CHOC CHEESE MARBLE ALA MUFFIN

cheese ni zanie bubuh diatas dan di lorekkan

yg ni bubuh di dlm lorek x berapa cantik

Resepi dari umah rinn, sori rinn zanie cilok resepi rinn ya !! terima kasih memang sedap sangat

Bahan A

  • 180gm mentega
  • 20gm serbuk koko
  • 1 sudu teh baking powder
  • 120gm tepung naik sendiri (Diayak bersama serbuk koko & baking powder)
  • 170gm gula castor
  • 3 biji telur
  1. Pukul butter dan gula hingga kembang. Masukkan telur sebiji demi sebiji, kacau sebati.
  2. Masukkan campuran tepung+baking powder+serbuk koko. Gaul rata dan bahagi kepada dua bahagian.

Bahan B

  • 250gm cream cheese
  • 60gm gula castor
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla
  1. Pukul cream cheese sampai kembang, campurkan gula, telur dan esen vanilla. Pukul lagi sampai kembang dan rata.

Cara

  1. Tuang satu bahagian A ke dalam loyang. Ratakan. Tuang aduanan cream cheese di atasnya dan ratakan, tuang sebahagian lagi bahan A dan ratakan.
  2. Bakar pada suhu 165 darj cel selama 50min-60min ikut oven masing-masing. Seeloknya dibiarkan sejuk dulu sebelum dipotong.



LONTONG & AYAM MASAK MERAH

Nie di antara resepi2 yg terlepas tarikh dah Q, bukan apa sehari 2 nie zanie x berapa sehat utk membloging, opis pn dah berapa hari x berasap atas sebab2 yg x dapat di elakkan bukan x ada tempahan tapi kesihatan yg x mengizinkan zanie aktif buat masa terdekat nie so zanie kena tolak dgn cara terhormat utk terima tempahan. Apapn utk mengisi masa lapang sementara tunggu opis di buka semula zanie nak N3kan resepi2 yg tersadai hampir 1 minggu nie .
Dah beberapa hari lepas menu nie zanie buat mcm terliuq plak nak makan maalumlah ragam org demam mcm2 nak ......

NASI HIMPIT

AYAM MASAK MERAH

MASAK LODEH

SAMBAL KACANG

TEPUNG GOMAK


Bahannya :

  • 300gm tepung pulut
  • 300g tepung kacang hijau
* Bahan untuk inti *
  • 150gm gula merah
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1 bj kelapa parut
  • 1/2 st tepung gandum
  • 1 helai daun pandan

Cara-cara

  • Masak gula merah dan gula putih hingga gula larut. Masukkan daun pandan dan dimasak sehingga gula menjadi pekat.
  • Masukkan kelapa parut dan dikacau hingga sebati. Angkat dan sejukkan terlebih dahulu.
  • Gaulkan tepung pulut dengan air dan sedikit garam sehingga menjadi adunan yang kental.
  • Ambil sedikit adunan dan bulatkan kemudian dileperkan.
  • Masukkan inti dan dibulatkan dan dileperkan semula.
  • Masak air mendidih dan masukkan adunan yang telah siap.
  • Masak hingga ianya timbul barulah diangkat dan ditoskan (sama mcm buat buah melaka)
  • Golekkan dalam tepung kacang hijau dan aturkan dalam piring untuk dihidangkan.

BUBUR MERAH + PUTIH BERDURIAN

Lama eh x update blog nie ..huhuhu ....sementara tunggu result dari doctor bleh gak N3kan resepi2 yg dah terlepas tarikh, lagi pun opis blum beroperasi lagi. Kepada yg membuat
tempahan harap maaf ya!! zanie terpaksa tolak secara terhormat atas sebab2 yg x dapat di elakkan. oh ya !! meh tengok apa zanie hidang pada hari ini. jengjengjeng ........

