TELUR ITIK MASAK LEMAK


Img_0460

Sedap dimakan dengan nasi putih panas2

Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 5 biji telur itik
  • 450ml santan pekat
  • 1-2 keping asam keping
  • Garam dan gula secukup rasa
  • * 5 ulas bawang merah
  • * 1cm kunyit hidup
  • * 1 batang serai
  • *1 biji cili merah
  • * 1 biji cili hijau
  • Kalau ada belimbing buluh pun boleh letakkan juga
  • Cara-cara


  • Img_0456
    Blend semua bahan2 bertanda (*)
  • Img_0457
    Masukkan santan, asam keping, bahan2 kisar, garam dan gula dalam periuk
  • Jerangkan di atas api yang perlahan sambil dikacau sentiasa supaya tidak pecah minyak
  • Img_0458
    Bila santan hampir2 mengelegak pecahkan telur sebiji2 sambil dikacau perlahan2
  • Jangan masak terlalu lama nanti telur jadi keras tak berapa sedap
  • Sedia dihidangkan

0 comments:

Post a Comment