TEMPE GORENG BERSAMA IKAN BILIS


Masakan jawa


Bahan-bahan ( 5 orang )

  • 5 keping tempe segar
  • Ikan bilis (setengah untuk digoreng dan sedikit lagi untuk ditumbuk mentah)
  • Bawang merah 5 biji
  • Bawang putih 2 biji
  • 2 sudu kecil cili giling
  • Gula sedikit
  • 1 biji asam limau kasturi
  • 1 biji bawang besar mayang kasar
  • Sedikit perencah ayam maggi

Cara-cara

  • Tempe dipotong nipis,kecil dan goreng garing
  • Ikan bilis digoreng garing
  • Tumbuk halus bawang merah, bawang putih dan ikan bilis
  • Panaskan kuali masukkan minyak sedikit
  • Masukkan bahan tumbuk tadi goreng sampai naik bau dan masukkan cili giling tadi
  • Bila sudah naik bau masukkan sedikit air dan perah asam limau kacau sampai agak pekat kemudian masukkan gula dan serbuk perencah ayam maggi
  • Akhir sekali masukkan tempe goreng, ikan bilis dan bawang mayang tadi kacau-kacau sehingga bawang tadi layu
  • Angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih

0 comments:

Post a Comment