BUBUR MERAH PUTIH BERDURIAN

Bahan utk bubur nie ;

Beras pulut
gula kabung
gula pasir
santan pekat
sedikit garam
beberapa ulas durian
beberapa helai daun pandan

masak beras pulut bersama durian hingga pulut empuk. asingkan sedikit pulut tadi utk buat putihnya. [ lihat dlm gambar ] masuk pula2 jenis gula secukup manis diikuti garam kacau sebati akhir sekali masukdaun pandan , santan pekat biar mendidih dan sedikit pekat sambil di kacau agar x hangus. sedia utk dihidang

INGIN MERASA CUPPIES n CHEESETART?

PROMOSI MASIH DI BUKA !!!!!!!

ASSALAMUALAIKUM ......

Kepada warga sekitar PONTIAN saja,

Jika ada yang ingin merasa BLUEBERRY CHEESETART

PINEAPPLE CHEESETART , KEK GULA HANGUS juga KAPPIES [ CUPCAKE ]

dari air tangan zanie, jangan segan, MEH! EMAIL ZANIE YA ...... / PADA YANG ADA NO

HP ZANIE SMS AJE


tapi 2 hari sebelum penghantaran tau !!

pembelian lebih dari 15BIJI KAPPIES > RM 5 untuk kos penghantaran,

deco ikut suka zanie ya! x boleh demand tau.... eheheh.

jangan lepaskan peluang ini sb HARGA BIASA 1 BIJI RM 1.60

* KEPADA YANG DILUAR PONTIAN BOLEH DIPERTIMBANGKAN *

meh kita lihat di bawah nie .....

contoh cistat

BLUEBERRY CHEESETART 50 biji hanya rm 26 - free delivery

isi blueberry + creamcheese

************************************************************************************

PRODUK TERBARU DARI ZANIE

PINEAPPLE CHEESETART 50 biji > rm 29 ni harga promosi [normal rm 32 ]

inti jem nanas [ zanie buat sendiri bukan beli ]

* maaf ..!! contoh gambar blum dapat nak N3 disini

***************************************************************************************
contoh kappis

KAPPIES 20 biji/more >rm ...+rm5

for delivery > normal 7

kurang dari 15 biji -

harap ambil sendiri

contoh kek gula hangus

KEK GULA HANGUS 1 kg > more/less =


rm 14 + rm 5 for delivery

**********************************************************************************
PILIH MANA YANG BERKENAN DI HATI


jika inginkan BLUEBERRY + PINEAPPLE TART
penghantaran percuma

jika inginkan CHEESETART + KAPPIES
penghantaran percuma

jika CHEESETART + K.G.H. >
penghantaran > rm3

jika KAPPIES + K.G.H. >
penghantaran rm5

jika inginkan KETIGA2 produk >
penghantaran percuma

PERTANYAAN

2 hari x update rasa mcm dah lama sangat... sori ya kawan - kawan . 2, 3 hari nie rasa badan nie mcm berangin semacam je, sekejap demam sekejap reda , x taulah kenapa
tapi hari nie rasa ringan sedikit badan , soo ... zanie cuba jwb pertanyaan dari email disini ya sb internet kat umah zanie ni ada sikit problem, selow gilozzz mcm siput ciputtttt .........

Kepada yg bertanya zanie lupa nama kalian, apapn zanie cuba jwb .......

1. zanie guna loyang - oval > 7 x 2 in / 8 x 2 in

2. Guna api atas bawah ya!! test dengan lidi jika kek x lekat pada lidi dah masaklah tuuu

3. Pada zam757 - kalau blum terima resepi tu bagi tahu ya!!!

4. Untuk mashita - insyaALLAH nanti zanie emailkan resepi yg dikehendaki ya!! mcm kenal ya mashita nie adik beradik ke dgn tukang urut tuuuu

KEK PISANG SEDAP


Bahannya :

  • 4 biji pisang medium size di lecek (boleh guna pisang Montel)
  • 1/2 cawan minyak jagung
  • 1 1/2 cawan tepung
  • 1 sudu teh soda bicarbonate
  • 1/2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh cinnamon powder
  • 1 sudu teh esen vanilla
  • 1/4 cawan plain yogurt drink
  • secubit garam
  • 1/2 cawan gula putih
  • 1/4 cawan gula perang
  • 3 biji telur

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 darjah. Lenser tin kek dengan sedikit marjerin.
  2. Ayak bersama tepung, soda, baking powder, garam, cinnamon powder. ketepikan.
  3. Di dalam satu mangkuk, pukul gula dan telur hingga sebati. Masukkan minyak, pisang, dan tepung sedikit demi sedikit. Kacau hingga sebati. Masukkan esen vanilla. Akhir sekali masukkan yogurt drink.
  4. Tuang dalam tin kek dan bakar selama 35-40 minit.
  5. Texture kek ni lembab dan gebu.

