KAD - KAD RAYA 2008




Kad raya pengganti diri tanda ingatan dihati.

Salam dihulur maaf ku pohon moga dilebaran ini kita rayakan dengan ribuan keinsafaan di iringi jutaan kemaafan moga mendapat keberkatan dan rahmat dariNYA .

Selamat Hari Raya Aidil Fitri Minal Aidiwal Faizin Maaf Zahir dan Batin dari zanie istimewa buat teman2, adik2, kakak2 dan sesiapa saja yg sudi singgah keblog zanie.Maaf andai ada salah silap terkasar budi bicara dan bahasa dari zanie.

Kepada sesiapa yg singgah kat blog zanie nie sudi2kanlah ya bawa balik kad raya pengganti diri dari zanie nie..pilihlah mana2 kad diatas tu atau dua2 pn x kisah pilihlah yg berkenan dihati..teristimewa sekali kepada nama2 yg ada dilink sebelah kanan tuuu.!!!!

Zanie sayang kalian sume...muuuaaahhhh.!!!!!!!

CAMAT RIAYA SUME... I LAB BI U ALL


dari eiba n family.....mekacih eiba.!!

bunga nie dari embun sarawak..tq embun



yea..yea..dapat duit raya..tapi dari sape pn zanie x hingat laaa..


ini dari AlongRoz


ni plak dari ela yg nun jauh kat qattar tuu..tima kacih ela coz hingat kat zanie


kartun ni zanie lupa sape gaknya yg bagi. apapn thanx coz adiahkn kat zanie


ini dari zira fp. salam kenal yerk zira


haa..yg ni dari taukeh kek, sape lagi kalau x cik dayang.!!


ini dari satu bendera..ustazah nurhuda Pontian


ini dari UmmiEyna..maaf ummi ya..baru dapat poskan kat cni..tq UmmiEyna

KEK KUKUS GULA HANGUS

nape kek ku jadi begini ya.!! inilah kesan dari dapur kehabisan gas..baru 15 minit duk dalam..gas pn kadam alai'ie..!!!!! uwaaa...lihatlah permukaan kek yg mcm bulan gerhana tu..air dah duk atas. apapn kek ni tetap yummy, tak sampai 1/2 jam, liciiin...!!! kihkih..

ANEKA BISKUT RAYA




Inilah sebahagian dari cookies homemade zanie utk persediaan menyambut syawal yg bakal menjelma nanti. uih..perasan plak ku ini....wakaka...

BISKUT BANTAL PELUK SALOMA



Bahan-bahannya :
  • 200 grm mentega lembut
  • 100 grm gula halus / aising
  • 1 s/k esen vanilla
  • 1 biji telur - di pukul sekejap
  • 50 grm tepung jagung - ayak
  • 300-400 grm tepung gandum - ayak
  • 1 biji kuning telur - utk sapu pada biskut
  • secukup kurma - buang biji belah dua
Cara-caranya :

1. Mentega dan gula digaul sebati. Masuk telur, esen vanilla gaul lagi hingga sebati.

2. Masukkan tepung jagung dahulu, gaul rata. Masukkan pula 300 grm tepung gandum, uli sebati. Tambah lebihan tepung gandum sedikit demi sedikit jika adunan nasih lembik sambil diuli hingga doh yg lembut ( boleh dikepal ).

3. Canai agak nipis doh, potong persegi panjang. Bubuh korma dan gulung kemas2. Atur dalam dulang, sapu kuning telur diatas cookies tadi dan bakar 150c selama 15 - 20 minit / hingga keperangan.

KEK LAPIS HAW FLAKES


Kek lapis yang semestinya digemari ramai walaupun agak rumit untuk membuatnya namun kepuasan jelas terbayang bilamana apa yang kita inginkan menjadi.. lihatlah hasil air tangan ku ini. inilah kek kedua yang ku buat dan sudah pun mendapat tempahan dari rakan2 dan kenalan..terima kasih atas sokongan kalian semua

BISKUT COKLAT RANGUP

Resepi : Riezanie Collections

Bahan-bahannya :
  • 400 grm mentega
  • 400 grm tepung gandum.
  • 100 grm tepung top
  • 200 grm gula caster
  • 50 grm cocoa powder
  • 1 biji putih telur
  • 1/2 sudu teh esen vanila
Bahan hiasan :
  • 1 biji kuning telur
  • manik bentuk bintang sebagai hiasan
Cara membuatnya :

1. Putar mentega bersama gula hingga kembang. Kemudian masukkan putih telur dan putar lagi. Masuk pula esen vanilla.

2. Ayak bersatu tepung gandum, tepung top dan cocoa powder. Masukkan sedikit2 tepung tadi kedalam mentega hingga menjadi doh yg lembut dan boleh dicanai.

