TART NANAS DAHLIA


Resepi : Riezanie Collection

Bahan untuk membuat jem nanas :
  • 1 biji nanas
  • 1 cawan gula pasir
  • sedikit kulit kayu manis, bunga lawang dan cengkih
Cara-caranya :

1. Bersihkan nanas, kisar / parut hingga halus.

2. Masak atas api biar agak kering baru masukkan gula pasir.

3. Masukkan juga rempah biji tadi kedalam nanas. kacau selalu agar jem tidak hangus dgn api yg agak perlahan.

4. Bila jem agak terasa berat bila dikacau bolehlah diangkat. biarkan sejuk kerana dia akan mengental dengan sendirinya.

5. Sedia digunakan untuk biskut tart nanas dahlia.

6. Bahan adunan untuk cookies pula zanie cuma gunakan resepi biskut tart biasa.

7. Buatlah corak biskut seperti gambar diatas dengan menggunakan acuan bunga dahlia

8. Pamkan adunan atas dulang dan buboh jem nanas diatasnya. Bakar hingga masak.

0 comments:

Post a Comment