TAUHU KUCHAI


Tahu_kucai

idea dari 'cikgu love'....

Bahan-bahan ( 3-4 orang )

  • 500 gm silken tauhu/ tauhu jepun
  • 2-3 biji bawang merah
  • 1-2 biji bawang putih
  • 1 setengah sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil minyak bijan (optional - resepi asal takde)
  • 1 sudu kecil kicap (optional - resipi asal takde)
  • secekak daun kucai
  • minyak untuk menggoreng & menumis
  • 1 sudu kecil tepung jagung dibancuh dengan 2 sudu besar air

Cara-cara

  • Tauhu dipotong ikut saiz yang disukai, kemudian goreng hingga kekuningan. Ketepikan.
  • Bawang merah & bawang putih dikisar, kemudian tumis dalam sedikit minyak sehingga wangi. Kalau suka, boleh campakkan 2-3 biji cili api.
  • Masukkan kicap, sos tiram & minyak bijan. Kemudian masukkan lebih kurang 1 cawan air. Biarkan hingga mendidih.
  • Masukkkan pula daun kucai yang telah dikerat2, masak hingga sedikit layu. Kemudian pekatkan kuah dengan memasukkan bancuhan air tepung jagung.
  • Akhir sekali masukkan tauhu yang telah digoreng tadi..kacau2 & angkat. Siap untuk dimakan.

0 comments:

Post a Comment