3. Canai dan terap ikut kesukaan masing2. sesudah itu sapukan kuning telur diatas biskut tadi.

4. Hias dengan manik bentuk bintang. Panaskan oven 150 c dan bakar hingga masak

TART NANAS DAHLIA


Resepi : Riezanie Collection

Bahan untuk membuat jem nanas :
  • 1 biji nanas
  • 1 cawan gula pasir
  • sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih
Cara-caranya :

1. Bersihkan nanas, kisar / parut hingga halus.

2. Masak atas api biar agak kering baru masukkan gula pasir.

3. Masukkan juga rempah biji tadi kedalam nanas. kacau selalu agar jem tidak hangus dgn api yg agak perlahan.

4. Bila jem agak terasa berat bila dikacau bolehlah diangkat. biarkan sejuk kerana dia akan mengental dengan sendirinya.

5. Sedia digunakan untuk biskut tart nanas dahlia.

6. Bahan adunan untuk cookies pula zanie cuma gunakan resepi biskut tart biasa.

7. Buatlah corak biskut seperti gambar diatas dengan menggunakan acuan bunga dahlia

8. Pamkan adunan atas dulang dan buboh jem nanas diatasnya. Bakar hingga masak.

BISKUT LAPIS SEMPERIT


Resepi : Hanieliza
  • 280 grm butter
  • 130 grm gula caster
  • 270 grm tepung ros / tepung biskut ( zanie guna tepung gandum )
  • 140 grm tepung jagung
  • 1 s/k coklat emulco
  • manik warna warni kecil ( zanie guna gula warna )
  • coklat cair sebagai hiasan ( zanie tak guna )
Cara-caranya :

1. Gaul butter dan gula sebati.

2. Tepung gandum dan tepung jagung di ayak bersama.

3. Masukkan sedikit-sedikit sambil diuli.Bahagi kepada 2 bahagian.

4. 1 bahagian dicampur coklat emulco dan 1 lagi biarkan adunan asal.

5. Isi adunan coklat dalam acuan semperit dan pamkan dalam loyang anggaran 2 inc panjang.

6. lepas tu pamkan pula adunan asal keatas adunan warna coklat tadi.

7. Hias ikut kesukaan. Zanie guna yang ada dalam simpanan saja. lepas tu bakar dalam oven selama 12 - 15 minit terpulang pada oven memasing.

BISKUT JEJARI OAT

Resepi : Hanieliza

Bahan-bahannya :
  • 250 grm oat
  • 430 grm tepung gandum
  • 230 gram gula caster
  • 11/2 sudu makan cocoa powder
  • 200 grm minyak sapi Ghee
  • 125 grm mentega
  • susu tepung secukup utk salut.
Cara-caranya :

1. Satukan semua bahan kecuali susu tepung. Adun hingga sebati dan lembut.

2. Ambil adunan terap ikut acuan kesukaan. Bakar dalam oven 160c hingga masak.

3. Biarkan ia betul-betul sejuk baru salut dengan susu tepung tadi.

4. Simpan dalam bekas kedap udara.

BISKUT TART NANAS


Resepi : Riezanie collections

Bahan-bahannya :
  • 250 grm mentega. zanie guna buttercup
  • 1 biji kuning telur
  • 2 sudu makan susu pekat
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil gula castor.
  • tepung gandum secukup lembut adunan.
Cara-caranya :

1. Pukul mentega hingga kembang. Masuk kuning telur kacau rata.

2. Masukkan pula gula dan garam, kacau lagi biar rata.

3.Masuk tepung sedikit-sedikit sambil diuli hingga menjadi doh yang lembut.

4. Canai doh dan terap ikut kesukaan masing-masing.

5. Bubuh inti diatasnya. panaskan oven terlebih dahulu.Bakar biskut hingga masak kekuningan