MUFFIN COKLAT VERSI KUKUS

Salam semua.. hari ini baru ada free update blog, menu muffin semasa bezday anak zanie yg lepas. terlupa siapa empunya resepi walaubagaimana pun zanie bagi 5 bintang pada resepi ini sb moist N mebeles sesangat muffin nie, rasa kecoklatannya yg teramat, zanie try 1/2 adunan dapat 6 biji saiz sprt di gambar sooo pada sesiapa yg ingin mencuba meh lihat pada resepi dibawah ini ya!!



Bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 250ml susu perisa coklat
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula halus
  • 1/2 cawan butter
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 1/4 cawan minyak masak
  • sedikit esen vanilla
Caranya :
  1. pukul telur, butter dan gula hingga kembang, titiskan esen vanilla, pukul lagi hingga gebu.
  2. Ayak tepung gandum bersama koko dan baking powder, masukkan ke dalam adunan tadi..kaup balik.
  3. masukkan susu coklat, susu pekat manis dan minyak, gaul sebati.
  4. masukkan dalam loyang, tutup dengan aluminium foil dan kukus selama 45 minit...kalau nk tahan lama, kukus ler lebih masa...

Ganache

  • 1 cawan whipping cream(250ml)
  • 250gm cooking chocolate
  • 1 sudu besar golden syrup
  • 1 sudu besar butter/shortening
Caranya :
  1. cairkan coklat dgn kaedah double boiler, masukkan shortening/butter.
  2. bila coklat dah cair, masukkan whipping cream.
  3. akhir sekali masukkan golden syrup...sebatikan...

0 comments:

Post a Comment