WHITE BUBBLE RICE BISCUIT

Nie biskut terbaru zanie, rasa x berapa manis elok bagi yg x gemarkan manis, textur yg rangup sedap bila di kunyah ...

Bahannya :
  • 250 gram butter/margerin
  • 1 cawan gula halus/icing
  • 1 biji telur gred A
  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung ubi
  • 2 titik pewarna kuning
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 40 grm white bubble rice { kisar}
  • * ekstra tepung gandum & ubi 1/2 cawan*
* Hiasan > white bubble rice

Caranya :

  1. Pukul telur dan gula halus/icing sebentar dan masukkan pula butter, esen vanilla dan pewarna kuning dan gaul kesemuanya hingga rata
  2. Masukkan white bubbke rice kisar tadi, tepung ubi dan tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh jika doh masih lembik tambah ekstra tepung sedikit demi sedikit hingga jadi doh yg lembut agar senang di terap
  3. Sebelum menerap doh masukkan biji bubble tadi gaul rata, tutup doh dengan tuala basah supaya sentiasa lembut jgn biar doh terdedah. Terap doh memanjang di dalam dulang pembakar seperti dalam gambar, buat hingga habis.
  4. Bakar didalam oven pada suhu 150c selama 15 minit-20 minit

0 comments:

Post a Comment