KEK BUAH



Bahan-bahannya
  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula
  • 1 cawan air sejuk
  • 2 biji telur (pecahkan dlm mangkuk, dipukul sedikit)
  • 250gm mentega
  • 2 cwn mix fruit
  • 2 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil cream of tartar
  • sedikit garam

CARA MEMBUATNYA:

  1. Ayak tepung & ambil segenggam utk digaul bersama buah (ketepikan)
  2. Ambil 3 sudu gula from 1 1/2 cwn gula, bakar dlm periuk utk dijadikan gula hangus & masukkan air & kacau
  3. Kemudian masukkan bahan-bahan spt mentega, gula, garam, mix fruit ke dlm periuk.
  4. Bila mentega & gula cair, masukkan soda bicarbonate & cream of tartar. Kacau.
  5. Tutup api & sejukkan sebentar (10 - 15 minutes)
  6. Masukkan tepung & kacau sebati diikuti dgn telur
  7. Kalau adunan lembik sgt, tambah tepung. Kalau keras, tambah air.
  8. Bakar sehingga masak

KUIH SIPUT


Bahan-bahan

  • 5 cawan tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 50gm margerine
  • 1 s.kecil serbuk jintan manis
  • 1 s.kecil serbuk jintan putih
  • 2 sudu kecil serbuk udang kering
  • 1 sudu kecil garam (ikut rasa)
  • Sedikit serbuk perasa [ optimal ]Numbered List
  • 3 sudu besar cili boh/serbuk cili
  • Daung bawang /daun sup (dihiris )
  • Santan secukupnya untuk menguli

Caranya:

  1. Gaul semua bahan ( kecuali santan ) hingga bercampur semuanya.

  2. Uli dengan santan hingga menjadi doh.

  3. Cubit sedikit adunan, gentel bagi bulat dan tenyeh atas papan kuih siput.

  4. Bila semua dan siap, bolehlah digoreng hingga gareng

KEMBANG GOYANG aka KUIH BUNGA ROS

Resepi zanie ambil dari blog dee..sori dee zanie copipes resepinya ya!! zanie tambah ckit number kat cituuu. hihihi....

Bahan - bahannya

  • 100 gm tepung beras
  • 240 gm tepung gandum
  • 400 ml santan
  • 170 gm gula
  • 150 ml air
  • 2 biji telur
  • sedikit garam

Cara- caranya

  1. Gaulkan santan, gula, telur dan air hingga gula hancur.masukkan tepung yang telah diayak.
  2. Gaul hingga sebatiTapiskan adunan jika masih bergentel.
  3. Panaskan kuali dan tuang minyak secukup untuk menggoreng.
  4. Celup acuan dalam minyak panas dan goyangkan sedikit untuk kurangkan minyak pada acuan.
  5. Celup acuan dalam adunan dan celup dalam minyak panas. Goyang2kan acuan untuk melonggarkan adunan dari acuan.

PIE DAGING

Pie daging yang dah tertinggal tarikh dan terlepas pandang. uuwwahahaaaaa.....



pie yang telah dibedah siasat..resepi zanie letak kat bawah ya!! laa..memangla kena letak kat bawah resepinya kannn..pelik plak jika letak diatas..huhuhu.... jom kita layan.

