Udang Masak Lemak Cili Api Bersama Kacang Buncis


Msklomak

Resipi orang kampung


Bahan-bahan ( Sekali ngappp )

  • 200gm udang saiz sederhana(20 ekor) dibersihkan
  • 3/4 tin santan
  • 15 tangkai kacang buncis -dipatah-patahkan
  • 10 tangkai cili api dikisar- kalau nak pedas tambah lagi
  • asam keping
  • Daun kunyit (optional)
  • 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
  • garam secukup rasa

Cara-cara

  • masukkan santan , cili api,daun kunyit,serbuk kunyit ,garam dan asam keping ke dalam periuk...biarkan mendidih, pastikan sentiasa di kacau supaya tidak meruap
  • setelah mendidih masukkan udang, kacau lagi biarkan mendidih
  • akhir sekali masukkan kacang buncis, biarkan beberapa minit...sedia untuk di ngapp!

0 comments:

Post a Comment