UDANG MASAK KERUTUP

Sumber : Diana

Bahan-bahannya
  • 500 gram udang hidup, dibersihkan dan ditoskan
  • minyak secukupnya
  • garam secukup rasa
  • serbuk perasa, jika mahu
  • gula secukup rasa
Bahan untuk dikisar
  • 7 batang lada merah
  • 15 - 20 batang lada padi (kalau nak pedas boleh tambah)
  • 3 biji bawang besar
  • 7 ulas bawang putih
  • 1 1/2 inci kunyit hidup

Cara-caranya
  • Panaskan minyak secukupnya dan tumis rempah yang telah dikisar.
  • Rempah hendaklah ditumis dengan api yang sederhana besar sehingga ia betul-betul masak dan bangkit baunya.
  • Masukkan bahan-bahan perasa seperti garam, serbuk perasa dan gula secukup rasa.
  • Sambil rempah dimasak secara perlahan. Menggunakan kuali yang berasingan, letakkan sedikit minyak dan goreng udang 1/2 masak sehingga kulitnya bertukar warna kemerah-merahan.
  • Bila rempah telah pun masak dengan betul dan menggeluarkan minyak (atau erti kata pecah minyak). Masukkan udang yang telah digoreng setengah masak tadi dan gaul rata dengan rempah selama 3 minit.
  • Pastikan anda tidak menggoreng udang terlalu lama supaya isinya kekal lembut dan segar. Angkat dan hidangkan.

0 comments:

Post a Comment