Bahan pastrinya
  • 150 grm butter / marjerin
  • 300 grm tepung gandum halus
  • 1 biji kuning telur dipukul sedikit
  • secubit garam
  • 1 s/t gula halus
Caranya
  1. Gaul tepung bersama gula hingga rata. Masuk pula baki bahan2 tadi gaul lagi dengan menggunakan hujung jari hingga menyerupai serbuk roti.
  2. Uli hingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan / manggkok.
  3. Canai doh 1/2 cm tebal, ambil acuan masukkan doh yang telah dicanai tadi kedalamnya rata2kan hingga kekeliling acuan jangan ditekan. ambil garfu cucuk2 doh tadi tujuannya agar kulit pie tu tak mengelembung bila dibakar.
  4. Masukkan inti pie dan tutup diatasnya dengan lebihan doh yang telah dicanai nipis tadi. Tekan dengan garfu doh yang menutupi sekeliling pie supaya bahagian atas dan bawah pie melekat.
  5. Cucuk2 permukaan kulit pie dgn garfu, sapu pie dengan kuning telur dan buat corak yang disukai seperti dalam gambar.
  6. Panaskan oven selama 10 minit baru masukkan pie tadi bakar hingga masak kekuningan / selama 30 minit. Padamkan api dan biarkan pie tu sebentar dalam oven baru dikeluarkan.
  7. Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dari mould. sedia untuk dimakannn.
Bahan2 inti
  • 500 grm kentang [ potong dadu, rebus hingga empuk, toskan ]
  • 100 grm lobak merah [ potong dadu, rebus empuk, toskan ]
  • 2 biji bawang besar [ potong dadu ]
  • 50 grm kacang peas [ x bubuh sbb xde dlm simpanan ]
  • 80 grm jagung dalam tin
  • secukup cendawan butang [ hiris / potong kecil2 ]
  • 300 grm daging cincang / daging yang dipotong dadu
  • 2-3 s/b tepung jagung [ bancuh dgn 5 s/b air ]
  • 1 s/b gula
  • 1-2 s/t garam
  • secukup lada putih / lada hitam
  • 4 s/b minyak
Caranya
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hingga layu. Masukkan daging kacau rata dan masak hingga daging empuk.
  2. Masukkan pula cendawan. kentang, carrot, kacang peas dsan jagung. Kacau sebati baru masukkan garam lada putih / hitam dan gula secukup rasa.
  3. Masuk pula air tepung jagung tadi kacau rata, masak biar inti agak kering dan boleh matikan api. sedia digunakan untuk inti pie.

AWARD ALAF 2009

Award nie cam rock ckit kan!!!! tapi x kisahlah rock pn rock laa..asal iman x rock dahla. apapn mekacih eibaa dengan adiah ini



rules and regulation;
1. copy paste the award at your blog once you got it.
2. make an entry as if this is like A GRAMMY award :D
3. tag 5 other blogger.
4. NEVER break the chain, please.

The next top 5 is...jeng..jeng..jeng...

* sori ya eiba, la nie blum ada calonnya lagi yerk ...ampuun eiba.., jgn denda k. zanie yaa!!!!

NASI TOMATO & AYAM MASAK MERAH + ACAR MENTAH TIMUN

haa..canggih x dengan periuk2 sekali masuk dalam blog. hihihi.. sempat snap gak walau tinggal ckit isinya. kwang kwang kwang...perut memasing dah berkeruncunglah katakan apalagi sapu bersih koo...

waktu zanie sedang memasak erin blogspot masuk,

erin : tengah termenung pikir apa nak masak

zanie : meh join zanie tengah masak nasi tomato & ayam masak merah ni

erin : zanie tunggu sat kita ambik pinggan......

zanie : tunggu gak tapi pinggan x sampai2. erin oii kata nak join meh ler.

. so pada semua, meh!! jom kita makan. jemput, jemput makan semua zanie nak makan nie...

TART TELUR


Bahan pastri
  • 2 cawan marjerin
  • 4 cawan tepung gandum
  • sedikit air ais
Cara membuatnya
  1. Gaul tepung bersama marjerin hingga jadi sprt serbok roti, masukkan telur gaul rata. sudukan sedikit demi sedikit air ais tadi sambil diuli hingga jadi doh yg lembut.
  2. buat doh sebesar guli bubuh dalam acuan tart ratakan hingga keliling ikut acuan sampai kedasar acuan. leperkan ditengah2 nya. buat seperti manggkuk.
  3. Bubuh inti tart dan bakar hingga masak kekuningan dengan kepanasan api 190
Bahan inti
  • 2 biji telur ayam
  • 1 cawan susu cair
  • 2 senduk gula pasir
  • 3 cawan air
  • sedikit pewarna
Cara membuat intinya
  1. Masak air dan gula hingga larut, angkat dan ketepikan agar sejuk.
  2. Kacau telur berbuih, campurkan susu cair kacau biar sebati dan bersatu dengan air gula yang disejukkan tadi. masukkan pewarna kuning kacau rata.
  3. Sedia untuk dibuat inti tart tadi.

