KUIH CARA BERLAUK / MANIS

Kuih_cara

Seronok bila menjadi....tapi kalau melekat di acuan...mula berpeluh2.


Bahan-bahan ( 50 biji )


BAHAN UNTUK INTI DAGING :
  • 2 cawan daging kisar
  • 1 camca besar rempah daging ( bancuh dgn sedikit air )
  • 1 labu bawang besar *
  • Sedikit daun bawang/sup*
  • * Dipotong dadu
  • Garam secukup rasa
BAHAN UNTUK BATER:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 3 1/2 cawan santan
  • 1 butir telur
  • Pewarna kuning
  • Sedikit garam

Cara-cara

  • Tumis rempah hingga naik minyak.
  • Masukkan daging kisar. Tambah air dan masak hingga daging empuk.
  • Masukkan sedikit garam. Kacau hingga kering.
  • Masukkan bawang dan daun bawang/sup. Kacau hingga rata.
Untuk menyediakan bater,
  • pukul telur + garam.
  • Masukkan tepung dan santan berselang-seli. Kacau hingga rata.
  • Kalau berketul2, terpaksalah tapis dulu bater ini. Titikkan sedikit pewarna.
  • Kalau guna blender pun, lagi senang.
Cara memasak :
  • Panaskan acuan kuih cara. Sapukan sedikit minyak.
  • Tuang bater 3/4 penuh sahaja.
  • Masukkan satu sudu inti daging.
  • Kalau perlu, tuangkan sedikit lagi bater supaya kuih nampak kemas.
  • Tutup hingga kuih masak.Keluarkan dari acuan dan boleh lah dihidangkan.
Untuk kuih cara manis,
  • tuangkan bater penuh acuan. Masukkan satu sudu gula pasir dan tutup hingga masak.

0 comments:

Post a Comment