HOMEMADE WHIPPING CREAM

salam bersua kembali... lama x update blog, huhuhu... hangin malezzz melanda la....ohya pada yg inginkan resepi whipping cream sila klik disini ya!! hihihi ....ringkas beno zanie sembang yerkkk... dah ngantok nie. kkk... camat malam ^_^


FOOD WARMER


Salam semua ..... zanie nk promosi nie, hehehe... ada sesiapa yg nak cari bendealah nie x? kalau ada sila email zanie sementara stok masih ada. Harga? lupa la plak... huhuhu..... x mahal cuma rm32 shj tapi tidak termasuk pos ya!! kena tambah rm10 utk kos penghantaran sooo sape cepat dia dapat. CEPAT - CEPAT stok terhad tau jgn x order nanti rugi, susah tau nak cari, boleh buat cekelet dgn x susah2 nak pakai periok sb dah ada FW nie. N 1 more... nantikan N3 seterusnya dari zanie utk sesiapa yg minat dgn CHOC BOX yg cantik dan comel2... TUNGGUUUUU!!!! pasti anda tertawan

HOMEMADE SARDIN

Dah lama simpan resepi nie tapi baru ada masa utk mencubanya. zanie x hingat skodeng umah sape masa tu, zanie kopi aje N simpan resepinya, apa yg pasti tuan resepi asal adalah dari umah En Mat Gebu . Terima kasih ya pada tuan empunya resepi dan juga tuan empunya umah zanie minta izin c/p resepinya, komen dari zanie, errmmm... memang sedap... rugi pada yg x mahu / belum mencubanya


BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 700 g ikan tuna ( zanie guna ikan sardin )
  • 1/2 cawan tomato puree
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 25 g bawang putih*
  • 80 g bawang merah*( zanie guna bwg kecil)
  • 20 g halia*(dikisar halus)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 1/2 cawan air


CARA MEMBUATNYA :-)


1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
4. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
5. Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.


**Bila menggunakan ikan sardin nie kena masak lama sikit kot sb bila zanie ikut step yg ke3 - 4 tulang ikan tu belum berapa lembut so zanie tambahkan sikit lagi air N masa memasaknya ditambah lagi 1/2 jam barulah tulang ikan tu benar2 lembut.... namun ikan tetap cantik.. x hancur

sekian, selamat mencuba.... wassalaaammmm


NASI LEMAK AYAM TANDORI



Salam bersua kembali.. N3 nasi ayam tandori menu dinner yg lepas , saje tukar selera tapi x rugi order menu nie, cukup rasa, seeedap sangat...... jom makan!!

PLASTIC MOULD PERMINTAAN MELALUI EMAIL

Memula tu x de niat dihati nak letak rege / buat buat jualan utk mould nie tapi atas permintaan email dari seseorang minta zanie bagi rege mould tu sooo dgn ihsan zanie, disini dgn memberanikan diri zanie cuba berkongsi N sertakan berat serta harga jika ada guest yg teringin nak order.. pada sesiapa yg berminat / TIARA n AA...kalau ada yg berkenan, email zanie ya dan harap anda sedang melayari blog RRC ya!!

Berat 1 biji choc >> 22grm
Harga > RM 5.50 each
18 cavities

Berat 1 biji choc > 22grm
Harga > RM 5.50 each
18 cavities

Berat 1 biji choc > 12grm
Harga > RM 5.50 each
30 cavities

Berat 1 biji choc > 22grm
Harga > RM 5.50 each
18 cavities

Berat 1 biji choc > 22grm
Harga> RM 5.50 each
16 cavities

Berat 1 biji choc > 12grm
Harga >RM 5.50 each
46 cavities

Berat 1 biji choc > 12grm
Harga > RM 3.70 each
4 cavities

Berat 1 biji choc > 12grm ( SOLD OUT )
Harga > RM....
10 cavities

MEHOON SUP DAGING KORBAN


Dah berkurun rasanya zanie x buat mehoon sup nie selalunya bila tekak terasa nak makan aje zanie order..kt mane lagi? ala kan ada chef tanpa gaji, tapi walau x bergaji order kena bayo tau, huhu ... 1 mangkuk rm3. memandangkan daging korban tu masih ada stok lagi dlm freezer, zanie pn masak guna presure cooker cepat sikit masak x yah tunggu berejam.Kebetulan anak zanie yg ambil SPM ada balik rumah semangat sikit la bila makan ramai2. Berpeluh2 diaorg makan sb pedas sambal kicap tuuu. HB kata "nie kalau org demam bagus nie kua semua peluh dingin" hehehe... seronok kan bila masak nie ada yg bagi perabih x la membazir masa duk di dapur.