MAKAN - MAKAN

7 hb yang lalu my HB belanja makan malam coz dia baru dapat gaji...memula kita org nak makan tomyam di Bandar Baru Pontian tapi plain x menjadi, soo..kami cari saja yang berdekatan dengan umah ..tomyam seafood menu tambahan,mcm biasalah nasi putih, telur dadar, kailan goreng ikan masin dan timun sambal belacan. rasa memang ada ummph....

inilah hidangan yang tersedia untuk dijamu..tapi syg mangkuk tomyam tu x nampak plak isi perutnya...hahaha.....

MEE KARI & KARIPAP KELEDEK

KARIPAP KELEDEK

MEE KARI

Hari khamis yang lalu zanie x masak nasi...sebelah pagi zanie buat sarap karipap. dari pagi sampai tengahari zanie bantai makan kuih tu saja..memang hari tu zanie x berapa ada selera nak makan nasi tapi selera untuk makan mee kari terasa sampai ketekak. apalagi, zanie pun bergegas kedapur tengok dalam peti ais, bahan2 pun ada..zanie pun mulalah memasak dan inilah hasilnya..sedap x terkata U. resepi macam biasalah..semua dah tahukan? so..kita layan mata sajalah ya!!

TAPAI UBI GORENG & AYAM MASAK KICAP

beberapa hari yang lepas adik dtg bawakan tapai kesukaan zanie, tapai x tahan lama bila kita simpan diluar suhu bilik so..zanie pun packinglah dalam plastik dan bubuh dalam petiais keras beku tuu. bila zanie terasa nak makan zanie keluarkan dan biar 10- 15 minit diluar .hari ini zanie goreng tapai utk buat sarap. teman2 pernah x rasa tapai goreng? eerrmmm..!! sedap x terkata tau!! nak cuba mudah saja. goreng seperti kita mengoreng pisang aja


*lebeh sedap kalau guna tepung gandum bancuh better pula biarlah pekat sedikit dari biasa agar tepung bersalut pada tapai tadi ya!!


Ayam masak kicap nie resepinya mcm biasa je

cuma zanie tambah kentang goreng di menu ini..meh kita layan mata!!!

KOLE - KOLE KACANG HIJAU



Kuih yang senang dibuat dan enak rasanya, gambo diambil waktu mlm so..gitulah jadinya terang sebelah. hahaha...jom kita layan resepinya yuk!!

Bahan - bahannya
  • 500grm kacang hijau
  • 5 ketul gula kabung / gula kerek / gula melaka
  • 3 s/b gula pasir
  • 1 biji kelapa diambil santan pekat untuk secukup buat adun.
Caranya
  1. Kacang hijau direbus hingga empuk dan dikisar halus.
  2. Satukan kacang dan santan, gula melaka dan gula pasir dalam periuk. masak hingga pekat likat / betul2 kering [ tidak melekat lagi pada senduk ]
  3. Tuang adunan kacang tadi kedalam loyang. Biar sejuk dalam suhu bilik dahulu baru dipotong, tabur tahi minyak diatas dan sedia untuk dihidang.