ASAM PEDAS AYAM


Dah lama x masak ayam mcm nie rindu gak nak makan yang pedas2, resepi simple aje , alaaa .... bahan2 mcm masak asam pedas ikan gak la , sooo ....mudah kan? letak daun kesom lebih2, errmmmm !!! harum dan sodap seh .....!!!! ari ni cuci mata aje la .... x ada idea nak naip lebih2 pasal resepi nie , hikhikhik ...... sbnya , semalam opis tutup, merdeka sekejap, tiba ari nie nak start semula jadi mcm liat cikit la ... customer dah coling2 tanya dah siap ke cistat nanas saya, huhuhu ....... alahai badan ..... kena gerak juga la ko badan jangan dipikir2kan lagi , bila dah siap kan nanti tinggal kira gaji aje wei. wakaka ..........caya laaaa ......so caryyyyy on beb !!!!!!
wokey laaa ... . azan menandakan solat jumaat sedang berkumandang . salam di hari jumaat semuaaaaaa


DEMAM CISTAT MELANDA






tempahan ke 2 melalui SMS :

1. Shamsiah > 50 biji <> stoberi
2. Nur kontrektor > 50 biji <> blue + stoberi
3. Marsih > 50 biji <> blueberry
4. Shamsiah > K. G. H. > 1 biji -> Kapis 1 bekas
5. Nur kontrektor > Kapis 1 bekas
6. Marsih > K.G.H. > 1 biji -> Kapis 2 bekas

Alhamdulillah dengan tempahan yang zanie terima ini menguatkan lagi azam zanie untuk terus maju kehadapan. terima kasih pada yang setia pada ordernya. Moga ALLAH memberkati rezeki yang zanie terima . ikuti N3 yang seterusnya dengan tempahan pineapple jem cistat

* Zanie akan panjangkan promosi SMS nie dalam N3 yang akan dtg melalui email pula , harap ada yang sudi jengah2 / intai2 blog zanie .....

CADBURY DALAM MUFFIN

Bahannya :
  • 13/4 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula castor
  • 2 biji telur
  • 3/4 cawan coco powder
  • 1 1/2 s.t soda bicarbonate
  • 1 1/2 s.t baking powder
  • 1 s.t esen vanilla
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan susu segar
  • secubit garam
  • 1/2 cawan minyak masak / butter yg telah dicairkan
  • Cadbury / candos secukupnya
Caranya :

  1. Ayak bahan bercampur [ tepung gandum , baking powder , baking soda dan coco powder .]
  2. Pukol telur dengan gula sampai kenbang.
  3. Masuk esen vanilla juga garam.
  4. Masuk bahan ayakan tadi bersama minyak dan susu secara berselang seli hingga habis.
  5. Akhir sekali masukkan air panas , adunan akan menjadi cair.
  6. Sediakan kertas cawan tuang adunan tadi 3/4 penuh, patah - patahkan coklat bar tadi dan tabur diatasnya.
  7. Bakar selama 15 - 20 minit .
  8. Selamat mencubaaaa .....

