Adunan Utama:
- 500 gram tepung gandum
- ½ sudu serbuk kunyit
- 1 biji telur
- Garam & ajinomoto
- Daging sebesar penumbuk dipotong kecil
- Bawang putih & halia
- Serbuk kari
- Hirisan cili merah
- Hirisan dain bawang
- Menggunakan acuan kuih baulu
- Penutup
- Garfu
- Campurkan semua adunan utama dgn air mengikut kelikatan dan blender, kemudian ketepikan dalan jug bermuncung.
- Tumis bwg putih dan halia hingga naik bau, kemudian masukkan daging, serbuk kari, sedikit air dan masak hingga dagingnya empuk dan inti menjadi kering seperti inti karipap.
- Letak acuan di atas dapur dan tuang minyak 3/4 menutupi acuan. Biar api kecil.
- Bila minyak sudah panas, curahkan adunan memenuhi 3/4 penuh setiap bahagian.
- Tutup acuan dengan tudung sehingga adunan separuh masak.
- Dengan menggunakan sudu kecil, masukkan inti daging pada setiap kuih. Tekan sedikit inti supaya masuk ke dalam adunan.
- Tutup semula acuan dengan penutup dan tunggu hingga kuih betul-betul masak.
- Cucuk dengan garfu, bila tiada melekat, tanda kuih telah masak dan angkat dengan menggunakan garfu dan letakkan di atas dulang beralas kertas penyerap minyak atau tisu.
- Akhir sekali, letakkan hirisan daun bawang dan cili merah di atas setiap kuih supaya lebih menarik.
- Sesuai untuk santapan semasa kenduri kendara atau minum petang. Boleh juga dimakan dengan kuah cili atau sos jika mahu.
- Bancuhan dicampur serbuk kunyit supaya lebih berseri dan tidak pucat. Cubalah, kerana kakak ipar saya sentiasa menerima tempahan kuih ini setiap kali ada majlis keraian.
0 comments:
Post a Comment