IKAN KAPAK LEMAK CILI PADI

Rasanya dah berhari zanie x n3 resepi... bertambah ckitlah keja ya!! ialah ada resepi2 yg dah terlepas date tapi no problem kan kalau zanie lambat paste kat blog. di cni zanie nak berkongsi dengan rakan2 dan teman2 tersyg yg ingin sekali melihat macamana ropa ikan kapak yg zanie katakan..soo inilah dia ropa ikannya ya cik wan, ela dan erin serta yg lain2. ikan tu dah kemek ckit sbb bertindan dgn brg2 lain.


ikan kapak yang telah ku siang [ bersihkan ] tengok tu siripnya lupa zanie nak buang. kahkahkah....


masak lemak cili padi ikan kapak..resepi sama seperti memasak ikan jenis lain so.., x yahlah zanie boh resepinya dicni ya!!! kita layan mata aje...

MY DEAR NUR




Hari ni Nur nak hadiahkan ucapan dan gambar di
atas ni istimewa buat Kak Zanie...
Hope akak bertambah ceria dan anggaplah apa
terjadi tu ada hikmah disebaliknya...


I really hope that you always be happy... :D

* jenjalan kat blog nur kebetulan jumpa soo..terus bawak balik walau lambat terima..maaf ya nur bukan x sudi tapi x perasan ada special dari nur. x tahu nak kata apa..thanx a lote ya my dear nur..
KAU TETAP DI HATI KU..!!!!!

IKAN KAPAK SWEET SOUR


Mungkin semua tak percaya ikan yang zanie masak ni adalah ikan kapak basah, rasanya ala ala ikan bawal tau.!! manis2 lemak gitu. kalau anda ingin mencuba apa rasa ikan nie sekarang memang berlambak dipasar2 ikan, tak susah untuk mencarinya pun, cubalah. reganya pun tak la mahal cuma rm 5.90 sekilo.. hahaha.. bukan tak mahu / tak mampu nak beli yang reganya mahal tapi nak cuba apa rasanya, ehh!! celoteh punya celoteh jam pun dah menandakan 12 mlm apapn esok kalau line ok zanie paste kat cni resipinya ya!! dah ngantuk nak beradu duluuuu.. ok sume.. gudnait

UDANG ALA TOM YAM

Sumber: Majalah Saji

Bahan - bahannya

Bahan A
  • 10 tangkai cili kering
  • 3 batang serai
  • 4 cm lengkuas
  • 1 cm kunyit hidup
  • 1/4 cawan minyak masak
  • 350 grm udang besar
Bahan B
  • 1/4 cawan air
  • 2 s/k gula pasir
  • 1 s/k serbuk pati ikan bilis maggi
  • 1 s/k serbuk belacan maggi
  • 1 kiub tom yam maggi
  • 6 tangkai cili padi hiris
  • 1/3 cawan susu sejat penuh krim
Cara membuatnya
  1. Kisar halus bahan A. Panaskan minyak dan tumis bahan A hingga naik wangi. Masukkan pula bahan B kecuali susu sejat, goreng biar kuahnya hampir pekat .
  2. Masukkan udang tadi kacau rata, masak selama 5 minit baru masukkan pula susu sejat tadi kacau rata dan biar selama 2 minit lagi.
  3. Angkat dan hias sebelum dihidang

KEK SPAN aka KEK GULA HANGUS


resipi kek ni zanie biasa buat masa tahun 90an. kalau orang dulu2 bilang kek ni kek sarang lebah / kek lubang cacing,..ish ish ishh.. nama haiwan pun ada pada makanan ya!!. apapn kita layyan

MEH! KITA SANTAI KEJAP

Persandingan anak kakak angkat ku Puan Rubiah Kariani dan husbandnya En Imran Jawikon. tahniah kak yah dapat menantu lagi taun depan dah boleh dah timang cucu.


Syafafwati & Md Fadzil


Kepada pasangan mempelai kak zanie mengucapkan Selamat Pengantin Baru moga berbahagia
hingga keakhir hayat



majlis dirumah pengantin perempuan

sebahagian dari aturcara makan berdamai dan potong kek


Hidangan yang disediakan, ayam goreng masak merah. rojak sayuran, daging masak pengantin dan 2 - 3 jenis kek termasuk pencuci mulut yang dalam gelas [ gambar atas tu ] koktail jelly buah2an



walaupun nampak simple hidangan yang disediakan rasanya memang tak terduga kesedapannya
sampai rasa macam nak tambah lagi tau....