DEMAM CISTAT


PACK 15 BIJI


Order pertama dari promosi melalui SMS :

1. Kak Sara > 100 biji <> blueberry { katanya nak bawa ke pi muar }
2. Hadijah > 50 biji <> blueberry + stoberi
3. Shamsiah > 15 biji <> nak test yang rasa stoberi katanya
4.
5.

tengkiu semua .... zanie x tau nak cakap apa sb U all x pernah jemu utk menjamah dari hasil air tangan zanie ^_^ . U all the best 4 me

KUIH BIJAN aka KUIH BOM


Bahan untuk kulit:

320gm ubi kentang direbus dan dilenyek
360gm tepung pulut
80gm tepung gandum

150gm gula kastor
200ml air
1 sd teh garam

Cara:

1. Sebatikan bahan menjadi doh.

Bahan utk inti:

250gm gula merah ( baya kurangkan gula 50gram)
200gm gula putih 200g( gula dikurangkan 50gram)
350gm kelapa ( kita pakai kelapa kering so kena tambahkan air utk lem
bapkan sikit)
1 sd teh garam
1 sd besar tepung gandum
3 helai daun pandan

Cara:
1. Larutkan gula dulu then tapis letak dlm kelapa…kacau sampai pekat dan kering
kemudian masukkan yg lain lain.

Cara:

1. Timbangkan doh seberat 30gm , leperkan masukkan inti.
2. Sebelum golekkan dgn bijan, sediakan air semangkuk, golek kuih bom d
lm
mangkuk air.
3. Dan golek bijan, insyaallah bijan akan melekat pada kulit dgn eloknya.
4. Kemudian goreng dan sedia dimakannnn......



BUAT UTK MAKAN2


Buat kek nie untuk makan2, kesian plak kat anak2 asik tengok mamanya buat utk orang aje , sooo ..... ada free zanie adjust time buat utk makan sendiri plak .Kepada sesiapa yang email zanie mengenai resepi kek ini sehari 2 lagi insyaALLAH akan zanie emailkan ya!!!

MUFFIN OREN PURPLE


Bahan:-


180 gm mentega

140 gm gula halus

2 biji telor gred A

100 ml susu segar

220 gm tepung gandum ] disatukan dan

1 camca teh baking powder ] diayak

1 camca teh oren emulco

2 titik pewarna ungu [ zanie guna purple emulco ]


Cara Membuat:-


1. Putar mentega bersam gula hingga putih. Tambah telor satu persatu sambil terus memutar hingga kembang.

2. Perlahankan speed, masukkan tepung berselang-seli dengan susu hingga habis. Gaul rata.

3. Bahagi kepada 2 bahagian. 1 bahagian masukkan oren emulco dan 1 bahagian lagi bubuh warna ungu

4. Sudukan adunan ke dalam muffin cup/papercup yang dialas dengan acuan muffin 3/4 penuh macam dala gambar tuuu ....

5. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan terlebih dulu pada suhu 175C selama 18 - 20 min.

6. Sejukkan atas wire rack sebelum dihidang.




PROMOSI CUPCAKE


CONTOH: 1 PEK 5 BIJI RM 5.50

Minggu yang agak bz dengan promosi dan tempahan. Kek gula hangus , cheesetart adalah produk yang mendapat sambutan yang agak memberangsangkan dan satu lagi produk zanie yang terkini, apa agaknya ya? haa ... tu yang diatas tu laaa .....CUPCAKE !! kapis nie ada rasa oren , epal dan keladi. Topingnya zanie guna buttercream. zanie bubuh perisa oren , coklat , stoberi. Apa respon diaorang dengan promosi ini kita nantikan sama - samaaaa ......


KUIH KASTURI aka KUIH RENGAS

Kuih yang ada 2- 3 nama , selalu orang Johor sebut kuih ni kuih kasturi x susah membuatnya dan semestinya semua dah tahu resepinya kaan ? soo ... kita tengok gambar ajeee ....

BUAH - BUAHAN TEMPATAN

Buah2an nie dari dusun dikg .... layan gambarlah X ada nak sembang apa .... saje nak penohkan menu disini . hehehe .....







AYAM SWEET SOUR




BAHANNYA :
  • 3 keping dada ayam - potong kiub besar
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • sedikit kunyit garam & pepper
  • Gaul semua dan goreng.
BAHAN SOS :
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 in halia
  • 3 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar plum sos
  • 1 sudu besar gula perang [ zanie x guna ]
  • sedikit air
  • Garam secukup rasa
Cara-caranya
  • Kisar bawang2 & halia tumis dgn sikit minyak. Masukkan semua sos dan air reneh masukkan ayam sesuaikan rasa. Boleh letak bell pepper, tomato biji jika suka.