Jom silakan makan!!!!


YEA !! YEA !! YEA !! PERCUBAAN KE 4 KU BERJAYA

Puas gakla zanie nak dapatkan coklat yg lebih kurang sama dgn coklat krispi yg ada di pasaran, puas zanie try resepi2 yg zanie cari hasil skodeng dapur rakan2 tapi mcm x menepati rasa x tau la mungkin dari segi kualiti coklat tu dgn yg zanie guna ke atau sb ada bahan tambahan lain, zanie pn x pasti tapi zanie kuatkan semangat dan x putus asa utk mencari satu kepuasan maka zanie pn olah sendiri banyak kali juga zanie try buat mungkin ini kali yg ke 4 sampai 2 hari yg lepas zanie buat , habis semua coklat yg zanie buat pergi tong sampah... huh!! penat wooo.. sib baik ada 3 - 4 ketul stok cooking coklat dirumah kalau tidak mangkau gak la nak modal utk try kali yg seterusnya.Alhamdulillah percubaan kali ini bolehlah dikatakan memuaskan sb my HB nie cerewet sikit soo dia la yg tukang rasa selalunya air muka dia akan berkerut bila merasa makan yg x boleh di terima oleh tekaknya tapi mlm semalam dia tersenyum lebar dan mengatakn ERRRMMM .... SEDAAAAPPP x mcm yg lepas2 ada perubahan rasa. hehehe .... tengkiu CAYAAANG !!!! apapn pada sesiapa yg ingin mencuba zanie turunkan resepinya di bawah ini cuma zanie ada ubah suai sikit ikut citarasa tekak zanie N family... resepi dari kak Hanieliza, ampunkan zanie ya kak, zanie mandai2 tokok tambah sikit pada resepi akak tuuu ....jom kita lihat apa resepinya ya!!!

MAAF YA PICS2 DI BAWAH NIE X TERANG SB GUNA HP CAMERA SAJE
LAYAN AJE LERRR ....

coklat ku yg sedang berpozing, hehehe......

Berat 1 biji 22 grm

berat 1 biji 12 grm

berat 1 biji 12 grm


mint layer milo coklat, sedaaapppp ....nyaman masuk tekak

creamy peanut butter

bluberry

isi > creamy peanut butter & blueberry


perasa mint & yg dah di layer dgn milo coklat

Bahan

  • 300 gm cooking coklat [jual kat kedai bakery tu]
  • 50 gm cocoa butter
  • kekacang [badam/hazel/walnut..kismis]
  • acuan coklat
  • perasa tambahan dan isi ikut selera dan citarasa memasing

Cara

1. Cincangkan semua bahan dan masukkan dalam bekas tahan panas.
2. Letakkan dalam kuali berisi air dan panaskan sehingga coklat cair.
3. Tuangkan coklat dalam acuan coklat.
4. Masukkan beberapa biji kacang atau kismis. Tekan dengan garfu sampai tenggelam. Sejukkan
5. Keluarkan dari acuan [tekan ditengah bekalang acuan saperti keluarkan air batu]
6. Hidangkan.

***Asal resepi nie zanie buat ia jadi mcm keras sikit mcm yg kak Hanieliza kata tapi zanie dah ubah suai dan tambah sikit bahan utk menaikkan rasa lemaknya..
*** Utk yg inginkan textur coklat yg lembut ( x keras kaku walau di luar suhu bilik ) bergantung pada jenis coklat yg di gunakan....


SELAMAT MENCUBA !!!!!


MENU YG TERTANGGUH

ikan bilis goreng, sambel totok, daging masak kari, ulam kacang botol

daun sup yg x berbajake x cukup air ... layuuuuuu .....huhuhu ...



Menu nie biasa2 saje, sesiapa pn boleh buat tapi sesakli mcm nie kan pembuka selera lagi2 buat org yg sedang demam dan x de selera nak makan. betul x? BETUL3X

TOMYAM CAMPUR

Jom try buat tomyam makan dgn nasi putih , sedap woooo ....

