KUIH PAU KELAPA

Bahannya :

  • 500gm tepung
  • 50gm minyak/shortening
  • 6gm yeast
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 100gm gula
  • 250gm air suam

Untuk inti
  • 1/2 biji kelapa parut yg agak muda
  • 3/4 cawan gula merah / kabung
  • 1 helai daun pandan
  • 1 s/k tepung gandum
Caranya :

  1. Masak gula merah / kabung hingga hancur kemudian tapiskan.
  2. Masukkan kelapa parut tadi bersama daun pandan kedalam air gula tadi masak dgn api yg kecil hingga campuran kelapa tadi agak pekat
  3. Masukkan pula tepung gandum gaul rata tujuan > agar inti x berderai.
  4. Angkat & sedia utk di gunakan

Caranya :

  1. Campur semua bahan kecuali air kedalam mangkuk. Gaul rata.
  2. Masukkan air sedikit2 dan uli hingga lembut.
  3. Tutup dengan cling film dan biar selama 10min.
  4. Selepas itu, ambil doh dan bentuk bulat2 kecil.
  5. Leperkan dan isi inti didalamnya. Kemudian alas dengan kertas/daun pisang.
  6. Biar lebih kurang 1 jam.
  7. Kukus selama 10min.

0 comments:

Post a Comment