Banyak kali dah zanie buat donut nie tapi sbb anak2 N HB suka makan donut so zanie buat lebeh2 N di frozenkan bila nak makan baru keluarkan dari esbox dan goreng... nak cari kerejo yang sonang...hehehe
Bahan - bahannya :
A
3 cawan tepung gandum
3 sudu besar tepung susu
3 sudu besar shortening
3 sudu besar gula pasir yg halus
B
200ml air suam
2 sudu instant yeast
Caranya :
1. Satukan bahan B. satukan juga bahan A berasingan. Masukkan bahan B pada campuran bahan A tadi.
2. uli hingga bersatu tambah air jika perlu uli lagi hingga doh menjadi lembut dan licin.
3. canai doh tadi dan terap ikut kegemaran memasing. Setelah itu perap selama lebih kurang 30 minit / hingga doh naik 2 kali ganda.
4. Panaskan minyak dan goreng donut hingga kekuningan.Biar sejuk sebentar barulah boleh disalut dengan gula halus.
0 comments:
Post a Comment