HOMEMADE SARDIN

Dah lama simpan resepi nie tapi baru ada masa utk mencubanya. zanie x hingat skodeng umah sape masa tu, zanie kopi aje N simpan resepinya, apa yg pasti tuan resepi asal adalah dari umah En Mat Gebu . Terima kasih ya pada tuan empunya resepi dan juga tuan empunya umah zanie minta izin c/p resepinya, komen dari zanie, errmmm... memang sedap... rugi pada yg x mahu / belum mencubanya


BAHAN-BAHANNYA :-)

  • 700 g ikan tuna ( zanie guna ikan sardin )
  • 1/2 cawan tomato puree
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 25 g bawang putih*
  • 80 g bawang merah*( zanie guna bwg kecil)
  • 20 g halia*(dikisar halus)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 1/2 cawan air


CARA MEMBUATNYA :-)


1. Ikan tuna dibersihkan, potong sederhana besar, buang kepalanya. Perap dengan sedikit garam dan jus limau nipis selama 10 minit. Cuci bersih dan toskan.
2. Dalam periuk tekanan, panaskan minyak masak, masukkan bahan kisar halus dan tumis hingga harum, masukkan tomato puree dan masak hingga terbit minyak. Tuang air dan masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
3. Bila mendidih, masukkan ikan tadi, kacau rata dan tutup periuk tekanan. Pasangkan injapnya dan bila periuk mengeluarkan wap dan bunyi "berdesir", kecilkan api dan biar masak perlahan selama 1 jam (ikut cara guna pada periuk tekanan masing2)...
4. Cukup waktu, bawa periuk tadi dalam sinki dan alirkan air paip atasnya sehingga wap dalam periuk habis, buka tudungnya dan periksa keadaan ikan, selalunya pada masa ini ikan masih kekal dalam bentuk asal, tapi tulang2nya menjadi lembut seperti sardine dalam tin.
5. Boleh lah dimasak mengikut kreativiti masing2. Nak buat sandwich pun boleh, nak cicah dengan roti pun boleh..atau goreng macam kita masak sardine biasa.


**Bila menggunakan ikan sardin nie kena masak lama sikit kot sb bila zanie ikut step yg ke3 - 4 tulang ikan tu belum berapa lembut so zanie tambahkan sikit lagi air N masa memasaknya ditambah lagi 1/2 jam barulah tulang ikan tu benar2 lembut.... namun ikan tetap cantik.. x hancur

sekian, selamat mencuba.... wassalaaammmm


0 comments:

Post a Comment