Bahan-bahan
  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 4 ekor sotong ( di potong kecil )
  • 5 ekor udang sederhana besar
  • 4 kuntum cendawan tiram
  • 2 biji bawang besar (dihiris bulat)
  • 3 biji bawang putih (ditumbuk kasar)
  • 15-20 batang cili padi merah (ditumbuk kasar)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 1 sudu besar pes tom yam
  • 4 helai daun limau purut
  • 2-3 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • 3-4 cawan air
  • garam & perasa
  • sedikit minyak
  • sayur-sayuran (bunga kobis, jagung muda, tomato)

Cara-cara

  • Panaskan minyak dlm periuk. Tumis bawang putih hingga wangi dan perang.
  • Masukkan ayam, kacau sekejap dan tutup periuk sebentar (supaya jus ayam keluar).
  • Masukkan air dan biarkan mendidih. Setelah itu masukkan serai, bawang besar dan daun limau.
  • Masukkan cili padi, pes tom yam, garam serta perasa.
  • Kemudian masukkan sayur-sayuran dan biarkan sekejap.
  • Last skali, masukkan jus limau, kacau sekejap dan matikan api.
TIPS: Tom yam yg enak, ade sedikit rase pedas, masam dan wangi dari aroma daun limau.


TRY BUAT WHIPPING CREAM

Entah apa mimpi tetiba zanie tergerak nak try buat whipping cream nie, yg sebenarnya zanie pn x tau apa rasa whipping cream tu sb x pernah guna puas zanie cari resepi utk membuatnya last2 skodeng punya skodeng dapat la kat 1 lama web cara2 membuatnya sooo zanie pn try laa ..tapi x snap gambar step by stepnya. apapn zanie x pasti apa rasa sebenar whipping cream tuu.. nak beli yg ada di pasaran agak meragukan plak laaa ... layan gambar la ya!! Pada sesipa yg dah biasa guna whipping cream boleh la kongsi & bgitau zanie mcmmane rasanya ya!!! boleh kongsi rasanya nanti. BABAIIIIII .....


MY CHOC PLASTIC MOULD





Semalam beli mould nie ada 6 corak yg berbeza, saje beli nak tambah koleksi, x tau la bila nak start guna heheh .....


KEK PISANG @ MINI MUFFIN PISANG

Dah banyak kali buat kek pisang nie rasa mcm x payah la nak tempek resepinya disin pada yg ingin tahu apa bahan2nya sila pergi ke kategori KEK dan klik ya!!!



Nie saje buat versi saiz muffin, comel kaan ? hihihi ...


SAMBAL TOTOK & KACANG BOTOL

Buatkan HB masa dia demam, makan dgn nasi panas, bilis goreng dan ulam kacang botol. Perrrgghhh ... sedap tuuu .... jgn ngences ya!! hikhikhik ... Saje tumbok kasar2 baru terasa kalau di kunyah tapi kaan silalah lihat biji cili tuu boleh tersumbat usus waaaa ....apapn memang sedap bila digandingkan kacang botol sebagi ulam2 mannya


Campuran sambal totok nie simple saje
Garam , Gula, Perasa secukupnya
cili api ikut pedas > 2 biji lada merah besar > 1/2 biji bwg besar > segenggam ikan bilis >>> kesemunya di goreng hingga layu dan ikan bilis 1/2 masak > angkat dan tumbuk lumat sesuaikan rasa pedas, masin dan lemaknya


kacang botol nie masih fresh lagi sb petik di mini kebun zanie hehehe..

BLUEBERRY MUFFIN ALA UMMI




Bahan:-

  • 125 gm butter
  • 150 gm gula kastor
  • 2 biji telor
  • 250 gm tepung kek/tepung gandum
  • 1 sudu teh serbuk penaik
  • secubit garam
  • 70 gm susu segar UHT
  • 1/2 cawan inti blueberi
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat:-

  1. Preheat oven pada suhu 180C. Pukul mentega dan gula hingga gebu dan putih. Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul sebati.
  2. Masukkan esen vanila. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam. Masukkan ke dalam adunan mentega tadi berselang seli dengan susu sambil digaul rata.
  3. Sudukan ke dalam acuan kertas separuh cawan kertas dan letak filling. Kemudian letak sedikit adunan lagi di atas cawan kertas. Bakar pada suhu 180C selam 20-25 minit.



SUP DAGING KORBAN


Nak sembang apa ya? huhu x dek modal laaa ... jeling2 gambar aje lerrr .....