MENU HARI INI

Hari ni zanie goreng beehoon jerk. Rasa letih sangat hari ini.

Sebelah mlmnya zanie buat kek batik marie

Teringin plak nak mkn sbb awal raya x sempat nak buatlah katakan tapi x berapa cantik laa.. Resepi ni zanie dapat semasa duk disabah dulu dari seorang kawan yg berasal dari sarawak( sekitar 1986 - 1992 ). Dulu kek ni di sebut dodol sarawak. Zanie pn x tau apa yg menyebabkan kek ini dinamakan dodol sarawak maybe kerana ia dibungkus menyerupai dodol kot. Masa tu di Johor x ada lagi zanie jumpa kek ini. Rasanya zanielah org pertama yg bawa resepi ni balik ke Johor ( pontian ) ceewaahh..!! perasan plak haku ni. ialah.. sbb sepanjang zanie beraya di rumah sahabat handai x kelihatan pn melainkan dirumah ibu & bapa zanie. itu pn zanie yg buat...tetamu yg berkunjung kerumah kebanyakkannya pulang dgn membawa resepi ini. Sooo....Pada sesiapa yg ingin mencuba, zanie sertakan resepinya ya...

KEK BATIK MARIE / DODOL SARAWAK

Bahan - bahannya
  • 1 tin kecil susu pekat
  • 1 tin kecil milo
  • 1/2 cawan marjerin
  • 1/2 kati kacang tanah ( sangai dan buang kulit dan tumbuk agak kasar )
  • 60 keping biskut marie dipecah 4
  • bijan sangai secukup untuk hiasan.

Cara - caranya

1. Ambil bekas agak besar zanie guna kuali jerk satukan susu pekat milo dan marjerin kacau bersatu.

2. Panaskan atas api kacau bahan2 tadi hingga cair dan agak pekat dgn menggunakan api yg agak kecil supaya bahan2 tadi tidak hangus.

3. Bila telah pekat dan kelihatan berkilat masukkan kacang kisar dan biskut tadi kacau cepat2 kerana ia akan cepat mengeras bila sejuk.

4.Kalau nak lebih rasa coklat boleh ler kurangkan biskut terpulang pada citarasa masing2.

5. Angkat kuali dari api dan cepat2 masukkan dalam acuan yg disukai tekan2 agar mampat dan taburlah dgn bijan sangai tadi tekan2 sekali agar bijan tadi melekat.

6. Biar sejuk dahulu sebelum dipotong.

0 comments:

Post a Comment