KERANG DGN SAMBAL CUKA


Step_by_step_193

Simple dan boleh makan sambil borak, gelak2 dan kecoh2........


Bahan-bahan ( 3 - 4 orang )

  • 2 kg kerang, cuci bersih dan toskan
  • 3 ulas bawang merah kecil*
  • 1 ulas bawang putih*
  • 1 cm halia*(*dihiris halus)
BAHAN2 SAMBAL CUKA:-
  • 3 - 4 batang cili merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 7- 8 camca besar gula
  • 50 ml cuka makan
  • 1/3 camca teh garam

Cara-cara

  • Tumis bahan2 hiris dalam kuali menggunakan 1 camca besar minyak masak hingga wangi. Masukkan kerang dan 1/2 camca teh garam. Gaul hingga rata.
  • Tuang 1/2 cawan air dan tutup permukaan kuali.
  • Masak dgn api sederhana besar kurang lebih 10 - 15 minit atau hingga kerang betul2 masak. (Bila kopek dia mudah terbuka).
  • Step_by_step_194

UNTUK SAMBAL CUKA:-
  • Tumbuk kesemua bahan utk sambal, kecuali cuka dan gula. Bila lada hampir lumat, masukkan gula dan terus menumbuk hingga lumat.
  • Tuang cuka dan kacau hingga sebati. Rasa dan jika kurang masin atau manis boleh tambah lagi gula/garam.

0 comments:

Post a Comment