yg kecil yg sesuai utk disajikan utk tetamu.Hias dgn choc. putih parut,choc. rice,kekacang cincang atau apa saja ikut selera.Simpan di dlm peti sejuk.Sedap disajikan sejuk.
  4. Puding_choc
    **Atau adunan boleh dibubuh ke dlm mangkuk2 kecil bertutup supaya mudah utk anak2 memakannya.
  5. ***Adunan puding ini tak sesuai dibubuh di dlm loyang atau bekas yg besar kerana puding ini jenis yg lembut tak boleh dipotong.

0 comments:

Post a Comment