APAM PISANG TAK GEBU


Apam pisang ni zanie buat petang semalam untuk bekpes pagi tadi. tengoklah lubang angin yang tak berapa menjadi tu tapi apapun memang sedap kuih nie. meh kita tengok resipinya yuk!

Bahan - bahannya
  • 6 biji pisang montel [ lecek guna garfu hingga lumat ]
  • 5 s/b gula pasir / ikut manis
  • 1 s/k yis basah
  • tepung gandum secukupnya [ zanie agak2 aje buat mcm adunan cekodok pisang, cuma kena lebih cair sedikit la ]
  • Air untuk membancuh secukupnya
  • secubit garam
Caranya
  1. Satukan semua bahan2 diatas tadi bancuh hingga agak2 pekat tapi cair sedikit. Perap 20 minit dan bolehlah dikukus selama 20 - 25 minit / hingga masak .
  2. Seperti biasa didihkan dululah air dalam pengukus baru masukkan adunan. selamat mencuba

PIZZA KABUR KU

Dah berapa hari ya x n3 .. resipi ?. adalah 2 - 3 menu..yang dah terlepas date..hihihi..baru hari ini ada mood nak paste kat cni

PIZZA AYAM KEJU

Bahan - bahan untuk doh pizza
  • 1 s/k gula
  • 2 s/k ragi
  • 250 grm tepung gandum
  • 1 s/k garam
  • 155 grm air
Caranya
  1. Satukan gula dan ragi sibatikan dengan air suam. biarkan selama 15 minit / hingga berbuih.
  2. Ambil bekas masukkan tepung gandum, tuang bancuhan ragi tadi juga air sedikit2, uli hingga menjadi doh yang licin [ tak melekat pada tangan ]
  3. Rehatkan selama 20 minit.Canai doh, buat ikut saiz acuan / manggkuk. Isi doh yang telah dicanai tadi kedalam bekas pizza ratakan dan cucuk2 dengan garfu supaya doh tidak mengelembung bila dibakar.
  4. ratakan sos kemudian masukkan inti diikuti sayuran keatas doh tadi dan sedikit keju. bakar hingga masak selama 20 minit.
  5. Setelah 3/4 masak tabur lebihan keju diatas pizza tadi, bakar sekejap hingga keju cair.
Bahan sos pizza
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • minyak secukup menumis
  • 2 s/b puri tomato
  • 1 s/b sos tomato
  • 1 s/b sos cili
  • 1 helai daun bay
  • sedikit oregano
  • garam secukup masin
Caranya
  1. Tumis bawang besar. bwg putih juga daun bay sampai layu.
  2. Masukkan sos dan puri tomato juag sos cili, oregano dan garam. kacau sekejap masak hingga sos pekat.
Bahan inti
  • 1 ketul dada ayam [ potong dadu ]
  • 2 ulas bawang putih [ cincang ]
  • 1/2 biji bawang besar [ cincang ]
  • 1/2 biji kapsicum [ potong dadu ]
  • 1 s/k lada sulah
  • 3 keping nanas [ potong dadu ]
  • 4 keping cendawan butang [ hiris nipis ]
  • 2 biji tomato [ hiris bulat ]
  • 11 labu bawang besar [ potong dadu ]
  • 50 grm keju mozzarella
Caranya
  1. Tumis bwg besar, bwg putih sampai layu masukkan pula ayam, garam dan lada sulah masak hingga ayam empuk.Angkat.
  2. tabur inti tadi atas doh pizza yang telah disapu sos Susun tomato, capsicum, nanas, cendawan dan sedikit keju. buat seperti penerangan diatas tadi [ cara2 buat doh pizza ]