BISKUT LAPIS SEMPERIT


Resepi : Hanieliza
  • 280 grm butter
  • 130 grm gula caster
  • 270 grm tepung ros / tepung biskut ( zanie guna tepung gandum )
  • 140 grm tepung jagung
  • 1 s/k coklat emulco
  • manik warna warni kecil ( zanie guna gula warna )
  • coklat cair sebagai hiasan ( zanie tak guna )
Cara-caranya :

1. Gaul butter dan gula sebati.

2. Tepung gandum dan tepung jagung di ayak bersama.

3. Masukkan sedikit-sedikit sambil diuli.Bahagi kepada 2 bahagian.

4. 1 bahagian dicampur coklat emulco dan 1 lagi biarkan adunan asal.

5. Isi adunan coklat dalam acuan semperit dan pamkan dalam loyang anggaran 2 inc panjang.

6. lepas tu pamkan pula adunan asal keatas adunan warna coklat tadi.

7. Hias ikut kesukaan. Zanie guna yang ada dalam simpanan saja. lepas tu bakar dalam oven selama 12 - 15 minit terpulang pada oven memasing.

1 comments:

Intan dan Shahrul Fitri said...

Nampak menyelerakan laa..cantikk

Post a Comment