PIE DAGING

Pie daging yang dah tertinggal tarikh dan terlepas pandang. uuwwahahaaaaa.....



pie yang telah dibedah siasat..resepi zanie letak kat bawah ya!! laa..memangla kena letak kat bawah resepinya kannn..pelik plak jika letak diatas..huhuhu.... jom kita layan.

Bahan pastrinya
  • 150 grm butter / marjerin
  • 300 grm tepung gandum halus
  • 1 biji kuning telur dipukul sedikit
  • secubit garam
  • 1 s/t gula halus
Caranya
  1. Gaul tepung bersama gula hingga rata. Masuk pula baki bahan2 tadi gaul lagi dengan menggunakan hujung jari hingga menyerupai serbuk roti.
  2. Uli hingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan / manggkok.
  3. Canai doh 1/2 cm tebal, ambil acuan masukkan doh yang telah dicanai tadi kedalamnya rata2kan hingga kekeliling acuan jangan ditekan. ambil garfu cucuk2 doh tadi tujuannya agar kulit pie tu tak mengelembung bila dibakar.
  4. Masukkan inti pie dan tutup diatasnya dengan lebihan doh yang telah dicanai nipis tadi. Tekan dengan garfu doh yang menutupi sekeliling pie supaya bahagian atas dan bawah pie melekat.
  5. Cucuk2 permukaan kulit pie dgn garfu, sapu pie dengan kuning telur dan buat corak yang disukai seperti dalam gambar.
  6. Panaskan oven selama 10 minit baru masukkan pie tadi bakar hingga masak kekuningan / selama 30 minit. Padamkan api dan biarkan pie tu sebentar dalam oven baru dikeluarkan.
  7. Sejukkan pie sebelum dikeluarkan dari mould. sedia untuk dimakannn.
Bahan2 inti
  • 500 grm kentang [ potong dadu, rebus hingga empuk, toskan ]
  • 100 grm lobak merah [ potong dadu, rebus empuk, toskan ]
  • 2 biji bawang besar [ potong dadu ]
  • 50 grm kacang peas [ x bubuh sbb xde dlm simpanan ]
  • 80 grm jagung dalam tin
  • secukup cendawan butang [ hiris / potong kecil2 ]
  • 300 grm daging cincang / daging yang dipotong dadu
  • 2-3 s/b tepung jagung [ bancuh dgn 5 s/b air ]
  • 1 s/b gula
  • 1-2 s/t garam
  • secukup lada putih / lada hitam
  • 4 s/b minyak
Caranya
  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang hingga layu. Masukkan daging kacau rata dan masak hingga daging empuk.
  2. Masukkan pula cendawan. kentang, carrot, kacang peas dsan jagung. Kacau sebati baru masukkan garam lada putih / hitam dan gula secukup rasa.
  3. Masuk pula air tepung jagung tadi kacau rata, masak biar inti agak kering dan boleh matikan api. sedia digunakan untuk inti pie.

1 comments:

Marina Ismail said...

as salam makcik....
saye Dalila
umo 12 taon
semue resepi makcik nieh sedap2 laa!!! ^3^

Post a Comment