KEK OREN MARBLE

Salam bersua kembali ...ececeh ... terasa lama betul x update blog nie. Akhir2 nie zanie agak bz ckit, x dapat nak ngadap PC, ada gaklah 1, 2 resepi yg dah tertinggal tarikh tapi x apalah. apapn zanie tetap akan N3kan disini ...resepi yang tersimpan dalam peti besi ...


KEK OREN MARBLE

Resepi dari dapur yatie cooking , zanie C/P ajelah x larat nak menaip laaa .... penat jari jemari nie huhuhu ....... meh kita layan resepinya
kek nie memang gebus mebus cuma zanie terlebeh bakar jadi coklat pada kek nie agak terasa pahit sedikit tapi apapn tetap sedap. lihatlah pada montot kek tu, gelap kaaannnn .....ehehehehh


Bahan:

  • 4 biji telur
  • 100g gula pasir (kalu nak manis tambah skit lai)
  • 1 camca besar ovalette
  • 25ml pati santan/susu segar
  • 50g minyak jagung
  • 100g tepung gandum **
  • 1/2 sudu teh garam halus **
  • 1/2 sudu teh baking powder ** (** digaul & ayak)
  • 1 sudu teh orange paste
  • pewarna oren (kehabisan warna oren jadi Yatie pakai warna kuning telur)
  • 1 sudu teh serbuk koko
  • 1/2 sudu teh esen vanilla
  • 1 sudu teh coklat emulco
Cara:


1. Putar gula + ovalette hingga rata. Masukkan telur & putar dgn kelajuan tinggi hingga kembang & pekat
2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit & putar pada kelajuan perlahan.
3. Tuang minyak jagung & pati santan, gaul hingga sebati
4. Adunan dibahagi 2. Satu adunan dicampur esen vanilla, coklat emulco & serbuk koko. Satu adunan lagi orange paste + pewarna
5. Masukkan adunan koko & pandan berselang seli ke dlm acuan
6. Bakar dlm oven 180C selama 30 minit bergantung pada oven masing-masing


MAMA ROTI @ MAXICAN BUN

Beli maxican bun nie waktu jenjalan di econsave, masuk aja kat ruang tengah mengaruk bau maxican bun nie sampai berkeruncung perut ... mcm terpanggil2 supaya membelinya. selalu gak zanie beli sb sedap sangat bun nie, lembut di dalam dan rangup diluar. eh! meh ler ... jemput makan.zanie lapar nie, ermmm ...yumyumyummmm ^_^

SUP KAMBING SPECIAL


Bahannya :
  • 500 grm daging lembu
  • 1 labu bwg merah
  • 2 ulas bwg putih
  • 1 inci halia
  • sebatang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 iji buah pelaga
  • 2 bj kentang
  • 1 btg lobak [ zanie x letak ]
  • 1 mangkuk air panas br masak
  • lada sulah, garam, ajinomoto dan stok ayam
  • daun sup, daun bawang & bawang goreng

Cara-cara

  1. Rempah2 direndam dalam air panas menggelegak,biarkan hingga air tersebut suam & toskan rempah2 tersebut. Air rendaman turut disimpan.
  2. Bwg merah & bwg putih dikisar halus. Halia ditumbuk sedikit jgn sampai lumat. kentang dipotong 6
  3. Panaskan minyak dan tumis bawang hingga naik bau. Kemudian masukkan halia & rempah2 yang telah direndam. Tumis sebentar.
  4. Masukkan daging dan gaulkan supaya bercampur dengan rempah yg ditumis. Biarkan selama 10minit
  5. Masukkan air rendaman rempah tadi beserta 1 mangkuk air lagi. Jika mahukan kuah sup lebih boleh tambah lagi semangkuk air.
  6. Biar sup menggelegak,masukkan kentang dan lobak. Bila daging dah empuk masukkan stok daging tadi, garam, aji & lada sulah. Suaikan mengikut selera
  7. Padamkan api. Masukkan daun bawang,daun sup & bawang goreng, tutup rapat periuk selama 20minit supaya baunya meresap ke dalam sup. Sedia untuk dihidang